in

Fee Haiqal Lancar Single Terbaru AKU MENCARI & Showcase Istimewa

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) kini melancarkan single terbaru artis rakaman di bawah naungan syarikatnya. Fee Haiqal buat pertama kalinya tampil dengan single solo terbarunya berjudul ‘AKU MENCARI’ berkonsep Pop Rhythm & Blues. Single ini adalah hasil ciptaannya dan lirik ditulis bersama Ihab Ismail.

Fee Haiqal AKU MENCARI

Melihat kepada bakat ciptaannya dan beliau seorang yang rajin mendalami muzik semasa, NIPVSB telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menerbitkan single ini mengikut cita rasanya sendiri sambil memantau dan memberikan khidmat nasihat sehingga berjaya diterbitkan.

Menyentuh tentang konsep muzik eksperimennya dalam single terbaru ‘AKU MENCARI’ , Fee Haiqal tidak menafikan inspirasi eksperimental muzik banyak dipengaruhi oleh muzik artis kegemarannya, Ne-Yo, Bruno Mars dan John Mayer. Single ini diedarkan secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Berbanding kecenderungan muzik semasa, Fee Haiqal meletakkan karya nyanyian solo pertamanya ini sebagai satu titik tolak pencetus kepada semangat mencari identiti muzik ciptaannya sendiri tanpa bergantung kepada muzik arus semasa.

Fee Haiqal AKU MENCARI

Fee Haiqal yang sangat mengagumi perjuangan Datuk M. Nasir dan Datuk Sheila Majid, sentiasa menjadikan dua nama besar ini sebagai mentor dalam kerjaya yang baru diceburinya.

Seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan 2017 dan hari lahirnya yang jatuh pada bulan merdeka, Fee Haiqal akan mengadakan persembahan khas selama 30 minit bagi memperkenalkan dirinya sempena majlis pelancaran dan sidang media yang diadakan pada:

Fee Haiqal akan menyampaikan 4 buah lain dan ‘AKU MENCARI’ secara unplug.

Fee Haiqal turut mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada penaja Trust Issue Café Kuala Lumpur, Shannz Skincare dan Upshot Hair Studio yang sudi menaja dan melancarkan lagi majlis ini dengan jayanya.

FEE HAIQAL “AKU MENCARI”

Lagu : Aku Mencari
Artis : Fee Haiqal
Komposer : Fee Haiqal
Lirik : Fee Haiqal / Ihab Ismail
Konsep : Pop Rhythm & Blues
Penerbit : Fee Haiqal
Terbitan : Noraniza Idris Production
Ventures Sdn Bhd
Edaran digital : Luncai Emas Sdn Bhd

Fee Haiqal AKU MENCARI

SEJARAH AWAL FEE HAIQAL

Fee Haiqal, atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal bin Mohammad Fauzi
yang kini berusia 24 tahun pada 31 Ogos 2017 yang lalu telah memulakan kerjaya sebagai model sambilan setelah menduduki senarai lima peserta teratas dalam program pertandingan, Mr. Planet Malaysia 2013.

Anak muda berbakat besar ini mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan, penulisan dan lirik lagu ketika diberi peluang menyerlahkan bakatnya dalam bidang pengacaraan bersama teman seangkatannya Ihab Ismail dalam sebuah program pembangunan belia Akar Kita Zapin 2014/2015.

Fee Haiqal AKU MENCARI

Program jelajah Malaysia ini telah membawa Fee Haiqal ke 12 buah lokasi seluruh Malaysia dan berpeluang mempelajari kebudayaan Malaysia menerusi program pembangunan belia yang ketika itu dilantik sebagai ikon belia selama dua tahun berturut-turut.

Fee Haiqal AKU MENCARI

Fee Haiqal turut mengikuti bengkel penciptaan lagu menerusi eksperimentasi muzik moden dan tradisional yang dianjurkan oleh ibunya. Percubaannya mencipta lagu berkonsep fusion berjaya dan lagu yang diberi judul ‘Niatku’ ini turut dirakamkan bersama Ihab Ismail untuk dimuatkan ke adalam album amal Ria Aidilfitri yang lalu.

Bermula lah minatnya dalam bidang penerbitan dan penulisan lagu. Biarpun berlainan genre muzik pilihan, Fee Haiqal berpendapat, sebagai anak Malaysia, tidak ramai berpeluang melalui pengalaman seperti yang dilaluinya. Walaupun pada peringkat awal, agak janggal melalui muzik dan proses pembelajaran yang dilalui, dia mula merasai semangat cinta terhadap bangsa, budaya dan Negara.

Menyentuh tentang persediaan single ‘AKU MENCARI’, Fee Haiqal mengambil masa selama 2 tahun mengadakan perbincangan dan kerap mengadakan ‘jamming session’ bersama teman-teman. Fee akui sangat cerewet dan telah membuat perubahan susunan muzik lagu ini berulang kali.

Harapan Fee, semoga usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai generasi muda masa kini yang berminat dalam bidang penerbitan agar sentiasa cenderung mendalami kerjaya ini secara serius, sentiasa produktif dan berinisiatif. Tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya selain usaha dan tidak malu bertanya selain rajin mendapatkan sumber pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.

Fee Haiqal AKU MENCARI

Biarpun resah namun Fee Haiqal merasa bersyukur mendapat banyak komen positif dari peminat muziknya yang terdiri dari golongan remaja .
INFORMASI :

Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Tel : 03 9105 7066
HP : 016 2918066
Email : [email protected]
Laman Web: www.akarkitazapin.com.my
IG & FB: Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd / Fee Haiqal
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd

BIODATA FEE HAIQAL

Nama : Mohd Alfeeq Haiqal Bin Mohammad Fauzi
Nama Pentas : Fee Haiqal
Tarikh lahir : 31 Ogos 1993
Umur : 24 Tahun
Tempat Lahir : Selangor
Adik beradik : 2 orang lelaki (anak bongsu)
Pekerjaan : i) Pengusaha Produk Truly Aura ~ Aura by Noraniza Idris
ii) Personal Trainer / Fitness instructor
Artis : Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd
Jawatan : Pengarah, Noraniza Idris production Ventures Sdn Bhd
Setiausaha, Persatuan Belia Kota Gagasan &
Persatuan Tatihseni Malaysia

LIRIK
‘AKU MENCARI’

Setiap kali ku pandang wajah mu senyuman mu menggoda,
Inikah rasa cinta
Terhenti fikiran tak keruan ku terdiam terus membisu,
Tepersona ayumu

Sayang,
Berikan ku masa,
Untuk ku sempurnakan kelemahan diriku

Jangan,
Kau jauhi diri,
Ku tahu kau ragu akan kehidupan ini.

Aku mencari, kau berlari, jadi tak guna kalua ku sendiri
dunia berbeza, fikiran tak sama,
Berikan aku masa untuk berusaha

Apa yang ada pada diriku, takkan bias meyakinkan dirimu
ku tau, kau takkan pernah percaya, dengan kata yang keluar dari hatiku ..oh
Engkaulah yang teristimewa, yang ku seru dan ku puja.
Kini ku mengerti, kaulah yang terbaik yang takkan ku miliki..

Lagu : Fee Haiqal
Lirik : Fee Haiqal & Ihab Ismail

TERBITAN : NORANIZA IDRIS PRODUCTION VENTURES SDN BHD
EDARAN : LUNCAI EMAS SDN BHD

Fee Haiqal AKU MENCARI

Fee Haiqal AKU MENCARI

Fee Haiqal AKU MENCARI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The New Gear Fit2 Pro: Make Every Move Counts

DUO SYAMSUL Gabung Pakar Motivasi Dan Selebriti Dalam Satu Pentas Dakwah