Filem Jangan Pandang Belakang Seram Giler!
Seram giler! Seriau! Berdiri bulu roma! Bikin histeria satu dewan! Huru hara jadinya! Takut dan menakutkan! Itulah kata-kata keluar dari mulut penonton setelah menonton filem yang dibintangi oleh Mohd Pierre Andre, Intan Ladyana, Ruminah Sidek, Rio Elani, Khatijah Tan dan Hafizuddin Fadzil ini.
Dalam sejarah hidup saya, inilah pertama kali saya menghadiri pra tonton yang mempunyai bilangan penonton paling ramai dan di dewan yang paling besar. Memang happening dan meriah sebab yang datang ni semuanya penakut dan pengecut terutamanya perempuan…
Itu belum tonton dalam panggung lagi tu. Kalau dalam panggung lagilah gempak sebab ada Dolby Sound.

Foto: Minta maaf! Tiket habis! Apakah perkara yang sama akan berlaku pada 5 April ini?
Secara kasarnya, saya berpendapat filem Jangan Pandang Belakang memang menyeramkan. Plot yang ringkas senang difahami. Garapan kreatif dan suntingan yang sangat teliti. Seramnya… orang kata seram bertempat dan bermotif. Pelakonnya pula tidaklah terjerit-jerit seperti dalam sesetengah filem seram. Sinematografi juga ada cantik dan menarik dan ada kelas! Soundnya memang da boom! Lakonan Piere Andre sudah mencapai satu tahap kematangan. Tidak kaku dan lebih menjiwai wataknya sebagai Darma.
Ternyata lakonan Rusminah Sidek memberi satu kesan yang begitu berkesan. Saya setuju, Rusminah Sidek pelakon terbaik dalam filem ini. Barulah sekarang saya boleh percaya cakap-cakap yang mengatakan filem terbaru arahan Ahmad Idham dan skrip daripada Piere Andre ini adalah antara filem PALING SERAM di Malaysia.
Nantikan filem Jangan Pandang Belakang yang bakal mengilai di pawagam berdekatan dengan anda mulai 5 April ini.
Mampukah kutipan filem ini memecahkan rekod?

Semalam, tepat jam 8.45 malam telah berlangsung Majlis Pra Tonton Filem Jangan Pandang Belakang yang dianjurkan oleh Kelab Luncur Udara, Pusat Sukan UitM Shah Alam di Dewan Sri Budiman. Turut dihadiri oleh para pelakon utama Intan Ladyana, Piere Andre dan Cat Farish dan David Teo serta para media termasuk Nas Ahmad (Melodi TV3). Farid Kamil pun ada memeriahkan majlis.
Terima kasih kepada Encik Azahari Abd Hamid daripada Metrowealth Movies Production kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.
Ulasan dan foto sekitar Majlis Pra Tonton Filem Jangan Pandang Belakang akan menyusul nanti. Tunggu…

Baca artikel lain yang berkaitan:







April 5th, 2007 at 12:33 pm
Aku lum lagi tengok filem tu, tapi bila tengok the making of the film, meremang bulu roma, itu belum lagi tengok filem yang sebenar
April 5th, 2007 at 5:56 pm
betullah….saya mesti tengok cerita ni… best.
April 7th, 2007 at 1:20 am
Aku dah tengok tadi…
Memanglaa…Filem melayu paling seram pernah aku tengok abad niii…
berapa kali ntah rasa nak trcabut urat jantung…
nak elak menjerit kuat..
bawak laaa tuala bersama….
paling best…jangan baca review reporter…
part2 terkejut nanti jadi tak terkejut….
April 7th, 2007 at 4:35 pm
Kami menonton filem jangan pandang belakang tengah malam tadi 6 april 07.
Secara keseluruhan filem ini memang seram. tetapi telah dicacatkan dengan adengan hantu yang dizahirkan. Saya berpandangan Filem ini boleh meletup ke asia mungkin sekiranya imej hantu itu ditiadakan. Cukup sekadar imej imbasan dalam Lif sewaktu Darma keluar dari lif. dan imbasan sekilas pandang sewaktu DArma dalam Rumah tunangnya.
