in ,

Filem CUN Kutip RM700ribu Seminggu Tayangan

Semalam, Budiey ada menerima email dari produksi filem CUN!. Mengikut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Julian Jayaseela selaku Penerbit Nuansa Sdn. Bhd, Filem Cun berjaya sebanyak RM700ribu untuk tempoh seminggu tayangan.

Tahniah diucapkan.

Filem Cun arahan Osman Ali terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd bersama Nuansa Sdn. Bhd sudah berada di pawagam untuk tempoh seminggu. Pihak penerbit bersyukur kerana filem CUN telah berjaya mengutip jumlah kutipan sebanyak RM700 ribu untuk tempoh seminggu tayangan dan dijangka akan mencecah RM1 juta menjelang hujung minggu.

Daripada respon minggu pertama, kami dapati kutipan untuk minggu ke dua semakin meningkat jumlah penontonnya dan ini membuktikan yang penonton telah memberikan maklum balas dan respon yang baik serta turut membantu promosi secara tidak langsung.

Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak pawagam sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh tayangan filem CUN ini ke minggu–minggu yang seterusnya. Pihak penerbit sangat optimis bahawa kutipan filem CUN akan terus meningkat dari hari ke hari walaupun terpaksa bersaing dengan filem – filem baru lain dipawagam pada minggu akan datang.

Untuk berdepan dengan persaingan itu pihak Nuansa Sdn Bhd dan Tayangan Unggul akan mempertingkatkan lagi usaha promosi untuk filem Cun.

Dengarnya, Filem CUN akan turut berada di Astro First 2 minggu selepas tayangan tamat.

Nah, kat sini, Budiey letak beberapa klip video petikan menarik dari scene filem CUN.

Remy diconteng disolek macam perempuan. Macam badut pun ada gak. Hahaha Kelako!

Jamban Terbakaq

So Cuweettt..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Alyah di Anugerah Bintang Popular 2010

Dunia Internetmu From Maxis