in

Filem Jalan Kembali Bohsia 2

POSTER FILEM JALAN KEMBALI – BOHSIA 2 GEMPAK!

Filem ini akan ditayangkan buat pertama kalinya kepada media pada hari Khamis 17 Mei ini.

Skop Productions dan Grand Brilliance dengan sukacitanya ingin berkongsi dengan anda semua poster filem terbaru terbitan bersama yang berjudul Jalan Kembali – Bohsia 2 (Bohsia 2).

Filem yang bakal membuka tirai di panggung pada 7 Jun ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Sofi Jikan, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak, Salina Saibi dan Nabila Huda.

poster bohsia 2

Poster filem Bohsia 2 ini nampak segar, menarik dan unik kerana susunan imej, warna dan efek yang digunakan dapat menghasilkan sebuah visual yang mencuri perhatian dan mengundang penelitian yang lama. Gabungan warna yang cukup menyerlah juga dapat melambangkan unsur keganasan dan kemarahan watak – watak yang terdapat dalam filem ini.

Filem aksi arahan Syamsul Yusof ini berkisar tentang Amy, bekas bohsia telah bertaubat untuk tidak mengulangi sejarah “hitam” dengan menjejakkan kakinya ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya semakin hanyut bergelumang dengan gejala haram serta tingkah lakunya yang dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.

Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah mensia-siakan dirinya namun Muz dan Ijan senantiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting mememesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha haruslah mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agamanya.

Filem Bohsia 2 yang diterbitkan dan diedarkan oleh Grand Brilliance dan Skop Productions akan ditayangkan 7 Jun 2012 di pawagam seluruh Malaysia.
Segala informasi dan gambar berkenaan filem ini boleh didapati melalui laman web www.facebook.com/skopfanpage. atau Twitter GB di @grandbrilliance.

Trailer Filem Bohsia 2:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri INDERA JONED Ala Indiana Jones Versi Komedi

Rita Rudaini Geli Hati Tuntutan Suami Macam Budak-Budak