in , ,

Fattah Amin dan Fazura Duta Jenama Rasmi Kad Debit Maybank

Pasangan bahagia yang bakal diraikan di Majlis Resepsi hujung minggu ini, Fattah Amin dan Fazura terus dihujani rezeki setelah dilantik sebagai duta jenama rasmi kad debit Maybank bagi menggalakkan golongan muda melakukan transaksi tanpa tunai. Tahniah FattZura!

Fazura Fattah Maybank

Majlis pelantikan rasmi duta kad debit Maybank telah dilangsungkan dengan jayanya di Menara Maybank, Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu.

Mengulas lebih lanjut, Nur Fazura berkata, penggunaan kad debit itu sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan proses pembelian tanpa pengeluaran wang tunai banyak serta lebih selamat daripada risiko jenayah.

Fazura Fattah Maybank

“Saya menggalakkan golongan muda terutamanya untuk sentiasa menggunakan kad debit Maybank kerana ia juga lebih mudah untuk membuat transaksi tertentu atau ketika membuat pembelian produk serta perkhidmatan. Tambahan pula, dunia kini menuju ke arah masyarakat tanpa tunai yang dilihat lebih selamat.”

Turut hadir ialah Ketua Kad Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti (CFS) Maybank, B Ravintharan, Datuk Hamirullah Boorhan dan Ketua Bahagian Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan Maybank, B. Ravintharan.

Dalam pada itu, Ravintharan berkata, pihak Maybank menyasarkan peningkatan jumlah transaksi kad debit sebanyak 57 peratus dengan lebih daripada RM17 bilion pada tahun ini berbanding tahun lalu, RM11 bilion.

“Sebanyak 62 peratus bil debit kami datang daripada segmen profesional muda. Dengan adanya Fattah dan Nur Fazura sebagai pendorong utama kepada generasi kini yang menjadi duta kad debit kami, Maybank yakin.

“Mereka berdua yang terkenal dalam kalangan peminat muda akan dapat membantu untuk lebih menggalakkan golongan Gen-Y menggunakan kad debit di negara ini.”

Fazura Fattah Maybank

Kerjasama selama setahun antara Maybank dan pasangan berkenaan bertujuan mempromosikan penggunaan kad debit di kalangan mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun yang juga dikenali sebagai Gen-Y.

“Pada tahun 2017, kami menyaksikan peningkatan ketara dalam jumlah transaksi kad debit dengan mencatatkan lebih 65 juta transaksi bernilai lebih RM11 bilion.

“Produk kad debit kami telah berkembang menjadi lapan varian produk yang berbeza dengan lebih sembilan juta pemegang kad debit yang aktif,” 

Serentak dengan pelantikan berkenaan, Maybank melancarkan kempen penggunaan kad debit selama tiga bulan sehingga 15 Mei depan yang menawarkan pakej percutian bersama pasangan FattZura kepada lima pasangan bertuah.

Tahniah sekali lagi buat Fattah dan Fazura!

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fazura Fattah Maybank

Fattah Amin & Fazura Duta Maybank

Fattah Amin & Fazura Duta Maybank

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Restoran ME’NATE STEAK HUB Cipta Kejayaan Raih Anugerah

Fattah Amin & Fazura Sibuk Buat Persiapan Akhir Majlis Resepsi