in

Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA Era FM

Pasti ramai yang ternanti – nanti acara yang melibatkan ramai artis ternama serta jaguh-jaguh bolasepak tanahair beraksi di gelanggang ERAVAGANZA hujung bulan Ogos ini! Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu, berlangsungnya majlis berbuka puasa ERA fm dan sidang media ERA fm bersama – sama para penyampai radio ERA fm , para artis, dan wakil Astro Arena.

Salah satu acara yang telah dilancarkan adalah, pelancaran Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA oleh Pengurus Radio ERA fm Nazri Noran dan wakil dari Astro Arena. “Kito monang yooo..kito monang yoooo” , itulah sebahagian dari lirik lagu tema Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA yang kini menjadi siulan pendengar ERA fm! Perlawanan bola sepak persahabatan yang diberi nama Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA ini bakal dianjurkan pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013, bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.

[pullquote align=”right”]ERA FM lakar sejarah di Bandar Bersejarah 31 Ogos nanti! Firman, Faizal Tahir, Black, Shae, Najwa Latif, W.A.R.I.S, Forteen antara yang memeriahkan Konsert ERAVAGANZA pada hari Sabtu, 31 Ogos 2013, bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 3 petang.[/pullquote]

Berkongsi tarikh kemerdekaan negara, tanggal 31 Ogos, ERA fm melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memberikan pengalaman dan kenangan manis kepada peminat radio mereka dengan menganjurkan acara sebegini yang menggabungkan banyak pihak seperti selebriti sukan, para artis dan media serta penyampai ERA fm sendiri.

Perlawanan bersejarah yang melibatkan pasukan ERA FC berentap dengan ALL STARS FC boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat secara percuma! Paling menarik, orang ramai berpeluang menyaksikan gelagat penyampai – penyampai radio ERA , para artis tanahair seperti Black, Nomad, Firman, Forteen, Fiq serta ramai lagi yang bakal menggegarkan gelanggang bola sepak ERAVAGANZA nanti!

Selain itu, barisan selebriti sukan yang turut beraksi seperti Santokh Singh, Soh Chin Aun, Azlan Johar, Azman Adnan dan ramai lagi mewakili pasukan ARENA ALLSTARS FC. Sebaliknya, pasukan ERA fm pula menggelarkan diri mereka sebagai ERA FC.

Pada hari tersebut, ERA fm membawakan muzik-muzik terbaik secara langsung dan tidak berbayar buat para penonton yang hadir pada malam itu! Konsert ERAVAGANZA menampilkan ramai artis popular tanahair seperti Najwa Latif, Waris , Forteen , Faizal Tahir dan Black. Manakala, Firman dan Shae yang di terbangkan khas dari Indonesia turut memeriahkan lagi acara pentas ERAVAGANZA nanti. Konsert yang bakal berlangsung di sebelah malam itu bakal menanamkan bibit- bibit indah buat semua penonton yang hadir menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka secara lebih dekat.

Pastikan anda meluangkan masa bersama semua penyampai dan artis kegemaran anda hujung bulan ini! Jumpa barisan penyampai ERA fm bakal membuat penampilan istimewa di Fiesta Muzik & Bola ERAVAGANZA pada 31 Ogos 2013, jam 3 petang di Stadium Hang Jebat, Melaka. Jadi, jangan lupa sertakan diri dan luangkan masa anda bersama ERA fm!

ERAVaganza Era FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Dapatkan Pass Meet & Greet Konsert CNBLUE di Malaysia

Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013