Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)













[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Filem Dostana Sempena Deepavali di TV2

FILEM DOSTANA WARNAKAN HIBURAN GEMERLAPAN DEEPAVALI

Sambutan Aidilfitri yang bertemakan “Raya Datang Lagi” di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah berlalu namun sambutannya berganti kali ini bersempena sambutan perayaan Deepavali yang akan datang tidak berapa lama lagi. Dengan mengangkat tema “Gemerlapan Deepavali” sudah tentunya pelbagai program dan rancangan menarik telah dipilih dengan tujuan menceria dan menghiburkan penganut agama Hindu yang akan menyambut perayaan itu pada Oktober ini. 

Oleh itu, filem Bollywood berjudul Dostana yang bakal ditayangkan pada 16 Oktober 2009 bermula jam 8.30 malam di TV2 ini pastinya dinanti-nantikan. Filem yang mengisahkan mengenai Sameer dan Kunal, dua pemuda yang kebetulan telah bertembung dan berkenalan apabila mereka dalam pada masa yang sama merebut untuk menyewa sebuah pangsapuri. Harapan mereka untuk menyewa pangsapuri itu gagal apabila pemiliknya hanya ingin menyewakannya kepada penyewa wanita sahaja. Neha anak saudara kepada pemiliknya telah menyewa pangsapuri itu bersendirian lalu Sameer mendapat idea, jika dia dan Kunal berpura pura sebagai pasangan gay pemilik pangsapuri itu akan membenarkan mereka sewa di pangsapuri itu. Neha, Sameer dan Kunal akhirnya menjadi sahabat karib apabila mereka menyewa di pangsapuri itu bersama-sama.

Suatu hari, Neha telah menjemput pengurusnya untuk makan malam di pangsapurinya dengan tujuan untuk memperkenalkannya kepada Sameer dan Kunal selain untuk melobi pengurusnya itu demi kenaikan pangkat namun gagal. Lalu, Sameer dan Kunal telah membantu Neha menyelesaikan satu tugasan supaya mendapat tempat dihati pengurusnya lalu Neha dilantik menjadi pembantu ketua editor bagi Majalah Verve.

Tidak lengkap jalan cerita dalam filem-filem Bollywood tanpa cinta dan airmata. Oleh itu, konflik perebutan cinta antara Sameer dan Kunal terhadap Neha menjadi isu utama Dostana. Kewujudan watak Abhimayu yang turut jatuh hati terhadap Neha membuatkan tiga sahabat baik ini berselisih faham sesama mereka. Pelbagai cara digunakan oleh Sameer dan Kunal untuk menghindar Abhimayu dari melamar Neha sehingga Neha telah menghalau mereka dari pangsapuri itu.

Untuk mengetahui kesudahan filem ini samaada Neha berbaik semula dengan mereka atau adakah Sameer dan Kunal terus berpura-pura sebagai pasangan gay untuk mendekati Neha? Usah terlepas untuk menyaksikan tayangan filem hebat ini.

Filem Dostana yang membawa genre romantik komedi turut dimeriahkan dengan lakonan-lakonan mencuit hati selebriti terkenal Bollywood yang pastinya menceriakan sambutan Deepavali anda bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Antara pelakon hebat yang akan menghiasi Dostana adalah Abhishek Bachchan, John Abraham dan Priyanka Chopra selain Shilpa Shetty, Bobby Deol dan Monika Gaba serta beberapa nama lain yang turut sama beraksi.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Program TV Sempena Deepavali di TV2
  • Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • Malaikkotai dan Sivaji The Boss di RTM Sempena Deepavali
  • Filem Pertama Bollywood Shooting di China Chandni Chowk To China di TV2
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3
  • GOGELAVANI & THIAGA RAJAN TERUJA MENYAMBUT PESTA CAHAYA
  • OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN
  • RANCANGAN MENARIK SEMPENA DEEPAVALI 2009
  • DJ-DJ MINNALfm TERUJA KONGSI KISAH KEMERIAHAN DEEPAVALI



  • =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!