in

Fazleena & The Lasykar Hidupkan Lagu Puisi

Fazleena and The Lasykar merupakan sebuah kumpulan yang menyampaikan lagu-lagu puisi yang bersifat ensemble, fun dan kontemporari. Fazleena Hishamuddin seorang penulis, penggiat teater dan deklamator yang bergiat aktif dalam kegiatan seni sekitar ibu kota sejak 2006.

Fazleena mengambil inisiatif bersama rakan-rakan baiknya yang terdiri daripada Anas Ridzuan (peserta program Mentor TV3, penyanyi, pelakon dan penggiat teater), Saiful Bahry (penggiat teater), Ana Shuhada (penyanyi), Shah Kimie, Hilmiwee dan Shariffuddin untuk sama-sama memperjuangkan lagu-lagu puisi kontemporari, maka lahirlah ‘Fazleena and The Lasykar’.

FAZLEENA & THE LASYKAR (5)

Perkataan ‘Lasykar’ bermakna askar atau pahlawan yang merupakan ‘tulang-belakang’ kepada Fazleena dalam melahirkan irama dan melodi yang segar dalam setiap sesi persembahan. Fazleena and The Lasykar baru saja mengeluarkan mini album yang diterbitkan sepenuhnya oleh penerbit buku-buku alternatif yang aktif iaitu Dubook Press.

Fazleena and The Lasykar menerima banyak undangan berpentas di seluruh Malaysia, antaranya :

• Bazar Seni, Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan, 4 April 2015
• Buku & Bazar, Perpustakaan Kuala Lumpur, 1 Mac 2015
• Senang Festival 1.0, Stadium Melawati Shah Alam, 1 Februari 2015
• Live Aid Pantai Timur, Dubook HQ Bangi, 3 Januari 2015
• Mesin Tempe, Annexe Gallery Central Market, 21 Dec 2014
• Maskara 50, Rumah Pena Kuala Lumpur, 20 Dec 2014
• Warna, Laman Seni Shah Alam 7, 13 December 2014
• MIIT Festival, Universiti Kuala Lumpur, 21 November 2014
• Eksotikata 2, Rumah Pena, 20 December 2014
• Gemersik Alunan Puisi, Kolej Islam Antarabangsa KUIS, 22 Ogos 2014
• Ke Jolobak Ke Jolobu, Snek Jer Cafe, Seremban, 18 November 2014
• Pembukaan Muzium Yasmin Ahmad, Sekeping Kong Heng Ipoh, 15 November 2014
• Warung Seni, Warung Buku Melaka, 31 Mei 2014
• Ramadhan Care for Hunger, Islamic Relief Bangi, 3 Mei 2014
• Santai Penulis @ Kota Buku, PWTC Kuala Lumpur, 4 Mei 2014
• Hari Puisi Sedunia, RA Fine Arts Gallery, 15 Mac 2014
• Kolumpo Kita Punya! Dataran Underground KL, 18 Oktober 2014
• Indie Nation Fest, Dataran Underground KL, 31 Ogos 2014
• Eksotikata, Rumah Pena, 24 Nov 2013
• Showcase sempena Teater Velvet, Gajah Tiga Cafe, Cheras, 25 Mac 2015
• Pasar Boco ke-9, Taman Budaya Kuala Lumpur, 19 Oktober 2013
• Alor Setar Literature Festival, Habit Art Cafe, 1 Mac 2014
• Laman Ekspresi Seni UITM Shah Alam, Kampus Puncak Perdana, 19 Februari 2014

Boleh mengikuti Fazleena and The Lasykar di lama sosial mereka seperti berikut :
Facebook : facebook.com/fazleenaandTheLasykar
Instagram : @fazleenaandthelasykar

FAZLEENA & THE LASYKAR (3)

FAZLEENA & THE LASYKAR (4)

FAZLEENA & THE LASYKAR (1)

FAZLEENA & THE LASYKAR (2)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Palazzo Viva An Unequalled Dining & Entertainment Experience

HBO Siar Perlawanan Tinju Manny Pacquiao & Floyd Mayweather