in

Filem Avatar & Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Filem Avatar dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang Raikan Hari Merdeka di RTM

Hari Merdeka disambut sekali dimana pada malam 31 Ogos saban tahun masing-masing berkumpul melaungkan ungkapan keramat, Merdeka…Merdeka…Merdeka tidak kira dimana sahaja berada demi melambangkan rasa kecintaan kepada negara.

Tahun ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada kesokkan harinya 1 September 2012, mengajak seluruh penonton setia salurannya menyaksikan dua filem hebat, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Avatar yang kedua-duanya disiarkan menerusi saluran TV2. Ia mengangkat soal petualang yang bertemakan epik serta sarat dengan plot perjuangan dalam menuntut hak keadilan tidak kira melibatkan paradaban manusia atau pun makhluk asing.

Bermula jam 2.00 petang luangkan masa anda filem Lembing Awang Pulang Ke Dayang lakonan berkesan Farid Kamil, Siti Elizad, Zul Huzaimy, Hattan dan Dato’ Mustapha Maarof.

Kongsikan kisah tragedi berdarah cinta tiga segi yang berlaku antara Awang, Dayang dan Bachuk ini bermula apabila dua keluarga bersaudara yang tinggal di Parit Raja dalam Jajahan Padang bersetuju menjodohkan Awang dan Dayang. Bachuk yang juga menaruh hati pada Dayang mula menaruh dendam terhadap Awang dan cuba sedaya upaya untuk memiliki Dayang.

Sebelah malamnya jam 10.00 malam laungkan masa menyaksikan filem Avatar yang menceritakan tentang sebuah satelit sebesar bumi yang dihuni oleh bangsa Na’vi yang peradabannya mulai diusik oleh manusia. Bangsa Na ‘vi adalah mahluk primitif yang sekilas mirip manusia, hanya saja mereka bertubuh besar, berwarna biru dan memiliki ekor.

Plot dimulai pada tahun 2154 saat bekas angkatan laut Amerika, Jake Sully (Sam Worthington) yang mengalami kelumpuhan pada kakinya akibat perang di bumi terpilih kedalam program Avatar. Avatar merupakan program pembuatan makhluk yang mirip dengan suku Na’vi sehingga memungkinkan Jake untuk dapat berjalan kembali.

Jake mendapat tugas untuk mempelajari kehidupan bangsa Na’vi dan bertuah kerana turut dibantu oleh Neytiri (suara oleh Zoe Saldaña), anak perempuan dari Raja Klan Omaticaya yang mengajari Jake berbagai macam hal yang dilakukan oleh bangsa Na’vi.

Saat mempelajari kehidupan bangsa Na’vi, Jake menemukan berbagai macam hal yang menakjubkan baik dari kebudayaan bangsa Na’vi itu sendiri maupun dari keindahan Hutan Pandora.

‘Avatar’ telah mendapat penghargaan Best Picture dari New York Film Critics Online. Selain itu, Broadcast Film Critics Association mencantumkan ‘Avatar’ dalam sembilan nominasinya. Bahkan, film ini telah tercalon dalam 67th Golden Globe Awards untuk kategori Best Motion Picture – Drama”, Best Director, Best Film Score dan Best Film Song bersaing dengan filem ‘Inglourious Basterds’.

Berhibur dengan dua filem menarik ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album WOW Jazz

Drama Before Sunset Say I Love You di TV2