in , ,

Fenomena Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul

Rasa tenang hati Budiey sejurus selesai menonton Program Himpunan Selawat Perdana 1435H: Malam Cinta Allah dan Rasul yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan TV1 malam tadi.

Syukur, majlis ini dapat dikategorikan sebagai satu fenomena luar biasa dengan dihadiri oleh ribuan umat Islam dari pelbagai golongan, tidak kira usia, ideologi dan latar belakang. Ianya bertaraf antarabangsa apabila beberapa buah kedutaan Malaysia di luar negara akan menayangkan di layar gergasi.

Sejuk langit Putrajaya dengan alunan selawat, zikir dan qasidah yang diketuai oleh Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf. Cukup menginsafkan sehingga ada yang mengalir air mata tengok semua bersatu hati menyebut kalimah-kalimah menyucikan diri dan syukur puji kepada Ilahi dan Rasullullah. Yang menonton di rumah pula, boleh turut join sama dan meng-amin-kan doa.

Selawat Perdana

Sekurang-kurangnya, Selawat Perdana ini dapat mengeratkan ikatan ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak serta umat Islam dalam satu aktiviti minda sambil berhibur dengan persembahan Islamik bertaraf antarabangsa. Program ini akan disiarkan secara langsung di stesyen TV Al-Hijrah, Astro Oasis, RTM1, dan Live Streaming bermula jam 9 malam selama dua jam

Budiey rasa sangat baik dan berjaya menghimpunkan ramai sekali warga Putrajaya malah dari segenap kota. Dikatakan, 500,000 orang telah membanjiri Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya. Turut diserikan dengan kehadiran pemimpin negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Walaupun awalnya hujan renyai namun sikit pun tak menghalang orang ramai yang majoritinya berpakaian jubah warna putih mula membanjiri dataran Masjid Putra seawal jam 6 petang lagi.

Budiey rasa sangat rugi sebab tak dapat ke sana malam tadi atas kengkangan kerja yang sangat menghimpit. Insyallah, Budiey akan cuba hadirkan diri di masa akan datang. Jarang kita nak lihat program keagamaan seperti ini menjadi satu fenomena luar biasa apabila kita dapat lihat memupuk perhubungan sesama manusia yang berterusan, tidak kira keturunan, darjat, warna kulit, dan bahasa.

Budiey kira, zaman kebangkitan Islam secara perlahan-lahan telah kembali di bumi Malaysia ini. Satu perkembangan yang positif di mana kita lihat sendiri, ramai selebriti wanita kita sudah mulai memakai hijab. Program seperti ini juga dapat mendedahkan kita semua dengan hiburan segar dan aktiviti positif yang berteraskan akhlak yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung.

Program ini wajar diteruskan dan diadakan di seluruh negeri kerana ia berjaya menyatukan umat Islam dari seluruh Malaysia untuk memupuk perasaan Mahabbah iaitu melalui qasidah dan zikir. Tahniah buat barisan generasi muda di bawah naungan Sekretariat Selawat Perdana! Good job Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun bin Datuk Haji Kamarudin! Acara yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu bermula dengan alunan zikir pada jam 6.45 petang, diikuti solat maghrib berjemaah serta bacaan Al-Quran, seterusnya tazkirah agama oleh finalis program realiti TV Pencetus Ummah, diikuti solat Isyak.

Sebelum itu hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof. Selepas solat isyak, Perdana Menteri menyertai hadirin daripada pelbagai latar belakang dan usia menunaikan solat hajat serta bacaan doa bagi memohon supaya operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan. Ahli keluarga penumpang pesawat yang hilang itu juga turut menghadiri solat hajat itu memohon pertolongan dari Allah untuk merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul

Program ini menampilkan ikon agama terkenal, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan tausiyah pula bakal disampaikan Habib Ali Zaenal Abidin. Selain itu, ia juga turut disertai Imam Muda dan Pencetus Ummah.

Di laman sosial pula, Budiey cuba track dengan menggunakan hashtag #selawatperdana dan mendapati ramai yang menyarankan agar program seperti ini dianjurkan satu bulan sekali. Cukup bagus ya. Tapi apa yang menyedihkan, ada juga sesetengah golongan yang memandang remeh program seperti ini. Sebalik sambutan dan penerimaan positif, ada juga yang mengatakan program keagamaan cinta Rasul dikatakan mahu menunjuk-menunjuk dan tak ikhlas. Ish… ish… yang sedap duk mengata tu, pergi ke tak ek?

Antara selebriti yang turut ke sana semalam, Adam AF, Ella, Neelofa, Zizan Razak, Mawi, Adira, Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Fizz Fairuz, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Yatt Hamzah, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie dan ramai lagi.

Tabung Haji telah menaja 100,000 sejadah dan 50,000 air mineral di program Selawat Perdana malam tadi.

Tanggal 22 Mac ini iaitu pada hari ini,  Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul bakal dibawakan pula ke Pagoh, Johor.

Anda turut hadir di Selawat Perdana, apa kata kongsikan cerita dan pendapat anda di ruangan komen.

Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul
Selawat Perdana Malam Cinta Allah & Rasul
Selawat Perdana

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Separuh Jiwaku

Zarina Zainordin Frust Putus Cinta Dengan Azlee Khairi?