Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Filem Cicakman 2: Planet Hitam Kutip 1.5 juta Dalam Masa 3 Hari



Wah! Dalam masa 3 hari tayangan, filem Cicakman 2: Planet Hitam sudah berjaya mengutip 1.5 juta. Mmm, kira ok lah tu.

Filem ini adalah hasil buah tangan terbaru KRU Studios Sdn Bhd. kali ini boleh disifatkan sebagai karya terbaik pernah dihasilkan oleh trio adik-beradik, Norman, Yusry dan Edry.

Mungkin ramai yang nak tengok filem ini sebab…

  1. Jalan cerita lebih kemas dan menarik dalam sekuelnya kali ini.
  2. Cicakman 2 menampilkan lebih banyak aksi yang menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) dan kesan khas.
  3. Mengekalkan jalan cerita yang sama, watak Hairi/ Cicakman lakonan Saiful Apek dikupas dengan lebih mendalam dalam sekuel terbarunya ini.
  4. Mengekalkan pelakon asal seperti Saiful Apek sebagai Cicakman/Hairi, Aznil Nawawi (Profesor Klon), Fasha Sandha (Tania), AC Mizal dan Adlin Aman Ramli (Ginger Ghost).
  5. Sekuel Cicakman ini turut dibintangi muka baru seperti Sharifah Amani (Iman), Tamara Blaszenky (Rrama) dan Louisa Chong (Miss Cheef).
  6. Menampilkan satu kelainan dengan memberi lebih banyak ruang untuk watak cameo dalam sekuel terbarunya ini. Antara watak cameo yang paling menonjol dalam filem ini adalah watak Aziz M. Osman yang menjadi editor di syarikat televisyen, Fulus News.

SINOPSIS CICAKMAN 2: PLANET HITAM

Profesor Klon kembali untuk meneruskan rancangannya menakluk Metrofulus di dalam filem sekuel ini. Profesor Klon yang berada di dalam persembunyian bawah tanah, merancang plan Planet Hitam, untuk mengawal bekalan air mentah di Metrofulus.

Melalui plan Planet Hitam, beliau berjaya mencemar bekalan air di kota tersebut dan meminta Presiden Metrofulus, untuk melepaskan jawatannya. Hairi pula berdepan dengan musuh terbarunya, Rrama, seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Profesor Klon untuk menghapuskan musuh-musuhnya.

Pada waktu yang sama, Hairi juga berdepan dengan masalah peribadinya iaitu sukar mencari kerja lantaran beliau mempunyai tanggungjawab untuk membanteras kejahatan di Metrofulus. Rrama bukan sebarangan musuh lantaran beliau gemar membunuh dan menganggap setiap tugasannya sebagai satu seni.

Tangkas dalam ilmu mempertahankan diri serta berhati batu, Rrama merupakan penjenayah paling hebat pernah berentap dengan Cicakman. Dan Rrama bukan satu-satunya masalah yang perlu dihadapi oleh Cicakman kerana superhero ini juga dihantui oleh Ginger Ghosts yang mahu membalas dendam atas kematian mereka.

Hairi juga perlu berdepan dengan masalah emosi dengan kehadiran Tania yang bertugas sebagai wartawan untuk mencari identity sebenar Cicakman. Kehadiran Iman, seorang gadis buta di dalam hidup Hairi, menambahkan lagi dilemma di dalam diri Hairi. Apabila Rrama menjadikan Iman tebusan untuk memerangkap Cicakman, Hairi sedar bahawa dia sekali lagi perlu berkorban untuk menyelamatkan orang yang dia sayang, juga menegakkan keadilan di Metrofulus.

Namun, mampukah Cicakman menandingi kekuatan dan kebolehan dua penjahat – Rrama dan Profesor Klon yang sudahpun melengkapkan diri dengan senjata kebal bagi menandingi cicakman?

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2
  • Roslan Shah Pengacara No.2, Azwan Ali Makan Hati?
  • Fasha Sandha Tidak Hadir di Sidang Media Cicakman 2 Planet Hitam
  • Film Planet 51 KRU Studios
  • Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta
  • Suatu Malam Kubur Berasap Kutip RM580 Ribu
  • Dalam Botol Kutip RM1juta Selepas 5 Hari Tayangan
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?
  • Gambar Terbaru Linda Onn di Sidang Media Cicakman 2



  • 12 Komen untuk entri “Filem Cicakman 2: Planet Hitam Kutip 1.5 juta Dalam Masa 3 Hari”

    1. Faizal kata:

      Semalam baru aku tengok…memang betui apa yang dikatakan. gambar menarik dan best tetapi CGI terlalu berlebihan sehingga macam kartun plak aku tengok. actually this is a ‘baby film’ untuk kemajuan filem CGI Malaysia yang hebat suatu hari nanti. watak Rrama paling best dan hebat nampak seperti filem yang mempunyai standard antarabangsa….

    2. atuk kata:

      okla at least ada sesuatu yang inovatif yang dapat dibnaggakan.. tak macam filem lain asyik cinta, polis, mat rempit, ahhhhhhhh boring

    3. Honeybee kata:

      Abik bradik KRU mmg kreatif .. at least ada gk klainan. Tggu depa wat ala Monster Inc @ Dinosour n sebandar dgnnya ..

    4. meen kata:

      Tahniah buat KRU…keep up an excellent work

    5. HafizWasa kata:

      tahniah KRU membawa revolusi dalam industri perfileman tanah air…

    6. madeye_26 kata:

      Ermmmm…sebenarnya aku sokong giler citer2 mcm ni tambah2 keluaran malaysia… Cuma aku rasa mcm kekurangan sikit la citer ni… Sebab aku tengok citer ni minggu lepas sampai tertido dlm cinema.. Pape pun aku bangga dengan keluaran malaysia…hehehehe

    7. Ensemkeaku kata:

      Ntah la… Cm trpahape je cite ni… CGI mcm kat0n, standard cite MASKMAN je…

    8. edzlin007 kata:

      ok la film ni. saya suka. cuma CGI byk sgt, jd nampak kurang kemas tuk beberapa babak. apepun, tahniah pd kru. moga film lain lepas ni bertambah baik kualitinya

    9. nita kata:

      belom tengok lagi…nantilah kalau dah cuti..kekekekk.sibuk sangat lah, nak tengok blog budiey selalu pun tak boleh…so sad :’(

    10. june kata:

      hmm lum tgk pun…tapi ramai yg kata CGI byk sgt sampai jadi cam tk real….

    11. obefiend kata:

      i saw it

      IT WAS CRAPPPPPPPPPP…..nothing to be proud about. we as malaysian should not be proud of mediocre third rate crap like this film just because it is made in malaysia.

      if iranians can make day to day life interesting why cant malaysia. just watch Children of Heaven for example. no cgi.. no love leleh.. no rempit.. no disco and no tetek berjuntai….. but the film is a masterpiece

      note to KRU

      cgi does not mean its a good movie. just look at Transformers…. that was a CRAPPY MOVIE!

    12. Carsharf kata:

      Aku masih belum sempat untuk pergi menonton filem ini. Mungkin hujung minggu ini aku akan pergi menonton filem ini bersama orang yang tersayang. Aku harap filem yang kedua ini akan lebih banyak aksi lasak dan lagak ngeri.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK