in

Fazley Yaakub Lancar Buku Motivasi Cinta Dari Fazley

Syuku Alhamdulilah, akhirnya penyanyi dan juga pakar motivasi, Fazley Yaakub selamat melancarkan buku ke-dua terbitan KarangKraf pada 19 November 2011 lalu di MPH MidValley. Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Firdaus Datuk Hussamuddin. Walaupun dah 2 minggu berlalu, rasanya tak terlewat untuk Budiey ucapkan tahniah buat beliau. Dengarnya, buku yang berjudul “Motivasi Santai #Cinta” semakin mendapat sambutan ramai hingga terpaksa dicetak semula? Betul ke?

Fazley Yaakub

Setelah berkecimpung hampir 12 tahun sebagai perunding motivasi untuk pelajar sekolah, kolej dan universiti, syarikat swasta dan korporat, agensi-agensi kerajaan, di Malaysia, Singapura dan Brunei, Fazley kini semakim bersemangat dalam bidang penulisan. Setelah buku motivasi pertama dilancarkan, kali ini untuk buku terbaru pendekatannya menjurus kepada konteks penulisan yang ringkas dan mudah difahami, bagi memenuhi keperluan lapisan masyarakat yang gemarkan kata-kata ringkas (quotes) dalam melalui ranjau kehidupan.

“Buku ini dicetak dalam bentuk gift book. Ia menghimpunkan kata-kata motivasi santai yang terhasil daripada himpunan terbaik menerusi laman Twitter saya. Ia digarap dengan susunan lebih menarik dan sesuai dengan selera remaja. Penghasilan grafik dan warna direka khas supaya dapat menarik mata, hati dan fikiran pembaca untuk terus menyelak helaian demi helaian. Sebelum ini, saya selalu memberikan kata-kata motivasi di Twitter dan saya tidak sangka ia dapat menarik perhatian peminat. Dari situ, saya lihat peminat suka dengan motivasi ringkas. Berdasarkan beberapa kajian, pembaca remaja tidak sukakan kepada bahan bacaan terlalu panjang lebar. Maka, kerana itulah saya hasilkan buku ini.”

Buku ‘Gift Book’ kata-kata motivasi santai #CiNTA ini terhasil dari himpunan terbaik dari Twitter akaun milik @FazleyYaakob. Fazley memang sering meletakkan kata- kata motivasi hasil nukilan kreatif beliau di laman sosial sebagai perangsang untuk para penggemarnya.

Penghasilan grafik dan warna direkacipta supaya dapat menarik mata, hati dan fikiran pembaca untuk terus menyelak mukasurat buku istimewa ini hingga ke helaian yang terakhir.

Buku #CiNTA ini merupakan siri pertama dari 5 siri penuh kata-kata motivasi dari buah fikiran Fazley sendiri. Selepas ini bakal diterbitkan buku kata-kata motivasi santai dibawah tajuk #Harian (kata-kata motivasi ringkas tapi pedas), #SuamiIsteri (khusus buat para suami dan isteri atau yang ingin mendirikan rumahtangga), #Pelajar (tips dan kata-kata semangat buat golongan pelajar), dan yang paling popular di kongsi (ReTweet) di laman Twitternya #PERLIbahasa (kata- kata motivasi lucu dan sinis berdasarkan pengalamam atau kejadian harian).

“Alhamdulillah, buku pertama saya dahulu mendapat sambutan baik dan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak buku. Saya mengharapkan sambutan yang lebih baik terhadap buku #Cinta ini. Saya ingin minta kerjasama daripada pembaca, sekiranya ada kekurangan pada buku ini, berkongsilah bersama agar saya dapat menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini,”

Setiap satu tajuk dijual dengan harga yang amat berpatutan RM9.90. Korang boleh dapatkan segera di pasaran.

Foto kredit: fazleyYaakub.com

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Fazley Yaakub

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Koleksi Video Trip Media Bersama Siti Nurhaliza Ke Korea

Gambar Izara Aishah di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara