in

Filem Animasi Hebat Ceriakan Cuti Sekolah

6 Filem Animasi Hebat Ceriakan Cuti Sekolah Anda di TV1

Slot Fuyoo Cuti Sekolah setiap Isnin hingga Rabu, jam 2.05 petang menerusi TV1 mewarnai cuti sekolah dengan tayangan enam filem animasi hebat bermula filem Meet The Robinsons (28 Mei 2012), Treasure Planet (29 Mei 2012), Flushed Away (30 Mei 2012), Over The Hedge (04 Jun 2012), Way of The Panda (05 Jun 2012) dan The Wild (06 Jun 2012).

Filem Meet The Robinsons memaparkan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang bercita-cita tinggi mahu mencari keluarga sebenarnya. Dalam pencarian itu, dia telah bertemu dengan seorang lelaki misteri dikenali sebagai Wilbur Robison yang telah membawanya menaiki kenderaan menuju ke ‘masa depan’.

Menyusul filem Treasure Planet berkongsi detik pengembaraan seorang remaja bernama Jim Hawkins dalam pelayaran kapal yang membawa dia ke Treasure Planet.

Berhibur juga dengan filem Flushed Away mengangkat watak Roddy, seekor tikus peliharaan yang hidup di daerah kaya, Kensington. Dia bangga menyebut dirinya sebagai seekor tikus yang berdarjat tinggi. Kedatangan seekor tikus jalanan telah membuatkan kehidupannya terganggu hingga membuatkan dia tercampak di kawasan pembuangan air. Roddy cuba untuk kembali ke rumah tuannya tetapi pelbagai rintangan perlu dihadapi.

Saksikan kelucuan telatah seekor rakun, RJ dalam filem Over The Hedge yang cuba mencuri makanan milik seekor beruang dipanggil Vincent. Namun Vincent dapat memerangkap RJ. Dalam ketakutan RJ merayu supaya dilepaskan dan berjanji akan menggantikan semula makanan milik Vincent. Jika gagal, RJ akan menjadi makanan kepada Vincent.
Filem Way of The Panda juga tidak kurang hebatnya yang menyaksikan plot menarik kisah seekor panda comel yang sangat gemar berkung fu.

Slot ini diakhiri dengan filem The Wild yang menggeletek hati tentang Ryan, seekor singa dan Samson, seekor zirafah yang berasal dari Zoo di New York. Dua ekor haiwan ini terperangkap di bumi Afrika. Ryan merasa gembira kerana dapat mengalami kehidupan liar yang sebenar. Namun kegembiraannya tidak berpanjangan apabila Ryan terpaksa berdepan dengan keganasan kehidupan liar dan bencana alam yang menyebabkan dia mahu segera kembali ke New York.

Berhibur bersama enam animasi menarik kisah haiwan mencuit hati sepanjang cuti persekolah ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung GALAXY Mini 2

Harris Alif Lancar Single Terbaru Kisah Yang Terindah