Selebihnya hantu yang mengekori kereta Darma , hantu dalam rumah sewaktu dalam bilik opah Darma …. telah menjejas sedikit filem ini .. kerana filem seram tidak perlu dizahirkan hantu…. Inilah kelemahan filem Melayu kerana sering menzahirkan hantu dalam mewujudkan unsur seram…. sebaliknya filem-filem barat mahupun jepun dan thailand seperti Nang Nak jarang sekali menunjukkan imej hantu …
Namanyapun sudah filem seram bukan filem hantu… jika filem hantu bolehlah dimasukkan semua imej hantu pochong , hantu raya dan lain-lain seperti dalam pameran hantu baru -baru ini.
Apapun tahniah buat Ahmad Idham yang mengarah Filem ini… garapan susunan jalan cerita dan sound System yang baik telah memeranjatkan semua penonton tetapi tidak cukup seram… kerana adengan Jalaludin Hassan yang melucukan…
cuma adengan kereta DArma rosak sewaktu balik kampung, adengan imbasan Darma dalam rumahnya , adengan Opah/hantu raya yang diangkat oleh Darma di Kampung boleh dianggap seram sekiranya imej hantu itu tidak dizahirkan.
April 8th, 2007 at 9:19 am
i watched jangan panjang belakang on the 7th of april 2007 with my cousin and my sister… after watching this, i really have to admit that jangan pandang belakang is one of malaysia’s scariest horor movie and it have actually made me think that pontianak harum sundal malam 1 and 2 is sooooooooooo LAME….. interms of makeup and sound system compare to jangan pandang belakang…..besides scary, i also find this movie quite funny especially the part Dharma went back to his hometown and when he met Opah…Opah can really bring her acting to life….and it looks soooo real…last but not least, may the stuntman who passed away during the shooting of this movie rest in peace….
April 8th, 2007 at 11:12 pm
‘Jangan pandang belakang’ adalah filem melayu seram yang paling best dan betul-betul seram bagi aku..Filem ini dapat menggabungkan adegan komedi dan aksi seram dengan baik sekali..rugi kalau x tengok!!..Adegan palling seram apabila Darma(Pierre Andre) mendukung opahnya untuk ke tempat tidur..namun sampai saja dibilik didapati neneknya ada disitu..apabila darma pandang neneknya yang sambil didukung dia tersedar itu bukanlah neneknya tetapi hantu!!…
April 9th, 2007 at 11:20 am
memang betul pun citer ni seram to the max…..congrats to d director…Good job done guys…..every aspect of d movie mmg boleh membuatkan org takut…especially d part opah panggil that hantu masuk rumah…eeeeiiii seram sangat…even until today pun still teringat2..balik dari movie that day, mmg sah tak berani tgk belakang..nak tgk side mirror n back mirror kereta pun tak berani….n d sound, lagila seram…even mase tgk citer ni, tried to tutup my telinga coz tak sanggup nak dengar bunyi hantu tu…first time tgk citer hantu sampai menggigil…tak penah penah mcm ni…..compare tu citer hantu korea, Jangan Pandang Belakang ni way much better…..lagi best n ade potential nak lawan Korean n Japanese horror movies…..well done….!!!!!
April 10th, 2007 at 1:58 pm
Saya tgk citer ni malam minggu hari tu…. Pukul 9:55 mlm kat TGV Jusco Tebrau. Hehe.. punyalah seram giler…mmg seram…. saya bagi 5 bintang tuk film ni. Sebab boleh bagi hubby saya pun takut. Sebelum ni, dia tak takut tgk citer hantu. Tapi citer ni bagi dier takut dalam panggung tu…. hehe saya pun takut… sound effect citer ni bagus…first class, adengan2 pun mmg best. Great Job to Ahmad Idham & Pierre Andre.
April 11th, 2007 at 4:11 pm
i watched ini movie sama bestfriend,fit9994 dan eric,hubby aku yg super-cool hari senin lepas. Jgn kata aku “LAME” sbb tengok movie made in malaysia. sbb aku dah tengok semua movie mat saleh dan aku rasa jalan cerita diorang lagi lah bosan.semua sama je. been there done that lah kire. lagipun aku agak cenderung menonton movie melayu kita yg sinopsis bagus dan menarik. aku tidak tonton puaka tebing biru sbb bagiku itu jln cerita yg boring.berebut jantan eh?
JPB is a success walaupun ada satu dua scene yg meng-failkan kengerian hantu tu dengan mata yg super putih mcm pakai liquid paper,dan aku tak suka dgn hantu merangkak kat rumah darma tu. nampak mcm ala2 hantu thailand ke korea ke. lakonan opah,tak disangkal, mmg SUPERB. Ladyana, terlalu kaku.masih dlm kategori berlakon drama jelah kot.(maaf kalau menyinggung) andre, susah n ak tengok dia berlakon menjerit2. dan dengar suara jantan dia.lol. mak lang, siapa tak salute. ada cat farish jugak ye? ape kene nye yeop? lol. sharu sampai takleh tidor malam lah jugak *tunjal lutut dia yg terangkat2 bila nampak hantu keluar
apapun, filem ini berjaya membuat aku mengimbas akan pengalaman membuang saka family belah abah aku. org dulu je yg perlukan bende ni semua,tapi kita sebagai keturunan yg bernama melayu,kadangkala harus menyimpan “sedikit” warisan keturunan agar ia tidak luput… dan ini juga akan mengukuhkan kaki yg berdiri. tapi jgn la guna untuk tujuan jahat..itu je la nasihat aku. jaga keluarga,jaga harat benda, jaga batas dgn makhluk mcm tu./..
TAPI AKU TETAP WONDER>KENAPA TAKDE HANTU PAKAI BAJU TERBANG2 KALER PINK DAA>>>>
April 12th, 2007 at 11:41 pm
aku tabik pada semua yang buat pilem ni. menakutkan. ahhhhhh. takutnya
April 13th, 2007 at 12:40 pm
takutttttttttttttt… saya takut nak tengokkkkkkkkkkkkkkkk
April 13th, 2007 at 6:12 pm
seram ker? i dun think so, sorry. storyline dah mantap, tapi dicacatkan dgn kostum hantu yg murah, bdan nya ditampal2 agara nampak jijik, tapi x menjadi, part mata plg x menjadi, tak real, kaler mata pakai adobe photoshop ker?
apa pon,bravo tuk makmah yg menghidopkan film nih, mmg kelakar mmg menjadi. khatijah tan pon ok, pierre boleh tahan, tapi mcm biasa saje and for intan, berusaha lagi, jgn kepit sgt suara tuh.
ikhlas dr saya
April 15th, 2007 at 9:10 am
Seramla filem ni kalau nak dibandingkan dgn hollywood, filem ni lagi berkualiti.Tp pelakon Intan Ladyana mencacatkan filem ni. Makmah @ Rusminah Sidek memang patut dpt anugerah pelakon pembantu terbaik….Hantu tu kalau x ditunjukkan muka lg seram….Keseluruhannya memang seram…Kalau takut, jg tengok!
April 16th, 2007 at 11:45 am
menakutkan dan melucukan…mcm real jer..
April 16th, 2007 at 4:31 pm
Haku tengok Sabtu lepas kat GSC MV kul 7.30mlm.
Haku kasi 5/5. Memang best dari segi skrip dan lakonan Pierre. Haku salute pada Opah yang dialog bersahaja tapi meremang bulu roma haku. Scene n dialog opah dlm JPB ni adalah contoh yg paling baik haku rasa utk ketengahkan rasa seram dan seriau tanpa menonjolkan ‘hantu’. Bab ni memang haku salute habis ler…..
Haku pun sependapat yg scene hantu terbang2 tu cam kurenggggggggg je….lama nyer cara. Tak seram langsung, bahkan timbul rasa kelakar pulak hahaha. Scene merangkak tu pun ok gak teringat2 masa nak bukak pintu rumah.
Lagi satu scene best time lepas je Darma tu solat, bunyi kaca pecah…perghhhhhhhh time haku menulis ni pun meremang bulu tengkuk haku siot. Dia punya sound system alamak….memang ler class.
Haku hanya dapat cakap…..inilah filem Melayu yang haku excited giler nak tengok selepas Abang 92….so bravo to team JPB. Lebih 10 tahun haku masuk panggung untuk tengok cite Melayu…selalunya kalu member ajak haku akan jawab….tak yah buang masa raya nanti masuk TV.
April 29th, 2007 at 1:33 pm
spupu aku meninggal sbb jadi stuntman dalam filem ni.cdey gile…but anyway,aku pon tak tgk lg filem ni..
nk tgk gak pe y bes sgt…
May 1st, 2007 at 8:15 pm
Cite ni memang seram gilerr…
Sound effect dye dasyat gilerr..
nak gugur jantung aku dgn babak terkejut yang banyak gilerr..
Aku paling salute kat Pierre Andre ngan Rusminah Sidek ( Opah )..
Lakonan mantap..
Tapi Intan Ladyana kaku sket ar..
Kalo bley aku nak tengok lagi..
Buat korang yang blom tengok..
Aku sarankan korang tengok kat panggung..
Memang seram n berdiri bulu roma..
Babak yang tok imam nak kuarkan ‘ bende tue ‘ memang menjadi n nampak real..
May 2nd, 2007 at 2:14 pm
Assalammuaalaikum. Saya dari Singapura ingin memberikan sedikit pandangan mengenai filem ini. Saya telah pun menyaksikan filem ini di GV pada 30 April jam 12:30 pagi. (Sneak Preview)
Bagi pandangan saya, ceritanya memang seram. Ditemani pula dengan jalan cerita yang ringkas dan senang untuk difahami. Untuk para pelakun pulak, saya suka melihat lakunan Rusminah Sidek. Beliau pandai menghidupkan wataknya. (Its just like real.) Sewaktu beliau mengundang benda tu masuk ke rumah sungguh mengerikan.
Tahniah buat mereka-mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Dari mata kaca saya, filem ini ‘is already a success’.
-azmanidah-
May 3rd, 2007 at 2:57 am
aku pn nk tmpang bgi pndangan gakk nie..kseluruhannya citer nie mmang mnakutkn..ak yg sbelom nie xpenah mnjerit tgok cter antu dri korea n jpun either hollywood, tetibe je mnjerit bile tgok cter nie..tbiik spriing ahh..mmang bley wat mati trkezuutt..aku salute ngan lakonan rusminah sdek tuu..watak opah tua tuu btul 2mnjadik..seriau ak bler die ajk antu tue naik umah..huhu..ak jmin citer bley mletup kt psrn antarabangsa pun..syabas kt pierre, ahmad idham, rusminah sidek n etc..truskn usaha anda memartabatkn industri prfileman ngara..lkonan intan perlu dimantapkn lg..klau xpun ambiklaa heroin lain..ramai lg yg brbkt ak rsa..huhu..well done guys..i appreciate this movie..JPB!!
September 29th, 2007 at 8:12 am
salam.
stuntman yang meninggal tu , pAk Tih aku.!!!!!!!!!!!!
kali?
dah tu , gambar terjun bangunan tu sat sangat.aku harap org2 filem niprihatin sikit pada semua stuntman negara.aku pun bakal lawyer.INSYAALAH.
tengoklah , kalau still nenek aku rasa sedih tak ada pampasan , sebab semua dapat kat usteri arwah , aku boleh SUE!!!!!!!!!!!!!!!!
July 27th, 2008 at 1:57 am
Sorammmm ….
Dewan seri budiman .. kenangan lama sihhh ..