in

Feminin Program Bual Bicara Wanita Terbaru di RTM

Bertujuan menggangkat dimensi kewanitaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan sebuah rancangan bual bicara terbaru bertajuk “Feminin” yang bersiaran secara langsung mulai 6 Januari depan, setiap hari Isnin hingga Khamis; pukul 9.30 hingga 10.00 pagi di TV1.

Diterbitan Seksyen Ehwal Semasa RTM, bual bicara 30 minit ini menyasarkan penonton terdiri daripada wanita surirumah yang berusia 30 tahun dan ke atas. Padat dengan 3 pengisian utama iaitu perbincangan isu atau topik utama, pakej berita sana-sini ( Segmen Warna) dan pakej tajaan.

Rancangan Feminin memberi ruang serta memperkasakan suara, citra wanita dan isu-isu kewanitaan. Pengisian utama berkisar kepada perbincangan isu seperti kerjaya, psikologi, ekonomi, kesihatan dan isu rumahtangga serta isu wanita. Setiap topik akan dikupas oleh seorang pakar atau personaliti undangan.

Selain daripada perbincangan di studio terdapat dua segmen lain yang mewarnai rancangan Feminin. Segmen Warna akan membawa penonton untuk menyaksikan acara yang berlaku disekitar Lembah Kelang. Segmen tajaan pula akan memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan yang terdapat di pasaran.

Perantara Feminin terdiri daripada personaliti yang popular bergandingan dengan pengacara baru yang berkebolehan iaitu pelakon; Siti Shahrizah (Eja) dan Faezah Elai, Datin Eira Ghani; pakar motivasi, perunding imej dan usahawan, Matilda Raj; komposer dan Sakinah Al-Mubarakah; jurutera. Gabungan pengacara yang berlainan latar belakang ini bakal memartabatkan rancangan ini. Feminin, Citra Wanita Terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tayangan Premiere DEVIL’S DUE Sempena Ulangtahun Ke-7 Budiey.com

Najwa Latif Nafi Tuduhan Burukkan Peserta Himpunan