in ,

Filem Hebat James Bond Di TV2 April Ini

LIMA FILEM HEBAT JAMES BOND SEPANJANG APRIL 2009 DI TV2

Sepanjang April 2009 ini, peminat setia filem yang mengetengahkan watak James Bond sebagai tunggak utamanya berpeluang menyaksikan ejen perisikan yang memiliki perwatakan menarik serta mampu mencairkan hati wanita ini beraksi menerusi lima filem hebat yang dipertontonkan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Lima filem James Bond yang dijanjikan setiap hari Isnin bermula Golden Eye (4 April 2009), Tomorrow Never Dies (11 April 2009), The World Is Not Enough (18 April 2009), The World Is Not Enough (25 April 2009) dan akan menutup tirainya menerusi Casino Royale pada 2 Mei 2009. Slot Saturday Night Special @ 2 ini disiarkan jam 10 malam di saluran Dunia Ria TV2.

Membuka tirai rancangan istimewa James Bond mempersembahkan filem Golden Eye yang menampilkan aktor Hollywood terkenal, Pierce Brosnan selaku pemegang watak utama James Bond. Filem yang padat dengan aksi mencabar ini pasti membuatkan penonton teruja dengan jalan cerita yang di arahkan oleh pengarah berbakat besar, Martin Campbell.

Filem yang menampilkan watak James Bond ini yang turut dikenali sebagai Ejen 007 merupakan seorang pengintip yang ditugaskan untuk menghalang penjahat menggunakan sebuah senjata satelit dikenali sebagai ‘Golden Eye’ untuk memusnahkan kota London dan melumpuhkan sistem kewangan di kota tersebut.

Misi James Bond pada kali ini adalah untuk memulihkan sistem akses ‘Golden Eye’ yang telah digodam oleh penjenayah. Seorang pengendali computer dari Rusia. Natalya Siminova lakonan Izabella Scorupco merupakan pasangan James Bond dalam filem ini yang bekerjasama untuk mencari akses kepada sistem tersebut. Kemunculan semula rakan setugas Bond, Alec Trevelyan yang turut di kenali sebagai Ejen 006 yang dipercayai telah di tembak mati 9 tahun lalu. Paling mengejutkan apabila Bond mengetahui yang Alec telah menjadi dalang kepada segala rancangan jahat ini menyebabkan Bond terpaksa berlawan dengan rakannya sendiri dalam usaha untuk menghentikan niat jahat Alec untuk memusnahkan London menggunakan satelit ‘Golden Eye’.

Golden Eye turut dibintangi oleh Sean Bean, Famke Janssen, Alan Cumming dan Joe Don Baker yang membantu memantapkan lagi filem ini dengan pelbagai aksi serta jalan cerita yang penuh dengan misi serta aksi yang pasti akan membuatkan penonton terhibur.

Tomorrow Never Dies sekali lagi menampilkan Pierce Brosnan yang mendukung watak James Bond dalam misi melumpuhkan konspirasi seorang hartawan, Elliot Carver yang dilakonkan oleh Jonathan Pryce. Carver cuba mempergunakan sistem penyiaran dunia dengan menyebarkan maklumat palsu melalui sistem satelit yang dapat menembusi setiap penjuru planet.

Pertemuan Bond dengan seorang wartawan yang sebenarnya merupakan seorang ejen dari China, Wai Lin lakonan Michelle Yeoh memantapkan lagi misi Bond dalam menumpaskan rancangan Carver. Carver menyalahkan China kerana menyebabkan kapal pengangkutan tentera laut British tenggelam di dalam pertempuran yang berlaku secara senyap lantas bercadang untuk melancarkan perang ke atas China. Mampukan Bond menghentikan peperangan ini? adakah Bond berjaya menghentikan niat jahat Carver untuk melancarkan perang?

Filem ke-18 dalam siri himpunan filem James Bond ini turut menampilkan pelakon jelita Teri Hatcher yang memegang watak Paris, isteri kepada Carver.

Menyusul selepas itu, filem James Bond- The World Is Not Enough yang masih lagi mengekalkan Pierce Brosnan sebagai tunjang utama memegang watak Bond. Pada kali ini, plot fiem berkisar mengenai pembunuhan Sir Robert King, yang terbunuh dalam tragedi pengeboman di kuarters M16. Bond ditugaskan untuk melindungi anak perempuan Sir Robert King, Elektra secara tidak langsung menjadikan Bond sebagai pengawal peribadi Elektra. Kekayaan yang di warisi Elektra telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk pembunuh bapanya, Renard.

Renard merupakan seorang penjahat yang telah ditembak di kepala akan tetapi meninggalkan kesan yang luar biasa di mana dia tidak dapat merasai kesakitan fizikal akibat peluru yang menembusi kepalanya. Renard menjadikan Elektra sebagai mangsa seterusnya dan memasang strategi untuk membunuh Elektra.

Selain penampilan istimewa Dennis Richards sebagai Dr. Christmas Jones, seorang pakar dalam senjata nuclear, filem ini turut di bintangi barisan pelakon handalan seperti Robbie Coltrane, Judi Dench, Samantha Bond dan David Calder.

Menerusi filem Die Another Day, Pierce Brosnan memegang watak James Bond untuk kali kedua puluh iaitu yang terakhir selepas mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari watak Bond.

Pada kali ini, misi James Bond tertumpu di Korea Utara. Setelah membunuh seorang penjahat yang juga kolonel di Korea Utara, dia telah ditangkap dan dipenjara. Setahun selepas itu, dia dibebaskan berdasarkan pertukaran banduan. Bond nekad untuk mencari individu yang telah membelotnya dan secara tidak langsung dapat membongkar niat jahat seorang wartawan, Gustav Graves yang sebenarnya merupakan kolonel yang patut dibunuh. Bond memujuk kolonel tersebut untuk berhenti menggunakan satelit bagi melancarkan perang ke atas diantara Utara dan Selatan Korea.

Filem yang diarahkan oleh Lee Tamahori ini turut dijayakan oleh pelakon wanita hebat, Halle Berry, Toby Stephens, Rick Yune dan Rosamund Pike.

Menutup tirai himpunan menarik filem James Bond di tv2 memepersembahkan Casino Royale lakonan muka baru Bond, Daniel Craig sebahai ejen M16, James Bond. Filem Casino Royale telah diadaptasikan daripada novel karya Ian Fleming.

Setelah menghalang serangan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Bond telah bertemu dengan pasangannya, Vesper Lynd, yang juga seorang ejen yang telah ditugaskan untuk menjaga kewangan yang diperlukan Bond pada kejohanan poker yang dianjurkan oleh Le Chiffre.

Dalam filem ini, Bond yang merupakan ejen yang bertugas di bawah M16 bertindak menentang polisi dan ingin melakukan penyiasatan sendiri yang membawanya menyeberangi Bahamas. Perlawanan poker yang disertai Bond dan La Chiffre yang diadakan di Montanegro Le Casino Royale yang mempetaruhkan nyawa menggantikan wang ringit dalam usaha Bond untuk menghapuskan La Chiffre.

Casino Royale turut dijayakan oleh Eva Green, Mads Mikkelsen, Judi Dench, Jeffrey Wright dan Caterina Murino.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan barisan filem hebat James Bond yang bakal mengisi slot Saturday Night Special @ 2 iaitu Golden Eye (4 April 2009), Tomorrow Never Dies (11 April 2009), The World Is Not Enough (18 April 2009), The World Is Not Enough (25 April 2009) dan akan menutup tirainya menerusi Casino Royale pada 2 Mei 2009. Slot Saturday Night Special @ 2 ini disiarkan jam 10 malam di saluran Dunia Ria, TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert Akademi Fantasia 7 Minggu Pertama

Saluran Muzik Aktif Rtm Di Astro