• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Elemen Realistik dalam Filem Juvana

0
  • by Budiey
  • in Filem
  • — 19 Jan, 2013

Drama Juvana dah lama meninggalkan kita. Budiey ingat-ingat lupa drama ni ceritanya macamana. Kenalah tengok balik sinopsis. Dulu Budiey pernah buat post kat sini. Budiey pun tak pasti ada lagi ke tak yang ingat dengan drama ini. Untuk mengembalikan ingatan kita, apa kata tonton filem Juvana yang akan ditayangkan di pawagam mulai 24 Januari nanti. Jika anda penonton setia drama bersiri popular, maka Budiey rasa anda wajib menonton filem ini.

Budiey percaya ramai yang nak tengok filem ni sebab ada kesinambungan perjalanan hidup penghuni Sekolah Wira Bakti.

Dibarisi pelakon-pelakon asal yang berbakat tinggi, filem Juvana dimantapkan lagi dengan watak-watak baru seperti Lan Todak, Tuan Ali dan Jamal. Kemunculan watak-watak baru yang mewarnai filem ini pastinya memberi impak tersendiri dan penonton Juvana juga dapat melihat perkembangan karakter watak-watak pelajar Juvana tersebut yang lebih berkembang dari drama. Anda juga dapat melihat tranformasi karakter Botak yang berbeza sekali dalam drama.

Bagi versi filem, pengarah Faisal Ishak meluaskan lagi ruang kreativitinya dengan mengaplikasi formula pengarahannya yang tersendiri bagi memastikan hasil karya filem pertamanya berkualiti serta memberi impak terbaik buat penonton terutama penonton-penonton setia drama siri Juvana.

Budiey percaya, ramai akan kagum dengan aksi yang realistik di mana babak pukul dan sepak terajang semua tu nampak macam betul je. Dikatakan semua pelakon telah menjalani latihan kareografi selama dua hari bagi memantapkan lagi aksi pergaduhan dalam filem ini.

Tayangan filem Juvana memang tepat pada masanya. Budiey tak sabar untuk menonton filem ini nanti.

Filem Juvana :
Tarikh Tayangan : 24 Januari 2013
Pengarah : Faisal Ishak
Syarikat Penerbit : Juita Viden Sdn. Bhd & Filmscape Sdn. Bhd
Penerbit : Kabir Bhatia, Mira Mustaffa & Francis Foo
Genre : Aksi
Penulis Skrip : Alfie Palermo
Klasifikasi : P13
Durasi : 1 jam 27 minit

Barisan Pelakon :

Johan Asari sebagai Botak
Zahiril Adzim sebagai Daim
Syazwan Zulkifly sebagai Apek
Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak
Syafie Naswip sebagai Jamal
Shiera Aiyob sebagai Sara
Idzham Ismail sebagai Panjang
Adam Shah sebagai Ayam
Megat Farzeril sebagai Kicap
Khairul Mohamed sebagai Komeng
Adlin Aman Ramli sebagai Tuan Ali
Sara Ali sebagai Juriah
Rahhim Omar sebagai Pengetua

Youtube Official Trailer : (Juvana Official Trailer 2012)
Facebook : http://www.facebook.com/juvanaTV3
Twitter : @JuvanaFilm
Hastag : #Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Filem Juvana

Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Juvana juga berjaya mendapat pengiktirafan apabila memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011. Ekoran kejayaan dan sambutan yang sungguh luar biasa terhadap drama popular ini mendorong pihak penerbit iaitu Filmscape Sdn. Bhd dan Juita Viden Sdn. Bhd menerbitkan sebuah filem aksi dengan judul yang sama – Juvana.

Filem Juvana masih lagi mengekalkan pengarah yang sama iaitu Faisal Ishak dan beberapa pelakon asal versi drama seperti Zahiril Adzim, Johan As’ari, Syazwan Zulkifly, Idzham Ismail, Adam Shah, Megat Farzeril dan Khairul Mohamed. Pelakon baru yang membintangi filem aksi ini seperti Sharnaaz Ahmad, Syafie Naswip, Shera Aiyob, Adlin Aman Ramli dan Sara Ali. Kemunculan watak-watak baru yang mewarnai filem ini pastinya memberi impak tersendiri apabila bergandingan dengan watak-watak yang sedia ada seperti Daim, Botak dan rakan-rakannya – Apek, Panjang, Ayam, Kicap dan Komeng. Penonton Juvana akan melihat perkembangan karakter watak-watak pelajar Juvana tersebut yang lebih berkembang dari drama.

