in ,

Filem Hollywood Sajian Aidilfitri di TV2

4 FILEM INGGERIS MENARIK SAJIAN AIDILFITRI DI DUNIA RIA TV2
 
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pastinya akan bertambah ceria apabila TV2 saluran Dunia Ria turut sama menyajikan 4 filem Inggeris terhebat setiap hari bermula pada Hari Raya pertama hingga keempat.  Filem-filem dengan pelbagai genre antaranya genre aksi, fantasi dan komedi ini sudah tentu menjanjikan kegembiraan sepanjang Aidilfitri.

RTM membariskan 4 filem termasuklah X-Men:The Last Stand (Isnin, 21 September 2009, 11.00 malam), Garfield:A Tail of Two Kitties  (Selasa, 22 September 2009, 11.00 malam), Talladega Nights:The Ballad Of Ricky Bobby (Rabu, 23 September 2009, 11.00 malam), Fantastic Four (Khamis, 24 September 2009, 11.00 malam).

Bermula dengan filem aksi Fantasi, X-Men: The Last Stand arahan Brett Ratner yang menggabungkan pelakon-pelakon hebat antaranya Hugh Jackman, Halle Berry, Ian Mckellen dan Famke Janssen ini berkisarkan tentang X-men dalam usaha mempertahankan sebuah dunia. X-Men yang diketuai oleh Professor Charles Xavier dengan gandingan rekrut baru iaitu Beast dan Angle, mengharungi cabaran-cabaran hebat menghadapi evolusi bersama rakan sepasukan Jean Grey. Dengan menggunakan kuasa kosmik, Jean Grey merempuh pelbagai cabaran sehingga membahayakan nyawa dan seluruh planet demi mempertahankan dunia mereka. Dapatkah X-Men menyelamatkan dunia? Saksikan filem hebat X-Men: The Last Stand yang telah memenangi beberapa anugerah-anugerah hebat antaranya anugerah penyuntingan terbaik, kesan khas terbaik, sinematografi terbaik dan banyak lagi di Satellite Award pada tahun 2006.

Hari Raya Kedua anda pasti penuh gelak tawa dengan kisah Garfield: A Tail of Two Kitties yang mengisahkan tentang seekor kucing bernama Garfield dalam senyap mengikuti tuannya iaitu Jon dalam perjalanan menuju ke London untuk melamar teman wanitanya Liz. Garfield pastinya turut sama membawa Odie rakan baiknya dalam perjalanan itu. Setelah sampai di London mereka keluar ke kota. Sementara itu Queen sangat menyayangi kucingnya bernama Prince XII. Lord Dargis yang amat mendendami Queen ingin membunuh Prince XII dengan melepaskannya ke sungai sehingga Prince XII hanyut ke Kota London dan bertukar dengan Garfield. Kisah ini bertambah menarik apabila Smithee pembantu Queen menjumpai Garfield dan membawanya ke Istana. Garfield bertukar dengan Prince XII kerana mereka mempunyai wajah seiras. Garfield tentunya gembira bersama Queen yang merupakan golongan diraja. Dapatkah Prince XII dan Garfield kembali ke kehidupan asal mereka? Saksikan  filem animasi ini yang akan menampilkan gandingan hebat Breckin Meyer, Jennifer Love Hewitt dan Billy Connoly ini yang pastinya akan menceriakan hari raya anda di TV2.

Pada Hari Raya ketiga, filem Talladega Nights: The Ballad Of Ricky Bobby yang menceritakan tentang seorang pelumba kereta NASCAR terkenal bernama Ricky Bobby. Beliau mempunyai seorang teman rapat bernama Cal yang juga pelumba. Peminat-peminat mereka menggelarkan mereka sebagai “Thunder” dan “Lightning” kerana keserasian mereka yang sentiasa mengejar tempat pertama atau tempat kedua sesama mereka pada mana-mana perlumbaan kereta. Kisah ini lebih menarik apabila pemandu Formula One, Jean Girard lakonan Sacha Baron Cohen mencabar Ricky dan Cal dalam perlumbaan terhebat NASCAR. Ricky yang merupakan pelumba terhandal NASCAR terpaksa mencabar dirinya sendiri untuk terus mempertahankan gelaran itu dari dirampas oleh Jean. Filem komedi yang penuh gelak tawa ini dilakonkan oleh Wills Ferrel, John C.Reilly serta Amy Adams.

Slot Sinema Khas Hari Raya turut menayangkan filem genre komik aksi arahan Tim Story berjudul Fantastic Four yang mengisahkan tentang sekumpulan 4 orang remaja yang mempunyai kuasa luar biasa. Fantastic Four yang diketuai oleh Reed Richards seorang saintis yang digelar Mr.Fantastic kerana mempunyai kuasa melenturkan badannya, teman wanitanya pula Sue Storm mempunyai kuasa halimunan digelar sebagai Invisible Woman. Johnny pula dengan kelebihan mengeluarkan api dari tapak tangannya bergelar Human Torch manakala Pilot Ben Grimm mempunyai kuasa yang sangat kuat seperti seketul batu digelar Thing. Dengan menggunakan kuasa-kuasa superhero luar biasa yang ada pada mereka, pelbagai cabaran dan aksi yang mereka hadapi termasuk menghalang rancangan jahat Doctor Doom. Adakah mereka dapat menghapuskan rancangan jahat Doctor Doom ini? Saksikan aksi superhero-superhero ini yang dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Loan Gruffudd, Jessica Alba, Michael Chiklis, Chris Evan dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan menonton filem-filem hebat menerusi saluran Dunia Ria TV2 sepanjang lebaran ini.. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Memintas Seribu Bulan Dan Email Dari Angkara

Telemovie Aidilfitri 1430H di TV3