Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





FAZLI ZAINAL, MISHA OMAR, ARE MEER SOFAZ DI ZOOM IN @ RTM BUMI PUSAKA

ZOOM IN @ RTM BUMI PUSAKA : SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-51.

Bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-51, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghidangkan Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’, yang mana tidak sekadar memaparkan hiburan semata-mata. Sebaliknya penonton akan didedahkan seleksi lagu bermesej yang menghiburkan. Bukan itu sahaja, bait-bait lirik setiap lagu yang dipersembahkan jika dihayati bisa membawa kepada penghayatan erti sebenar sebuah kemerdekaan dan bagaimana kita dapat mengisi sebuah kemerdekaan sebagai seorang rakyat berjiwa merdeka.

Amir Sofaz

Menariknya, Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ bakal menyaksikan kolaborasi artis-artis tanah air dengan seleksi lagu yang menyuntik semangat kemerdekan dalam menghiburkan penonton sepanjang siarannya.

Barisan artis popular tanah air yang menjayakan Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ adalah Fazli Zainal, Are Meer Sofaz, Adi 6ixth Sense, Misha Omar, Kopratasa, Sarah Raisudin, Bob, Haziq, Rey, Muhaizam, Amin, Karen Tan dan Banumitha. Tidak ketinggalan penampilan khas artis yang cukup popular dari Negeri Di Bawah Bayu, Abu Bakar Ellah yang cukup sinonim dengan lagu-lagu bertemakan kemanusian juga alam sekitar.

Penonton akan dihiburkan dengan lagu-lagu merdu lagi popular seperti Warisan, Mentera Semerah Padi, Taman Rohani, Seloka Jegela Melayu, Bahtera Merdeka, Orang Kita, Gadong dan banyak lagi. Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ membariskan pemuzik-pemuzik handalan tanah air dengan susunan muzik baru yang lebih segar tanpa menghilangkan identiti asal setiap lagu.

Siti Sarah

Misha Omar

Pastinya Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ akan memberi kesan yang cukup positif dimana pemilihan lagu adalah lebih terarah kepada pemupukan minda serta kesedaran rakyat Malaysia terhadap rasa cinta kepada bangsa, alam sekitar juga negara Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. 

Kepada anda yang ternanti-nanti suatu bentuk persembahan yang mampu menyuntik semangat kemerdekaan juga rasa cinta kepada tanah air. Jangan lepaskan peluang menonton Zoom In @ RTM ‘Bumi Pusaka’ pada 31 Ogos ini pada jam 9.00 malam menerusi RTM1.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rakaman Zoom In Hari Raya Aidil Fitri @ RTM
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Senarai Giliran Persembahan Anugerah Juara Lagu 22
  • Rakaman Nite of Soulful Stars
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Misha Omar Jadi Pekak Sebab Pendarahan Dalam Telinga?
  • Video Lagu Hati Yang Rapuh Misha Omar FFM21
  • ADIBAH NOOR, OGY, MISHA OMAR DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”
  • Sekitar Pelancaran Showcase Anugerah Juara Lagu 22
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5



  • Satu Komen untuk entri “FAZLI ZAINAL, MISHA OMAR, ARE MEER SOFAZ DI ZOOM IN @ RTM BUMI PUSAKA”

    1. Obefiend kata:

      misha’s teeth fascinates me

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET