in ,

Fattah Amin Tercalon Dalam Tiga Kategori AME 2017

Pada jam 3 petang tadi telah berlangsung Majlis Sidang Media Anugerah MeleTOP Era 2017 di Mango’s Paradise Cafe, TREC KL, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Selain mengumumkan senarai penuh calon Top 20 untuk 17 buah kategori yang dipertandingkan, Astro juga memperkenalkan gandingan hos utama yang akan mengemudikan acara gilang gemilang untuk penganjuran tahun ini. .

Anugerah MeleTOP Era yang diadakan bagi menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dan digital kembali untuk penganjuran tahun yang ke-empat selepas melakarkan kejayaan dan mendapat maklum balas positif dalam kalangan pencinta seni hiburan tanah air pada penganjurannya sebelum ini. 

Seperti tahun sebelum ini, anugerah berprestij ini bakal memberi kuasa memilih sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka untuk kategori-kategori yang dipertandingkan. Peminat akan menentukan sendiri siapa di antara artis tanah air yang paling MeleTOP dan layak dinobatkan sebagai pemenang.

FATTAH AMIN tercalon dalam empat kategori AME2017 :

1. Pelakon TV Meletop

2. Drama Meletop

3. Bintang Online Meletop

4. Fesyen Meletop

Anugerah MeleTOP ERA KEMBALI! 23 April ini! Anda boleh mengundi untuk selebriti kesayangan anda di laman web rasmi AME2017 bermula jam 6 Petang ini!

AME 2017 akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, pukul 9 malam yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria, Ria HD dan Astro on the Go.

#MeleTOP #ame2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kategori Si Cilik Meletop di Anugerah MeleTOP Era (AME) 2017

Samsung Pay Dilancarkan di Malaysia