in ,

Filem Inggeris & Drama Hebat Raikan Golongan Ibu

Filem Inggeris dan Drama Hebat Raikan Golongan Ibu di TV2

Panggilan ibu, mama, mak dan umi menggambarkan keperibadian seorang wanita yang begitu dimuliakan setiap insan. Lalu dalam meraikan golongan ini, maka seluruh negara menyambut Hari Ibu pada setiap Ahad, minggu ke-2 dalam bulan Mei dengan pelbagai cara tersendiri.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut meraikan Hari Ibu pada 13 Mei ini dengan tayangan dua drama menarik; Mama Emma pada 10 Mei 2012 (Khamis), jam 1.30 petang mengisi slot Sutera On 2 dan filem Inggeris bertajuk Mother And Child pada 12 Mei 2012 (Sabtu), jam 2.00 petang dalam slot Saturday Matinee. Kedua-duanya menemui penonton setia TV2.

Saksikan drama yang menzahirkan kasih seorang ibu terhadap anaknya yang kurang upaya bertajuk Mama Emma lakonan Catriona Ross, Farisya Fatin, Mira Normila dan Mahmud Ali Bashah. Ia berkisar tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu yang terpaksa menghadapi hidup yang penuh dengan cabaran tanpa seorang suami. Diana ditinggalkan dengan digantung tak bertali. Diana dianugerahkan seorang anak istimewa yang perlu diberi perhatian dan memerlukan kos yang tinggi untuk menyembuhkan anaknya.

Bagi menambah pendapatan, Diana menjadi model sambilan busana muslim. Penglibatannya dalam bidang ini mendapat perhatian daripada seorang tokoh korporat, Nazrul yang berniat jahat terhadap Diana. Diana difitnah kerana ajakan Nazrul ditolak. Fitnah itu telah merenggangkan hubungan Diana dan anaknya, Emma. Apakah masih ada sinar kebahagiaan untuk Diana dan Emma?

Seterusnya menyusul filem Inggeris, Mother And Child yang bermula dengan babak ketika berusia 14 tahun, Karen lakonan Annette Bening melahirkan seorang anak yang kemudiannya mahu diserahkan kepada keluarga angkat. Hakikatnya Karen buntu memikirkan adakah tindakan yang diambilnya itu. Namun apabila bertemu dengan Paco (Jimmy Smits), Karen rela melepaskan anak perempuannya demi masa depan yang lebih baik.

FILEM MOTHER AND CHILD 1

Anak perempuan Karen, Elizabeth (Naomi Watts) membesar dan gemar hidup bersendirian. Dia menjadi wanita yang tabah berdepan dengan cabaran hidup. Dia dilantik sebagai peguam di sebuah firma undang-undang yang berprestij yang diketuai oleh Paul (Samuel L. Jackson). Mereka mempunyai hubungan sulit dan dia disahkan hamil. Dia kemudiannya berhenti kerja tanpa memaklumkan Paul keadaan dirinya dan berhijrah memulakan kehidupan yang baru di bandar lain.

Lucy (Kerry Washington) pula adalah pembuat biskut yang nalurinya meronta-ronta untuk menjadi seorang ibu tetapi tidak boleh mempunyai anak-anak sendiri. Dia dan suaminya, Joseph (David Ramsey) kemudiannya menghubungi agensi yang menguruskan prosedur anak angkat. Namun kegembiraan mereka tidak lama kerana si ibu yang berjanji mahu menyerahkan anaknya berubah fikiran setelah bayi dilahirkan. Lucy dan suaminya begitu kecewa.

Elizabeth meninggal dunia semasa melahirkan anaknya. Oleh kerana tiada seorang pun mahu menuntut bayi tersebut, dia kemudiannya diambil oleh Lucy untuk dijadikan anak angkat. Setahun kemudian, Karen mendapat tahu tentang kematian Elizabeth dia mempunyai cucu yang bernama Ella. Rupa-rupanya Lucy tinggal di kawasan kejiranan yang sama dengannya. Lalu berjayakah Karen menuntut cucunya itu daripada penjaganya?

Kongsikan masa senggang anda dengan menonton TV2.

Kasih seorang ibu terhadap anak dalam Filem Mother And Child

Drama Mama Emma

Babak dalam Mama Emma

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Media Prima Lancar Impian Emas Negara di Sukan Olimpik

Power Rangers Samurai di Sungei Wang Plaza