in

Filem CHOW KIT Lahir Bintang Baru Mohamad Izzam Syafiq

FILEM CHOW KIT LAHIRKAN SEORANG BINTANG – MOHAMAD IZZAM SYAFIQ

Lakonannya sebagai Ajik dalam filem Chow Kit mungkin sedikit sebanyak akan menimbulkan tanda tanya kepada para penonton akan siapakah gerangan remaja muda ini kerana dianggap kemunculannya adalah pendatang baru digandingkan pula dengan aktres senior yang lain seperti Beto Kusyairi, Dira Abu Zahar dah lain – lain.

Beliau yang lebih disenangi dengan panggilan Ijam, berkata, “Ini merupakan kali pertama saya berlakon dan saya berasa sangat teruja untuk berlakon dengan pelakon – pelakon hebat seperti Beto, Dira dan Lana. Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menonjolkan bakat saya”. Menurut pelajar Tingkatan 4 aliran akaun dan perdagangan ini lagi, meskipun sibuk dengan jadual harian mahupun komitmen pembelajaran, Ijam masih mampu mencari ruang untuk hadir dalam setiap sesi penggambaran yang diaturkan dengan pihak media.

hidup di bawah jambatan

Mungkin namanya tidak semegah pelakon muda lain seperti Syafie Naswip dan Elfira Loy, namun dia akui bahawa beliau bukan berlakon untuk menempa nama di persada seni semata – mata, tetapi minat serta pengalaman yang diperolehi adalah menjadi keutamaan.

Beliau berkata, “Saya berlakon kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan dan bukan sekadar untuk mencari glamor. Terus terang, saya ingin dikenali kerana bakat yang saya miliki.

Mungkin anda lihat saya sebagai seorang yang pemalu tetapi apabila berada di depan kamera perasaan malu itu akan hilang serta – merta dan itu merupakan sesuatu yang istimewa bagi saya kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana kamera itu sendiri boleh menukarkan saya dari seorang yang pemalu kepada seorang yang berlainan.”

Berbekalkan wajah comel, ditambah pula keberkesanannya menjiwai karakter dalam filem Chow Kit, Ijam bakal menarik perhatian peminat industri hiburan tempatan khususnya gadis remaja.

Beliau berharap agar filem Chow Kit ini dapat membuka mata kepada seluruh masyarakat tidak mengira usia dan bangsa akan pentingnya kerjasama sesama manusia kerana ia dapat menyatukan seluruh masyarakat menjadi satu dalam membendung segala jenayah yang giat berlaku di Malaysia.

Chow Kit yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Mei 2012 merupakan sebuah filem produksi dan edaran Grand Brilliancae.

Segala perkembangan terkini akan filem ini boleh didapati di laman Facebook www.facebook.com/chowkitmovie serta laman twitter @grandbrilliance.

chow kit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Nikah Fasha Sandha & Jejai

Joey Meninggalkan Kumpulan Bumiputra Rockers BPR