Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Derailed di TV2



KONFLIK KEKELUARGAAN WARNAI PLOT FILEM DERAILED PADA 18 JULAI 2009 (SABTU) DI TV2

Mereka kedua-duanya masing-masing telah memiliki keluarga sendiri. Namun pada satu pertemuan yang tidak sama sekali diduga, mereka telah ditakdirkan bertemu dan mula jatuh cinta antara satu sama lain. Malah mereka terpaksa berdepan masalah apabila menerima ugutan daripada seseorang yang menyebabkan keluarga lelaki itu yang sememangnya bermasalah kerana memiliki zuriat yang menghidap penyakit kencing manis berada dalam situasi terancam. Di situlah peranan wanita itu diperlukan untuk membantu merungkai masalah itu.

Kisah kekeluargaan yang penuh konflik ini melatari filem Derailed disiarkan memenuhi slot Saturday Night Special @ 2 pada 18 Julai 2009 (Sabtu), jam 10.30 malam di TV2 yang membariskan nama-nama pelakon terkenal Vincent Cassel, Clive Owen, Addison Timlin, Melissa George dan Jennifer Aniston.

Plot filem Derailed ini bermula apabila di Chicago ketika dalam perjalanan menjelajah daripada pinggiran pekan menuju ke bandar, seorang penerbit bernama Charles Schine lakonan aktor terkenal, Clive Owen bertemu seorang eksekutif wanita yang telah berkahwin dikenali Lucinda Harris. Sejak itu mereka mula menjalinkan hubungan baik sesama mereka.

Ketika itu Charles yang telah berumah tangga berdepan dengan situasi dilema bersama isterinya, Deanna Schine untuk mengumpulkan wang dengan jumlah yang banyak bagi menampung kos anak mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Tambahan pula anaknya itu memerlukan seorang penderma yang sudi mendermakan buah pinggangnya untuk terus hidup.

Beberapa hari kemudiannya, Charles mempelawa Lucinda untuk makan tengah hari bersama. Hubungan itu berterusan hingga membawa kepada tahap mereka mula menjalinkan hubungan sulit dan memutuskan untuk bermalam bersama di sebuah bilik hotel murah.

Namun berlaku kejadian yang tidak diduga apabila bilik hotel yang didiami mereka telah diceroboh perompak dikenali Laroche yang dibawakan wataknya dengan berkesan oleh Vincent Cassel. Dia merompak pasangan itu dan memperkosa Lucinda.

Setelah kejadian malang itu, Charles telah diperas ugut namun Lucinda enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu kerana kehilangan hak penjagaan terhadap anak tunggal perempuannya. Apabila Laroche mengancam keluarga Charles, Lucinda memainkan peranannya untuk menjadi orang tengah mahu menyelesaikan masalah itu dan mengawal situasi yang mula menjadi kelam-kabut.

Untuk mengetahui kesudahan filem menarik ini, usah ketinggalan menyaksikan Derailed yang memenuhi slot Saturday Night Special @ 2 pada 18 Julai 2009 (Sabtu), jam 10.30 malam di TV2.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Penerbit Tidak Jemput Pengarah Filem di Majlis Prebiu?
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Jingle All The Way With Cartoon Network
  • Filem ‘A Case De Alice’ dari Brazil menang Anugerah Perdana KLIFF 2008
  • Gambar Eman Manan dan Pelakon Filem Wayang
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Sepet, Cinta antara 3 filem Malaysia ditayang di Chennai
  • Movie Carnical 2007 Kembali Lagi



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK