Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM



Salam kepada pembaca Blog Sensasi Selebriti sekalian,

JOM TENGOK CONGKAK
Hari ini, filem paling seram 2008, filem Congkak akan menjengah ke pawagam. Budiey dengar, sambutan yang diterima sangat-sangat-sangat mengalakkan. Menurut pihak pengurusan pawagam, tiket-tiket tempahan secara ‘online’ telah ditutup untuk sepanjang 2-3 hari ini. Apa kata korang beli tiket atau booking kat kaunter sekarang! Seram! Amaran kepada wanita mengandung dan pengidap penyakit jantung… juga yang ada kencing manis dan demam selesema… (hehe, just joking lah!)

Menariknya, jika sebelum ini filem tempatan sekadar ditayangkan di 60 buah pawagam serentak, namun FILEM CONGKAK telah mencipta rekod sebagai filem yang paling besar pembukaannya di lebih 70 buah pawagam Malaysia dan Brunei. Tahniah Metrowealth!

Apa kata kita meriahkan blog Filem Congkak:
http://congkakthemovie.wordpress.com

ANUGERAH MACP DI KUANTAN
Sebelum menutup bicara, Budiey ingin meminta maaf kepada pembaca kerana terpaksa menangguhkan Reader’s ToGather Gather Sambil Menonton Filem Congkak pada hari Sabtu ini. Untuk pengetahuan korang, Budiey akan ke Kuantan, Pahang pada hari Jumaat ini untuk mengikuti Anugerah MACP. Haha, Budiey ke sana semata-mata untuk mengambil gambar Datuk Siti Nurhaliza? Biar benar! Taklah, Budiey sanggup ke Kuantan sekadar memenuhi jemputan RTM yang sudi menaja pengangkutan dan penginapan untuk kami. Terima kasih RTM!

Kepada orang Kuantan, kita jumpa di sana ya! Jangan segan untuk menegur dan menyapa Budiey ya. Boleh berkenalan lebih lanjut lagi dengan korang. Kepada pembaca lain, jangan lupa saksikan siaran secara langsung Anugerah MACP di RTM1 jam 9 malam pada 18 April (Jumaat) ini!

GATHERING FILEM CONGKAK MINGGU DEPAN
Dijangka Budiey akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu. Jadi, terpaksa menangguhkan Gathering Filem Congkak pada minggu hadapan. Lagi pun, goodie bag pun tak cukup lagi sebab T-shirt filem Congkak katanya masih tidak siap print oleh Metrowealth. :) Sedih betul. Budiey tak dapat janjikan apa-apa untuk goodie bag untuk korang semua. Tengok jelah apa yang ada, kita akan kasi kat korang yang datang minggu depan. Orait?

ANUGERAH PLANET MUZIK AHAD INI
Oh ya, Budiey sudah pun mendapat jemputan media dari Anugerah Planet Muzik yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hari Ahad ini. Jadi, kepada pembaca yang datang, jumpa korang kat sana okay?

[tags]blog, invitation, proposal advertisement, telco, price list, anugerah macp, rtm1, filem congkak, ahmad idham, blog congkak, sejarah congkak, t shirt print, picc, putrajaya, klcc, killer domain[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Gambar Sekitar Sidang Media Filem Congkak di Singapura
  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran April Sekarang!
  • Sekitar Readers ToGether Gather ke 6 – Filem Congkak



  • 3 Komen untuk entri “Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM”

    1. iyas kata:

      cepat balik budiey!dah xsabar nk tgk congkak ni..huu~

    2. Pujangga Malam kata:

      Insya Allah kalau ada jodoh pertemuan, jumpalah kita di APM nanti ye bro??? :)

    3. papadom kata:

      mudah2an congkak SUKSESS!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK