in

Filem CHIKARO Guna Konsep Mockumentary

Selepas mengeluarkan filem bergenre komedi seram “Hantu Tok Mudim” dan creature feature “Ular”; Showbiz Productions bakal mengeluarkan filem terakhir bagi penutup tirai tahun 2013, iaitu “Chikaro” yang bergenre chick flick atau lebih dikenali di Malaysia sebagai romantik komedi.

Filem arahan Nizam Zakaria (yang sebelum ini mengarah filem “Cinta Kura-Kura” dan “Kahwin 5”) menggandingkan pelakon Izzue Islam, bintang baru Adleena Nordin dan Izara Aishah selain cameo yang dibintangi oleh Adam AF2, Tasha Shila, Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Daus AF8 dan ramai lagi.

“Chikaro” Filem Bergenre Chick-Flick

[dropcap]M[/dropcap]enurut Nizam, cara penyampaian filem ini berbeza dengan filem-filem romantik komedi yang pernah dihasilkan sebelum ini kerana ia menampilkan konsep “mockumentary” seperti yang ditonjolkan di dalam mega drama “Maskara” yang juga arahannya; lakonan Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.

Chikaro mengisahkan seorang gadis kampung bernama Anggun yang mendapat peluang menjalankan latihan praktikal di sebuah syarikat media di Kuala Lumpur telah menarik minat Mukhriz; seorang bekas mat rempit yang turut bekerja disitu. Mukhriz berhasrat menjadikan Anggun sebagai “chikaro” barunya walaubagaimanapun berdepan dengan pelbagai masalah dan konflik di pejabat sehingga merenggangkan hubungan mereka.

Berjayakah Mukhriz memikat hati Anggun iaitu “chikaro” yang akan menghiasi kapcainya? Segalanya akan bakal terungkai dalam filem “Chikaro” yang akan ditayangkan di pawagam pada 26 Disember 2013.

Pelakon : Adleena Nordin, Izzue Islam, Izara Aishah, Adam, Maizura Hamzah, Radhi Khalid
Pelakon Undangan : Liyana Jasmay, Irma Hasmie, Daus, Tasha Shilla
Penulis : Nizam Zakaria
Pengarah : Nizam Zakaria
Penerbit : Showbiz Productions
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2013

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Filem Chikaro

Senarai Pawagam :

1. Cathay Cineplex City Square
2. Cathay Cineples e@Curve
3. GSC 1 Utama
4. GSC 1 Borneo
5. GSC Alamanda Putrajaya
6. GSC AEON Bandaraya Melaka
7. GSC Amanjaya
8. GSC Berjaya Times Square
9. GSC Bintang Megamall Miri
10. GSC Dataran Pahlawan
11. GSC East Coast Mall
12. GSC IOI Puchong
13. GSC Mentakab Star Mall
14. GSC Mid Valley
15. GSC Queensbay Mall
16. GSC Setia City
17. GSC Sunway Carnival
18. GSC Summit USJ
19. LFS Bahau
20. LFS Kuala Selangor
21. LFS Segamat
22. MBO Alor Star
23. MBO Ampang
24. MBO Brem Mall
25. MBO Batu Pahat
26. MBO KL Festival
27. MBO Kota Tinggi
28. MBO Kluang
29. MBO Kuantan
30. MBO Kuching
31. MBO Kulim
32. MBO Melaka
33. MBO Sitiawan
34. MBO Skudai
35. MBO Taiping
36. MBO Terminal 2 Seremban
37. TGV Bukit Raja
38. TGV Bukit Tinggi
39. TGV Cheras Selatan
40. TGV Kinta City
41. TGV KLCC
42. TGV Rawang
43. TGV Seremban 2
44. TGV Sunway Pyramid
45. TGVTebrau City
46. TGV Wangsa Walk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cerekarama RACUN IBU Lakonan Fasha Sandha & Farid Kamil

Selena Gomez Batal Konsert Di Malaysia