in

Fenomena Drama Setia Hujung Nyawa & Ruby Episod Akhir

Fenomena drama slot Akasia nampaknya tidak berhenti di situ. Kali ini, drama Setia Hujung Nyawa pula mendapat tempat di hati penonton TV3. Saban hari, pasti ada yang tweet dan updates tentang drama ini di Twitter dan Facebook. Budiey dah buat survey, setiap hari pasti ada yang datang ke blog ini untuk membaca sinopsis drama ini. Memang drama ni popular kerana cerita dan konfrontasi serta krisis dalam drama ni dikatakan tak kurang bestnya. Anda tonton, anda pasti tau. Budiey tak sempat nak tonton semua episod sebab sibuk dengan kerja dan events. Apa pendapat anda dengan drama ini?

Tup tup, masa berlalu begitu pantas, kini fenomena tiba di kemuncaknya. Kedua drama ini, Setia Hujung Nyawa dan Ruby dah pun tiba di episod akhir. Sama-sama kita tonton apakah kesudahan drama ini?

Akasia: Setia Hujung Nyawa
Sinopsis: Ersalina bertambah sedih dan kecewa selepas mendengar berita bahawa suaminya, Zain meluangkan masa bersama Eriza. Bagaimanapun, Zain cuba menjelaskan situasi sebenar di mana pertemuan itu dirancang oleh ibunya yang mahukan Eriza menjadi isteri baru Zain. Datin Adibah terkejut apabila mengetahui kehidupan sosial sebenar Eriza dan menyedari perbuatan telah melampaui batas. Mampukah Datin Adibah menyelamatkan perkahwinan Zain dan Ersalina?

Pelakon: Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Zila Bakarin, Raja Ema, Talha Harith, Sura Sojangi & Hairul Azreen.

Samarinda: Ruby
Sinopsis: Syuhara membuat kejutan besar apabila membawa Nek Mariam pulang ke rumah. Benjamin berasa begitu terharu dan berjanji akan menjaga Nek Mariam dengan sebaik mungkin, dan seterusnya mengahwini Syuhara. Datin Afifah tetap enggan menyerah kalah walaupun segala komplotnya telah dikesan oleh polis. Datin Afifah pulang ke banglo untuk membunuh Nek Mariam manakala Nadia pula turut pulang untuk membunuh Syuhara. Apakah kesudahannya nanti?

Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha, Hanez Suraya, Shukri Yahaya, Maria Farida, Esma Daniel.

Fenomena Drama Setia Hujung Nyawa & Ruby Episod Akhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ekin Rahman Lancar Album Pertama Berjudul Satu Percaturan

Sharnaaz Berusaha Dapat Restu Tetap Mahu Nikahi Shila Amzah