Bagi versi filem, Faisal Ishak meluaskan lagi ruang kreativitinya dan mengaplikasi formula pengarahannya yang tersendiri bagi memastikan hasil karya filem pertamanya berkualiti dan memberi impak terbaik buat penonton terutama penonton-penonton setia drama siri Juvana. Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama siri Juvana yang memaparkan kisah Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana yang lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak ( Sharnaaz Ahmad) , ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

Filem bergenre aksi ini diyakini bukan sahaja mampu menarik perhatian penonton setia drama siri Juvana tetapi juga pelbagai golongan terutama golongan remaja yang gemarkan filem penuh aksi dan dibarisi pelakon-pelakon popular yang berbakat tinggi. Bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Januari 2013 di 70 pawagam Malaysia dan Brunei menerusi format 35mm dan 2D ( pawagam terpilih), filem aksi Juvana diharap akan berjaya mendapat tempat di hati penonton dan menjadi antara filem terbaik 2013 yang mendapat sambutan hebat di Malaysia.

TRIVIA  FILEM JUVANA

1)    Juvana merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3.  Berjaya mencipta rating yang tinggi terutama episod akhir

2)    Drama Juvana berjaya memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011

3)    Juvana merupakan filem pertama arahan Faisal Ishak .  Drama arahan Faisal Ishak banyak disiarkan di TV3 dan sering mendapat perhatian dan sambutan baik penonton

4)    Sharnaaz Ahmad ( Lan Todak),  Syafie Naswip ( Jamal),  Shera Aiyob (Sara) dan Adlin Aman Ramli (Tuan Ali) antara watak baru yang ditampilkan dalam filem Juvana

5)    Watak Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang masih lagi dilakonkan oleh pelakon yang sama dari drama Juvana

6)    OST Juvana  berjudul Babak Kedua (Bebaskan Aku) dinyanyikan oleh Drama Band.  MTV Juvana ini diarahkan juga oleh Faisal Ishak dan dibintangi juga oleh pelakon2 filem Juvana

7)    Tempoh penggambaran filem Juvana salama 17 hari di kawasan PLKN Rawang

8)     Untuk filem Juvana ini, Johan Asari, Syazwan Zulkifly, Adam Shah, Idzham Ismail dan pelakon lain sanggup membotakkan rambut demi menjayakan watak masing-masing.

9)     Para pelakon menjalani rehearsal selama dua hari bagi kareografi aksi pergaduhan / perlawanan

10)  Keserasian para pelakon sejak dari drama Juvana melancarkan lagi penggambaran filem Juvana

11)  Gandingan suami isteri yang berlakon bersama iaitu Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

12)   Watak Lan Todak lakonan Sharnaaz Ahmad pastinya akan menjadi perhatian penonton kerana watak antagonis yang dibawa berjaya memberi impak dalam Juvana

13)  Filem Juvana ini juga melibatkan pelakon tambahan sehingga melebihi 50 orang bagi beberapa babak

14)  Filem Juvana akan ditayangkan di 70 pawagam di Malaysia dan Brunei

15)  Kos keseluruhan bagi penerbitan filem Juvana ialah RM 1.5 juta

Komen via Facebook

Komen

Share

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Babak Romantis Peluk Cium Adi Putra & Rita Rudaini dalam Sehangat Asmara
  • Next story SAFI KLIQ 2 Bawa Peminat Bercuti Bersama Shila Amzah

ENTRI BERKAITAN

  • Senarai Filem Hindustan Terbaik Sepanjang November di TV2 2 Nov, 2012
  • Ulasan Filem Across The Universe 20 Nov, 2007
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd 20 Feb, 2008
  • Rasukan Filem Seram 16 Jan, 2007

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Top Niaga on:Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • fatehahjalani on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.