• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Filem Bordertown Lakonan Jennifer Lopez & Antonio Banderas

0
  • by Budiey
  • in Filem · TV2
  • — 23 Sep, 2012

Jennifer Lopez dan Antonio Banderas Tuntut Keadilan Bagi Wanita Teraniaya Dalam Filem Bordertown Di TV2

Peminat setia bintang terkenal Jennifer Lopez usah ketinggalan menyaksikan selebriti sensasi ini muncul dalam filem Bordertown yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot English Blockbuster pada 28 September 2012 (Jumaat), jam 10.00 malam menerusi saluran TV2.

Turut sama membintangi filem ini adalah aktor terkenal Antonia Banderas juga Maya Zapata, Irineo Alvarez, Rene Rivera, Martin Sheen dan Karolinah Villarreal dalam filem arahan Gregory Nava yang berkongsi plot kisah apabila seorang wartawan menyiasat satu siri pembunuhan berhampiran kilang milik Amerika di sempadan Juarez dan El Paso.

Bordertown ... pertaruh Jennifer Lopez sebagai watak utama

Lauren Adrian (Jennifer Lopez), wartawan berita Amerika yang begitu komited mahu membuat liputan tentang “Sentinel Chicago”, tugasan yang menuntutnya berada di barisan hadapan untuk melaporkan tentang perang di Iraq. Sebaliknya, George Morgan editor beliau (Martin Sheen) mahukan dia untuk menyiasat satu siri pembunuhan yang melibatkan wanita muda pekerja kilang di Bordertown Mexico.

Kisahnya berlatarkan watak Woker Eva (Maya Zapata), berasal dari negeri selatan Mexico Oaxaca, menaiki bas untuk pulang ke rumahnya terletak di pinggir bandar selepas waktu kerja. Dia menjadi penumpang yang terakhir dalam bas ketika itu. Tanpa menyimpan sebarang prasangka buruk, Eva kemudiannya bersetuju apabila pemandu bas member alasan mahu singgah ke stesen minyak. Namun sebaliknya Eva dibawa ke tempat yang sunyi dan dirogol beramai-ramai oleh pemandu bas bersama kawan-kawannya. Mereka kemudiannya mencekik Eva dan menanamnya ‘hidup-hidup’. Sangkaan mereka bahawa Eva telah mati sebaliknya Eva yang pura-pura mati dengan sekuat tenaga yang ada cuba mendapatkan bantuan.

Adrian menjadi ketua misi ke Ciudad Juárez, Chihuahua, di sempadan AS-Mexico untuk menyiasat pembunuhan dengan harapan bahawa jika dia tidak menunjukkan prestasi yang baik, dia akan ditugaskan ke Iraq oleh Morgan. Di Juárez, dia bertemu dengan Diaz (Antonio Banderas), yang telah bekerja dengan enam tahun sebelum ini, dan yang merupakan editor akhbar tempatan El Sol de Juárez. Di situ dia juga bertemu dengan Eva.

Mereka bertiga cuba untuk mencari kedua-dua pembunuh dan mereka didakwa. Untuk mencapai matlamat menyelesaikan kes tersebut, Adrian menyamar menjadi pekerja kilang untuk bertindak sebagai umpan kepada pemandu bas.

Misi mereka berjaya bila pemandu kejam itu mula masuk perangkap dan cuba menyerang Adrian dengan cara yang sama dia melakukan Eva. Walaupun bantuan polis telah diatur, mereka berada di tempat yang salah. Adrian terpaksa berjuang sendiri untuk melarikan diri penyerangnya. Pada masa sama Diaz telah ditembak dan terbunuh dalam satu kejadian tembak menembak bersama pemandu bas itu.

Di penghujung cerita Eva berubah fikiran dan tidak mahu untuk memberi keterangan sebenar kerana masih trauma dengan kejadian yang berlaku. Dia cuba untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat. Namun dia berjaya ditangkap dan dihantar pulang. Adrian cuba menyakinkannya untuk memberi keterangan selepas itu.

Namun berjayakah dia meyakinkan Eva untuk menuntut keadilan bagi wanita yang ditindas sepertinya? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Antonio BanderasFilem BordertownIrineo AlvarezJennifer LopezKarolinah VillarrealMartin SheenMaya ZapataPelakon HollywoodRene RiveraSinopsis Filem

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Pertandingan Akhir Bintang Klasik 2012
  • Next story Drama Ikatan Lakonan Iqram Dinzly dan Ayu Raudah

ENTRI BERKAITAN

  • Tolong! Awek Aku Pontianak Sangat Kelakar Santai 29 Jun, 2011
  • Synopsis Alien VS Predator 2 12 Dec, 2007
  • Fotokopi Lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen Di TV2 8 Jan, 2010
  • Filem Hooperz Angkat Generasi Pelakon Pelapis 5 May, 2010

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • nora on:Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • nora on:Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • nora on:SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
    • Gambar Anak Pertama Ning Baizura Ryan Sky Dalton
    • Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • Muzik Video Turun Dari Langit Projek Pistol OST Filem PECAH
    • Album Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas Kini Di Pasaran
    • Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.