in ,

Filem dan Telemovie Raikan Hari Ibu di RTM

Jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak tidak ternilai harganya. Justeru dalam menyatakan penghargaan buat golongan yang diraikan sempena sambutan Hari Ibu pada 11 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan filem dan telemovie menarik mengangkat martabat seorang wanita bergelar ibu.

Penonton diajak berkongsi momen indah penuh penghayatan dalam filem Mona Lisa Smile pada 10 Mei, pukul 2.00 petang di TV2 dan diikuti keesokkan harinya pada 11 Mei siaran telemovie : 3 Hati Ibu pukul 10.05 pagi di TV1.

Sama-sama hayati perjalanan kisah wanita yang gigih menyuntik semangat kalangan anak murid dianggap seperti anak sendiri dalam filem Mona Lisa Smile menceritakan mengenai seorang guru iaitu Katherine Ann Watson yang belajar di sekolah graduan Universiti Of California, Los Angeles (UCLA) dan meninggalkan teman lelakinya di Los Angeles semata-mata untuk mengajar di Wellesley College. Watson menggalakkan pelajarnya belajar sehinga mencapai ke tahap kerjaya yang profesional. Dia mahu pelajarnya menguasai dunia dan tidak hanya menjadi isteri kepada seseorang. Dia telah menggunakan teknik lukisan moden untuk memberi gambaran kepada pelajarnya bahawa mereka tidak boleh melihat sesuatu benda secara steriotaip sahaja, mereka perlu mendalami mesej dan seni yang ditonjolkan di sebalik lukisan itu.

Watson mengajar di kelasnya dengan cara yang sangat berlawanan dengan kaedah mengajar tradisional di sekolah itu. Hal ini telah menimbulkan kemarahan pihak pengurusan sekolah (pengetua) yang mana mereka percaya bahawa cara itu tidak sesuai digunakan di sekolah mereka. Mereka juga tidak mahu Watson menjadikan kelas di sekolah itu sebagai tempat untuk menjelaskan pandangan ataupun ideologi beliau. Oleh sebab itu pihak sekolah telah memberi amaran kepada Watson dan Watson juga diugut untuk dibuang kerja sekiranya dia tidak mengikut arahan.

Walaubagaimanapun Watson tidak gentar dengan ugutan pihak sekolah itu, beliau merasa dirinya lebih tercabar dalam menyampaikan ideologi feminism yang dibawanya. Dia percaya bahawa dia perlu menanam semangat perubahan di dalam diri para pelajarnya. Walaupun pada mulanya ramai yang tidak suka kepada Watson akibat daripada ideologi dan kaedah penyampaian ilmunya di dalam kelas, namun akhirnya ramai pelajarnya mula mengkagumi Watson termasuklah “Betty” yang mana suatu ketika dulu merupakan pengkritik dan penentang utama Watson. Filem ini dibintangi oleh Julia Roberts, Marcia Gay Harden, Kirsten Dunst, Julia Stiles dan Maggie Gyllenhaal.

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah semasa berada. Pepatah tersebut diangkat dalam sebuah telemovie menarik bertajuk 3 Hati Ibu khas untuk tontonan seisi keluarga. Antara ibu dan anak saling berkorban ego masing-masing asalkan tidak menyakitkan hati sesama mereka. Nyata sikap ini sewajarnya dicontohi masyarakat kita dalam menghindari gejala negatif yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita.

Menampilkan pelakon Azlee Khairi, Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah Ahmad, Keena Mentor, Ridzuan Hashim, Noralbaniah dan Buzen Hashim, kisahnya berlatarkan watak wanita separuh abad, Hajah Wan Tom mahu menjodohkan Razman, anaknya dengan Atiqah, di masa yang sama Razman sudah ada pilihan hatinya iaitu Zaidah. Razman membawa Zaidah, gadis bandar yang moden ke kampungnya untuk menambat hati ibunya. Melalui Atiqah, Zaidah belajar menjadi wanita solehah, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini.

Hajah Wan Tom mula tertarik dengan Zaidah dan mula mengenepikan Atiqah. Kerana tidak mahu di tuduh perigi mencari timba, Atiqah ditunangkan dengan Salleh dan Zaidah menerima berita ibunya meninggal kerana menderita penyakit barah.

Zaidah menolak cinta Razman kerana yang mahukan dia berkahwin dengan Razman adalah ibunya. Zaidah sanggup membayar berapa sahaja agar Salleh melepaskan Atiqah untuk Razman. Salleh setuju tetapi dengan syarat Zaidah berkahwin dengannya.

Luangkan masa menyaksikan filem dan telemovie khas meraikan golongan ibu ini hanya di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV2 Siar Drama Bersiri Korea HER LEGEND

Edotco Ink Strategic Agreement for Network Expansion