in ,

Filem LOOKING FOR JACKIE Lakonan Jackie Chan di TV2

Memberikan sumber inspirasi kepada semua dalam mengejar cita-cita, berkongsi kisah Zhang Yi-shan, seorang remaja yang tinggal di Indonesia bersama neneknya, nekad ke negara China bertemu dengan idolanya, Jackie Chan. Namun pelbagai rintangan yang perlu dilalui sebelum bertemu dengan idolanya itu.

Filem “Looking for Jackie” lakonan Zhang Yishan, Jackie Chan, Hua Tian dan Yongshou Zhang mengisi slot “Golden Dragon” pada 13 Ogos ini, pukul 10.00 malam di TV2.

Kalau di Hollywood ada filem Karate Kid yang menonjolkan aktor Jackie Chan, versi Mandarin juga pun tidak mahu ketinggalan sama dengan menerbitkan filem “Looking For Jackie” tahun 2009. Melihat kepada tema ceritanya nyata berbeza sama sekali namun ianya cukup bagus dalam menyuntik inspirasi kepada remaja yang ingin berjaya mencapai cita.

watak utama dalam Looking for Jackie

Plot kisahnya dikongsi dengan begitu baik sekali mengetengahkan watak remaja berusia 15 tahun yang miskin berketurunan Tionghua bernama Zhang Yishan tinggal bersama orang tuanya di Indonesia. Ia menggemari seni bela diri kungfu dan sangat mengidolakan bintang filem kungfu Jackie Chan. Apatahlagi dia kini menuntut ilmu kungfu di sekolah wushu setempat di Indonesia.

Suatu hari Yishan menyaksikan berita mengatakan Jackie Chan akan datang ke China dan ketika itu juga dia bertekad untuk pergi ke negeri asalnya itu. Dia memberikan alasan kepada orang tuanya bahawa Yishan hendak menjenguk datuk dan neneknya yang memang masih tinggal di China. Namun sebenarnya dia mahu menemui bintang idolanya itu dan menjadi muridnya.

Setelah sampai di Beijing, Yishan tersesat kerana tidak tahu jalan dan bahasa Cinanya sukar untuk dimengertikan sehingga terpaksa tinggal sementara di kuil.

Malang tidak berbau, ketika di sana dia telah dirompak dan diculik oleh penjahat yang kemudiannya menghubungi datuk dan neneknya untuk meminta wang tebusan.

Yishan beruntung kerana kemudian dia diselamatkan oleh seorang wanita yang melihat tubuh Yishan itu seperti mendiang adiknya. Akankah Yishan berhasil menemui Jackie Chan sang idolanya? Bagaimana perjuangannya dalam menemui idolanya tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

watak Zhang Yishan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R Rahman

One Direction’s Drag Me Down Sets New Spotify Records