in

Filem Hooperz Angkat Generasi Pelakon Pelapis

Dah tonton filem Hooperz? Kalau belum masih ada masa lagi kerana filem berkonsepkan sukan ini masih lagi ‘ceria’ di pawagam. Kepada pembaca yang belum menontonnya, Budiey juga berhajat untuk mengadakan Movie Day Out tapi tak pasti lagi bila. Mungkin pada hari Ahad ni, itu pun kalau masa mengizinkan.

Bercakap pasal filem Hooperz. filem ini dikatakan menerima sambutan di kalangan penonton kerana konsep sukan dan gaya garapannya sangat menarik. Ternyata Primeworks Studios dan MHz Film berani mempertaruhkan filem yang berisiko tinggi kerana jarang produki yang berani buat penonton berkata WOW. Kebanyakannya suka keluarkan filem seram, cinta dan komedi. Kalau kita lihat memang filem berkonsepkan sukan ini agak kurang mendapat tempat. Sebelum ini, filem Gol & Gincu pernah mengangkat konsep yang sama iaitu sukan futsal pada tahun 2005.

Namun, Budiey melihatkan filem ini mempunyai kekuatan tersendiri terutama garapan skrip dan juga jalan ceritanya yang memang boleh dikatakan begitu rapi. Cuma kalau penonton yang tak biasa dengan filem yang terlalu banyak flashback mungkin berlaku kekacaun minda sedikit. Namun, kalau penonton suka dengan gaya penceritaan yang ringkas, senang difahami dan penonton akan diceritakan secara santai dan smmoth mengapa karakter satu-satu watak itu jadi begitu. Ia dibuat secara detail dan diselit dengan gaya komedi yang asli.

Kalau masih tak tahu, Hooperz adalah nama sebuah kumpulan bola jaring yang dianggotai oleh remaja kolej yang cantik namun mempunyai konflik di antara mereka.

Semasa tayangan media filem yang menelan belanja RM1.5 juta ini, pengarahnya, Rosihan Zain berkata, filem berkenaan berkisar mengenai sukan bola jaring yang agak jarang dipaparkan dalam drama atau filem tempatan.

“Pemilihan sukan bola jaring dibuat kerana sukan itu dianggap kurang popular dan lebih tertumpu di kolej saja. Bagaimanapun, kami menggarap setiap watak dengan latar tertentu digabungkan membentuk pasukan bola jaring.

“Setiap jalan cerita kita tidak akan terlepas daripada berdepan dengan konflik, kesedihan, bergaduh sesama sendiri dan persahabatan sepanjang 112 minit filem ini ditayangkan. Begitu juga dengan filem ini yang masih mengangkat kisah remaja yang berhadapan dengan konflik walaupun di dalam satu kumpulan,” katanya.

Filem lakonan Intan Nor Saina, Melissa Maureen Rizal, Nur Zazleen Zulkafli, Juliana Evans, Anita Baharom, Akma, Nur Zazleen Zulkafli, Adibah Nor dan Amy Mastura ini menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur sepanjang 21 hari penggambaran.

Budiey melihatkan gabungan pelakon lama dan pelakon baru dalam filem ini begitu serasi. Keunikan watak menjadikan filem ini sangat menghiburkan kerana padat dengan lawak komedi yang sangat spontan. Karakter semua pelakon juga tak sama dan ianya bervariasi. Seolah-olah semua watak ini mewakili manusia yang berada di persekitaran kita. Ada juga yang terasa pedas apabila terkena sindiran dari filem ini. Dan jangan terkejut kerana dalam filem ada seorang toyol yang dibuat menggunakan kesan CGI.

Juga ada cameo seperti Rashidi Ishak, Remy Ishak, Mustafa Kamal, Yasmin Yusoff, U-Wei dan beberapa yang lain berjaya menyuntik emosi penonton untuk turut tergelak dan sedih.

Filem komedi yang tetap diselitkan elemen emosi, kekeluargaan, persahabatan dan percintaan ini sesuai dijadikan santapan hujung minggu bagi mereka yang mencari bahan untuk berhibur.

Hooperz antara beberapa filem yang menjalani proses pasca produksi Dolby Mixing di Digital Mix Stage milik Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang.

Sinopsis Hooperz

Filem: Hooperz
Genre: Komedi
Pengarah: Rosihan Zain dan Sheikh Munasar
Pelakon: Intan Nor Saina, Melissa Maureen Rizal, Nur Zazleen Zulkafli, Juliana Evans, Anita Baharom, Akma, Dawn Jeremiah, Amy Mastura dan Adibah Noor Tarikh Tayangan: 22 April 2010

HOOPERZ mengisahkan kehidupan tujuh remaja yang menganggotai sukan bola jaring untuk pasukan kolej mereka. Mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi masing-masing hinggakan sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. Hooperz dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi antara pemain yang cekap menjaringkan gol untuk pasukannya.

Ketua pasukan Hooperz, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Arzwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya. Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri.

Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan Hooperz dalam menghadapi dugaan,
kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Talian Hayat Musim Ketiga Lebih Telus

Luscious by Najeeb Bulu Mata Palsu Bermutu