in

Filem Dealova Lakonan Jessica Iskandar & Evan Sanders

FILEM HEBAT ’DEALOVA’ DISIARKAN KHAS KRISMAS DI RTM1

Tidak lengkap rasanya ruang kehidupan tanpa dipupuk dengan kasih sayang yang disemai bersama insan tersayang. Hakikatnya situasi itu mendorong kepada suntikan semangat meneruskan kehidupan indah hari demi hari.

Namun bayangkan sekiranya insan yang tersayang disahkan menghidapi penyakit yang tiada ubatnya dan berada pada tahap kritikal. Kisah ini melatari plot cerita filem popular Indonesia tahun 2006, Dealova disiarkan pada 25 Disember 2008 (Khamis), jam 3.05 petang menerusi RTM1.

JESSICA ISKANDAR

EVAN SANDLER 

Dealova yang menemui penonton khas Hari Natal ini mengisahkan tiga orang insan yang terjebak dengan permainan cinta tiga segi. Dira jatuh hati pada Karra yang suka bermain bola. Namun dia bersikap endah tak endah kerana sedar dia tak akan dapat hidup lama kerana kanser otak yang diidapnya selama ini membuatkan Dira kecewa mahu meneruskan kehidupannya. Begitupun sejak mengenali Karra, hidupnya kembali ceria dan bersemangat.

Sementara itu, Iraz pula mesti meneruskan pengajiannya di New York. Dia lalu mengamanahkan kepada Ibel, teman baiknya agar menjaga adiknya (Karra). Apatah lagi sejak dia tahu kawan baiknya itu sudah jatuh hati pada Karra.

Ibel menjadi teman tempat Karra meluahkan perasaannya kerana dia sudah menganggap Ibel seperti abang kandungnya sendiri. Karra bercerita kepada Ibel bahwa dia baru menjalinkan hubungan dengan Dira.

Ibel sedih karna sebetulnya malam itu dia mahu berterus-terang dengan Karra tetapi Ibel tetap menunaikan janjinya untuk menjaga Karra seperti diamanahkan oleh Iraz. Justeru Ibel mula menjalinkan hubungan dengan Niki yang begitu mengambil berat padanya tapi hatinya tetap pada Karra.

Dira koma ketika kansernya sudah tambah merebak membuatkan Karra sangat sedih. Situasi Karra bertambah sedih apabila Dira meninggal dunia. Karra semakin tertekan membuatkan Finta sahabat karibnya dan teman-temannya menunjukan rasa prihatin, hingga mereka berusaha  untuk menghiburkannya.

Lalu ketika sambutan ulang tahun Karra, mereka membuat kejutan. Malah Iraz juga meluangkan masa pulang untuk meraikannya. Semuanya membuatkan Karra sedar bahwa dia masih memiliki ramai orang yang menyayangi dirinya.

Ibel menyediakan dua tiket percutian ke Eropah menaiki kapal Star Cruise dan meminta agar Karra menyertai percutian itu apabila Karra menerima cintanya. Namun Ibel sedih kerana Karra tidak hadir saat mereka mahu berangkat.

Apakah yang terjadi kepada pasangan ini? Adakah Karra bersungguh tidak mahu menghadirkan diri atau sebaliknya ada sebab yang menjadi penghalang? Untuk mengetahui kesudahannya jangan ketinggalan menyaksikan babak-babak percintaan yang romantis ini menerusi Dealova disiarkan pada 25 Disember 2008 (Khamis), jam 3.05 petang menerusi RTM1.

Dealova dibintangi pelakon popular dan berbakat besar iaitu Jessica Iskandar, Evan Sanders, Rizky Hanggono dan Benjamin Joshua.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TIGA FILEM ANIMASI HEBAT DISIARKAN KHAS KRISMAS

PROGRAM LAMAN SANTAI LAGU & FILEM DI ISTANA BUDAYA