Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production?



Pada 1 Mac, Sabtu lalu, Budiey ada mengikuti satu pelancaran filem terbaru Skop Production yang berkolaborasi dengan Grand Brilliance melahirkan Filem Evolusi KL Drift. Pelancaran filem anak Dato’ Yusof Haslam ini diadakan di Galeri Perfileman FINAS. Terus terang, Budiey katakan, ini adalah kali pertama menjejakkan kaki di rumah banglo yang diubahsuai menjadi tempat pameran sejarah perfileman tanahair.

Kepada korang yang nak ke Galeri Perfileman FINAS, ini dia alamatnya… NO.3 Jalan Pahang Kecil, Off Jalan Pahang. Dekat je dengan rumah Budiey sebenarnya. Jalan kaki pun sampai. Tapi Azwan bawak keter ntah ke mana terlajaknya.

Lama betul kita tak tengok dua syarikat perfileman gergasi ini bergabung. Ini adalah usahasama mereka yang ke-6 iaitu filem terakhir mereka iaitu Pasrah yang ditayangkan 9 tahun yang lalu. Skop Production sendiri rasanya sudah 3 tahun tak buat filem.

Antara pelakon filem Revolusi KL Drift yang hadir ialah Shamsul, Ikram Dinzly, Fasha Sandha, Diana Danielle dan ramai lagi. Budiey sebenarnya teruja dan seronok gak la sebab pertama kali dapat berjumpa dengan pelakon yang kini sedang meningkat naik iaitu Diana Danielle. Hari tu ada terjumpa gambar Diana dan maknya. Memang muka diorang tak sama.

Memang cun giler Diana nih. Rasa Budiey, kalau mutu lakonan Diana sekuat dan semantap Sofia Jane, tidak hairan suatu hari nanti Diana juga boleh berjaya dan mengatasi populariti Fasha Sandha. Masalahnya, setiap kali berlakon, ramai pelakon act dengan gaya yang sama je dalam setiap appearance dan yang Budiey sedihnya lakonan mereka sangat kaku. Tu yang jadi penghalang untuk maju ke depan. Jadi, kena banyak belajar lagi la. Kalau nak harap muka je cantik memang tak cukup, bebs!

Tapi kesian kat Diana sebab dia tak sihat pada hari tu. Demam katanya. Walaupun tak sihat, wajah dia tetap kelihatan berseri dan segar dengan senyuman manis melayan fotografer.

Ni gambar Budiey dengan Diana. Fuh! Mengancam habis gadis kacukan nih! Dan dengan rasminya, Budiey mengistiharkan untuk menjadi jadi pengikut dan paparazi kepada Diana Danielle dan Fouziah Gous. Amacam berani?

Jom tengok GAMBAR DIANA MELETOPS yang Budiey baru upload: 

Gambar Manja Seksi Diana Danielle

Di majlis itu juga, hadirin turut dipertontonkan trailer filem ini. Nampak dari trailer filem ini boleh meletop boxoffice. Jangan samakan filem ini dengan Impak Maksima kerana filem ini menitik beratkan tentang unsur-unsur realiti di layar. Dan juga ada satu pengumuman oleh Datuk Yusof Haslam di mana anaknya Shamsul bakal mengarah sebuah lagi filem berjudul BOHSIA. Pengambaran filem Bohsia akan bermula pada 17 Mac 2008 ini.

Filem ini adalah yang paling tinggi kos pembikinannya sebab pengambarannya dibuat di atas jalan raya. Tempoh pengambaran selama 35 hari telah berlanjutan hingga 38 hari dan menyebabkan kos meningkat berpuluh-puluh ribu untuk sehari pengambaran. Tidak seperti filem Impak Maksima, filem ini tidak menggunakan teknologi CGI langsung untuk nampak lebih real.

Datuk Yusof Haslam kata hanya 10% idea diberikan kepada anaknya. Selebihnya, kebebasan berkarya diberikan sepenuhnya kepada Shamsul. Dari segi suntingan juga, Shamsul banyak memberi buah ideanya sendiri. Filem ini menggunakan 3-4 buah kamera dan menggunakan teknik On Cam Life Action. Filem ini adalah kisah remaja yang terlibat dengan isu sosial remaja. Ironinya, filem ini tidak menggunakan seorang pun pelakon dewasa atau veteren. Semuanya pelakon remaja.

Filem terbaru terbitan Skop Production, Evolusi: KL Drift, bolehlah dikatakan filem terbaik yang pernah dihasilkan. Filem yang diarahkan oleh pengarah muda, Syamsul Yusuf, anak kepada Dato Yusuf Haslam ini menelan belanja sekitar RM 2 juta termasuk kos promosi. Evolusi KL Drift yang menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur sepanjang tempoh 38 hari, cukup memerlukan tumpuan sepenuhnya bagi pengarah muda ini. Hanya 3 hari terlajak shooting. Tapi khabarnya, sehari terlajak pun, makan puluhan ribu untuk kos pengambaran.

Menurut Syamsul Yusuf, dia pernah sekali menitiskan air mata pada hari ke 25 pengambaran kerana buat pertama kalinya dia merasakan betapa penat dan jerihnya mengarah serta berlakon pada masa yang sama.

Menurut ayah kepada Syamsul Yusuf, yang juga sutradara tersohor, Dato Yusuf Haslam, dia cukup berbangga dengan Evolusi: KL Drift hasil buah tangan dan titik peluh anaknya itu. Dia amat berbangga, apabila filem aksi yang biasanya memerlukan sekurang-kurangnya 50 hari pengambaran, berjaya dihasilkan dalam tempoh yang singkat, berkat ketekunan para pelakon dan tenaga produksi yang bertungkus lumus hampir 18 jam setiap hari bagi memastikan jadual pengambaran dapat diikuti. Menurut Yusuf lagi, filem ini merupakan hasil buah fikiran Syamsul sendiri, namun, sebagai bapa serta pengarah yang cukup pengalaman, Syamsul meminta tunjuk ajar dan idea dari beliau juga. Sebanyak 10% idea dari bapanya, dan selainnya adalah hasil Syamsul termasuklah dalam kerja-kerja suntingan.

Filem yang dihasilkan bersama Grand Brilliance, selepas usahasama mereka yang terakhir, Pasrah, pada tahun 1999, ini akan ditayangkan pada 3hb April 2008, membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Iqram Dinzily, Fasha Sandha, Farid Kamil dan Syamsul Yusuf sendiri, pastinya memberikan satu kelainan kepada para peminat filem aksi di Malaysia. Filem yang mendapat tajaan dari syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Toyo Tires, dikatakan berminat untuk membeli hak cipta untuk ditayangkan di negara matahari terbit itu.

Perlu ke nak letak gambar Fasha? Perlu kan? Huhu… kucing hilang pun kecoh satu Malaya beb! Hai… Fasha… Fasha…

[tags]filem Evolusi Kl Drift, shamsul anak yusof haslam, shooting bohsia, filem bohjan, on life cam action, technique film, ikram dinzly, diana danielle nude, gambar ibu diana daniel, bogel actress, asian beauty, fasha hilang kucing, sukan drift, Danny Beeson, Yusof Haslam[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Filem Evolusi KL Drift 2
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Sekitar Karnival Evolusi KL Drift 2
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2



  • 47 Komen untuk entri “Filem Evolusi KL Drift: Filem Terbaik Skop Production?”

    1. syamsulariff.com kata:

      oh, hm..kucing tu dah mcm burn je..

    2. afham kata:

      :D … jeles tgk budiey bergambar ngan awek cun..

    3. Rjuna kata:

      Aduh Fasha-emon kamulah makhluk tuhan paling sexy

    4. mish aisha kata:

      stAY away from him!he’s miNe!huhu….

    5. emet kata:

      Ape da rjuna, lawak je ko ni! :D

      Budiey, xda review untuk cerita KL Drift ni ke? Aku belum sempat tengok lagi…

    6. ms kata:

      abang iqram jejaka paling ensom abad ini

    7. farah kata:

      Iqram Dinzly jejaka paling macho abad ini!

    8. anisah kata:

      ola,,,,
      lol,syamsul !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
      read my comment plezzzzz
      u’re damn the best(most handsome !!!)

      ~agogo

    9. EX5 Turbo kata:

      Aku salah seorang peminat filem tempatan.
      Masa tgk preview citer ni terus berkobar nak tgk.
      Bila Masuk jer panggung lansung aku rasa buang duit jer tengok.
      Dah la citer cam hampeh,gambar lak asyik goyang jer,terus pening.tu bukan teknik camera tu,entahlah.sepanjang citer tu aku lansung tak puas.
      Jalan citer macam yang kawan2 aku kata la,mesti citer cemburu pastu gaduh antara hero ngan heroin.Aduh tambah lak pelakon UTAMA dia syamsul tu,cam samdol.heroin pun muka dah takat menyampah.nasib ader farid kamil yang hidupkan citer ni.Aaron aziz pun ok.hidupla watak tu.tapi bila tgk jer muka samdol terus bosan.Cam muka mintak tapak kasut.

      Keseluruhan BOSAN.Abih duit Aku

    10. syamsulariff.com kata:

      huhu..marah betul kamu ex5 turbo ye..anyway sori budiey bukan nak spam sini tapi atas permintaan peminat kl drift..aku nak kongsi link liriknya kat sini boleh?

      http://vangardx.net/blog/video-clip-lirik-lagu-evolusi-kl-drift-james-baum-feat-samir-mahadir/

      :)

    11. Review : Ulasan Filem Evolusi KL Drift : panjangakal.com kata:

      [...] blog budiey : Filem terbaik skop production [...]

    12. happygirlz.com kata:

      evolusi kl drift are the best in the malaysia!!!kak fasha,u is so sexy girlz!!!!!!!

    13. ROSLAN kata:

      saya respek filem anda macam filem hollywood macam ini kita orang mahu tak ada cintan 2 sangat say harap shamshul terus buat filem aksi
      boleh kalahkan bapa anda asyik dengan filem cinta sahaja tanpa penghujungnya macam sembilu kasih janji Diana bila nak habis ?
      buatlah filem macam gerak khas yg lebih cangih dan drama gerak khas dah tak ada idea ? ikut cita rasa masa kini buat macam filem hinduustan
      cerita polis jahat bunuh orang polis malaysia ini buakan semua baik
      banyak bunuh orang dalam lokap buat macam filem hollywood
      kita negara malaysia mestilah terbuka menteri pun kawan dengan pengedar dadah ? polis pun rasuah bayak buatlah filem begini baru boleh tembus pasaran dunia ni asyik masih katak dibawah tempurung lagi
      bila masa nak keluar ?

    14. fyfy cute kata:

      citer ni aku tak tengok lagi….so,,,no comment…huhu

    15. Nana_Ratna kata:

      Suka sangggggat lihat Fasha Sandha berlakon dengan Syamsul Yusuf…Macam pinang dibelah dua.Sama cantik sama lawa…Harap masa yang akan datang Syamsul Yusuf akan berlakon dengan Fasha lagi. Sayanglah dalam KL drift tak ada babak romantik Fasha dan Syamsul ,asyik babak gaduh je…
      Satu lagi…Saya tak suka tengok Diana Danielle berlakon.Boring….Mula-mula saya ingat dia yang pegang watak utama.Nasib baik Fasha,kalau tak…gerenti saya tak tengok KL drift.

    16. Shana_Nakal!!! kata:

      hye..
      em,kt cni sy nk ckp…….
      diz is the best film in Malaysia!!!
      i love diz film so much..
      4 abg syamsul,
      u r so handsome n macho, ditmbh lak dgn mutu cite yg susah untk di bkin ni.. lain kali wat la cite2 cmni lg,sure byk dak2 rmaje akan tgk..
      so,keep it up! hdop rmaje!!
      4 kak fasha,
      dressing kak fasha dlm cite ni mmg cool gle..
      i like it!!
      4 abg iqram n abg aaron,
      lakonan nmpk real..
      hencem lor abg be2 dlm cite ni..
      4 farid kamil,
      dlm cite ni abg farid nmpk tol2 cool n hencem.. hehe!!
      4 kak diana,
      u r so sweet gurl..
      hope u’ll success in ur life!!

      MAJU KL DRIFT!!!

    17. zie kata:

      sy suka la tngk syamsul yusof…kalau x tgk muka dia 1 hari sy boleh jd x tentu arah,lbh kurang dikatakan begini mandi x basah,makan x kenyang,dan tdo x lena………..sy doakan syamsul dapat jodoh dgn org yg baik2..spt kak diana dianelle………

    18. hani kata:

      ea.korang…tolong sikit.korang ingat samsul tu baik sangat ke..kalau korang nk tau..aku adik angkat samsul yusof.korang janganla lebih-lebih nak puji die k.aku tak suka abang aku jadi buah mulut orang.

    19. najihah kata:

      hensem juga syamsul yusof tu

    20. diklah! kata:

      saya setuju kalau abg shamsul dengan kak diana couple.ssssssssangat setujuuuuuuuuuu! tapi kalau sama fasha sandha saya tak setujuuuuuuuuuuu! fasha sandha tu tak padan dengan abg shamsul kan…………………. shamsul memang hansem tau and kak diana pun hansem. saya lebih suka lihat abg shamsul berlakon sama kak diana.kalian berdua serasilah…………..

    21. mokhtar kata:

      cinta untuk kita mesti memahami perasaan tetapi kita manusia biasa yang mampu membuat dan tidak mampu meluahkan betapa kita mencintai seseorang itu terpulang kepada si dia masih setia atau sudah yang lain mokhtar darul haslam email mokhtarsembilu@yahoo.com.my

    22. nasro kata:

      filem kl drift ni memang best drifter.

