in

Filem Animasi Hebat Di TV1

Setiap Isnin dan Khamis : Tujuh Filem Animasi Hebat Di TV1

Setiap Isnin dan Khamis sepanjang Disember ini telah dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berkongsi tayangan filem-filem animasi hebat terutama dalam meraikan musim cuti sekolah ini khas untuk penonton setia salurannya.

Tujuh filem animasi popular yang telah dipilih bermula dengan tayangan filem Wall – E (08 Disember 2011, Khamis), Over The Hedge (12 Disember 2011, Isnin), Meet The Robinson (15 Disember 2011, Khamis), Way of The Panda (19 Disember 2011, Isnin), Treasure Planet (22 Disember 2011, Khamis), The Wild (26 Disember 2011, Isnin) dan Flushed Away (29 Disember 2011, Khamis) yang kesemuanya disiarkan jam 2.05 petang di TV2.

Kisah Wall – E satu-satunya robot terakhir di atas muka bumi yang diberi tanggungjawab untuk membersihkan planet bumi. Ia dihantar oleh Buy n Large untuk membersih sementara menantikan kepulangan manusia yang sedang hidup mewah di atas kapal angkasa. Ketika itu juga Wall – E berdepan dengan masalah cinta dengan robot lain bernama Eva.

Wall - E

Menyusul filem Over The Hedge yang meminjam suara latar milik Garry Shandling, Steve Carell, William Shatner dan Nick Nolte. Filem ini mengisahkan seekor rakun yang kenali sebagai RJ yang cuba mencuri makanan seekor beruang bernama Vincent. Tetapi kemudiannya Vincent dapat menangkar RJ. Dalam ketakutan RJ merayu agar dilepaskan dan berjanji akan menggantikan makanan Vincent semula. Jika gagal, RJ akan menjadi makanan Vincent.

Saksikan juga Meet The Robinson yang mengetengahkan watak kanak-kanak lelaki yang bercita-cita mahu mencari keluarga. Dalam pencarian itu, dia telah bertemu dengan seorang lelaki misteri bernama Wilbur Robinson yang telah membawa dia menaiki kenderaan ke ‘masa hadapan’.

Kisah seekor panda comel yang sangat gemar berkung fu pula menghidupkan filem Way of The Panda sebelum diteruskan dengan tayangan Treasure Planet yang membawakan kisah pengembaraan seorang remaja bernama Jim Hwakins dalam pelayaran kapal menuju ke Treasure Planet.

Seterusnya teruskan hiburan bersama filem The Wild, kisah seekor singa dan Samson, seekor zirafah yang berasal dari Zoo New York yang telah terperangkap di bumi Afrika. Ryan berasa gembira kerana dapat hidup liar dan bebas. Namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila Ryan terpaksa berdepan dengan keganasan hidupan liar dan bencana alam yang menyebabkannya ingin segera kembali ke New York.

Filem Flushed Away bakal menutup tirai tayangan filem-filem animasi menarik sepanjang Disember ini yang mengisahkan seekor tikus peliharaan, Roddy yang hidup di daerah kaya Kensington. Dia bangga menyebut dirinya sebagai seekor tikus yang berdarjat tinggi. Kedatangan seekor tikus jalanan telah membuatkan kehidupannya terganggu sehingga dia tercampak di kawasan pembuangan air. Roddy cuba untuk kembali ke rumah tuannya tetapi pelbagai rintangan perlu dihadapi.

Justeru saksikan filem-filem animasi terhebat hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackberry Bold 9790 And Samsung Galaxy Tab 7 Plus

Rookie Blue Gantikan Blue Bloods