in

Filem Jwanita Lakonan Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne

Pada hari ini, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Filem terbaru dari pengarah Box-Office En Osman Ali yang berjudul Jwanita. Fuh, memang unik habis judul filem ini. Jwanita, siapa agaknya Jwanita ni? Nama yang jarang kita guna.

Majlis ini akan berlangsung pada minggu hadapan ini akan dimeriahkan lagi dengan pelakon dan rtis yang terlibat iaitu Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne, Datin Paduka Umie Aida dan Zarina Zainuddin. Barisan pelakon yang sangat hebat dan kalau kena cara, filem ni bakal box office dan pecah panggung. Tapi tak tahula sebab sekarang ni kutipan filem susah betul nak meriah macam dulu.

Budiey juga tak pasti tentang sinopsis filem Jwanita ni. Nantilah kita korek-korek dari Osman Ali.

Melihat pada barisan pelakon di atas ni, Budiey dah tak sabar nak tengok babak dan momen belakang tabir filem ini. Pasti menarik dan dikatakan bakal menandingi kejayaaan yang dicipta oleh filem Ombak Rindu.


Maya Karin

Maya Karin

Bront Paralea

Bront Palarae

Umie Aida

Umie Aida

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pop Gen Gabung Artis Popular & Artis Indie

Astro Bakal Lancar My Hometown Sempena kempen Negaraku