    23. zafrulnaim kata:

      yo……salam……
      saya cuma nak kata ……
      maju kl drift…..
      kalau boleh buat kl drift 2 ok…….
      maju kldrift……..
      assalamualaikum……..

    24. zafrulnaim kata:

      syamsul ni pun handsome juge la……
      yang paling saya suke……kerete abg syamsul pun hebat dan smart……..

    25. zafrulnaim kata:

      abg syamsul dengan kak diana memang ok la……
      tapi dengan fasha sandha ckit-ckit……
      kl drift ni best………..

    26. shahira kata:

      hye,abg syamsul,shahira suka sgt tengok abg syamsul berlakon dengan kak diana,abg syamsul dengan kak diana serasi sgt..abg syamsul bila nk keluar cerita bohsia..shahira nk tnya itu je,ok bye…

    27. shahira kata:

      hye,abg syamsul,shahira suka sgt tengok abg syamsul berlakon dengan kak diana,abg syamsul dengan kak diana serasi sgt..abg syamsul bila nk keluar cerita bohsia..shahira nk tnya itu je,ok bye…

    28. CUTE kata:

      SEMOGA USAHA AWAK SMUA TERCAPAI..AMIN

    29. nurul kata:

      pape poon,teruskan usaha ye…adiooooosssss

    30. nurul kata:

      lupa lak aku….erm,filem mlysia ni harus ditngktkn…jgn dok asyik cintan cintun k….1stly filem kl drift ni,pape r….rebut awek,gadoh..pas 2 bla nk lwn gangster nk lumba..pew ke jadahnya ni…teruskan usaha anda syam…..

    31. jatiStudio kata:

      mana satu Syamsul Yusof?tak kenal oo…Z tu Syamsul Yusof ka??hendsome juga.filem u memnag syok.semua syok..cuma satu ja..bawa2la bersabar time gaduh dgn bini u,tak ble kasar2 bro.cian tu.hehehe

    32. joker/// kata:

      support la filem malaysia woi,,, sape samdol2 yang tau nak kutuk je tu ha,,, kalau pandai sangat buat filem,buat la,,, tau nak kutuk je,,,

    33. putri kata:

      salam.. bolehlah tahan filemmye.. sya hrp filem yang akan dtg syamsul lebih mantap dalm lakonannya.. k bye

    34. lela kata:

      siapa yg panggil fasha kucing tu hidup dia tak senang sampai dia mati…………faham?

    35. SUHAITI @ SHAMSY kata:

      SAYA SUKA TENGOK CERITA FARAH SYIKARA BB BEST TAU CERITA DIA INGAT TAK…….

    36. adi kata:

      dah tengok cerita ni..bolehla…….tapi lakonan syamsul tu..keras je..tak natural..go back and practise again…

    37. adi kata:

      wa 150% setuju dgn ex 5 turbo….

    38. ayu kata:

      shamsul ni handsome gila!!!!!!!!
      aku minat gila cerita evolusi kl drift!!!!!!

    39. ayu kata:

      hai abg shamsul!!!!!
      saya teringin sangat nak jumpa abg shamsul!!!!
      abg shamsul sihat ker??????

    40. imanina kata:

      hai…………………………………………….
      saya suka sgt ngan abg shamsul…………………………….
      cerita evolusi kl drift tu syok gila………………………
      klah,saya nak pi tgk cerita bohsia dan setem!!!!!
      hahahahahahahahahahahahahahhahahaha

    41. fasya_shi kata:

      hehe….smart giler syamsul,aaron n iqram…x tahan…syamsul n diana memang sesuai ..hehe..tujer nak cakap….bye..all the bez for kl drift

    42. ina kata:

      hai abg syamsul ok le filem kl drift tu syok giler.. sy doa kan abg syamsul berjaya dalam dunia seni ne!!!!! bye

    43. sheera kata:

      hai abg syamsuk.sye ske tgk flm evolusif kl drift.caya ar bez giller

    44. Zida Adi kata:

      Best la cite nie. Lgi2 klw abg Syamsul Yusof yg buat lakonan. Blh thn jgk abg Syamsul Yusof nie.Saye doakan smga abg dpt jodoh dgn org yg lbh baik dari kak Diana Dianellie.Ok la. Bye.

    45. piNk_belt kata:

      wah hemsem nya mus aku rasa kan mesti mus kaya kan kalau jadi kan bes Mus hemsem

    46. Nabelle kata:

      aku suke rizal lagi dari syamsul… rizal tu cool je… sempoi pun sempoi… kalo syamsul,panas je aku tengok… menom ais satu gelen pun tak cool…

    47. honey kata:

      hello..Im back!! thanks for who that has talk about the good thing about my brothers. im study hard now 4 exam!! thanks ya!! i love you bro.. work hard okey!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK