in ,

Fattah Amin & Fazura Umum Sah Bertunang, Belum Berkahwin

AKHIRNYA segala spekulasi dan persoalan mengenai status sebenar hubungan pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura terjawab selepas pasangan itu mengaku mereka sudah bertunang.

Sejurus pulang daripada mengerjakan Umrah, Fattah, 27, dan Fazura, 34, tampil mengesahkan mereka melangsungkan majlis itu pada 13 November lalu di rumah nenek Fazura di Petang Jaya dan bukan bernikah seperti yang diperkatakan.

“Alhamdulillah, pada 13 November lalu, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik dan bertunang.

“Saya dah Fazura memang merancang untuk bertunang sebelum menunaikan Umrah. Kami belum lagi bernikah seperti yang diperkatakan,” kata Fattah kepada pihak media.

Pasangan ini ditemui di sidang media berhubung isu perkahwinan rahsia mereka di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Tambah Fattah lagi, mereka juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain namun pelbagai spekulasi yang timbul ketika mereka berada di Tanah Suci.

“Saya dan Fazura juga mahu melalui proses perkahwinan seperti orang lain. Daftar kursus kahwin dan uruskan dokumen kahwin.

“Kami mahu berkongsi berita gembira ini selepas kami pulang tapi banyak pula spekulasi yang timbul,” ujarnya.

Pasangan ini juga menafikan pada 14 Disember lalu ada majlis pernikahan seperti yang dihebohkan.

“Pada 14 Disember lalu hanya ada majlis kesyukuran dan doa selamat sempena kami bakal mengerjakan umrah.

“Tidak ada majlis pernikahan yang seperti dihebohkan ramai,” katanya.

Fattah dan Fazura merancang untuk melansungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat namun resepsi akan diadakan pada tahun depan.

Mereka juga merancang untuk mengadakan majlis nikah secara tertutup namun tetamu lain termasuk pihak media akan diundang pada majlis resepsi.

Terdahulu, tersebar khabar angin Fattah dan Fazura memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Fattah dan Fazura menunaikan Umrah di Makkah bersama keluarga masing-masing dan berlepas pada pagi 15 November lalu.

Gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta mula timbul semenjak pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella pada penghujung Mei lalu.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penerbangan FattZura Lewat Sampai KLIA, Sidang Media Ditangguhkan Ke 6 Petang

Mell Sakura Band & Wan 6ixth Sense Selamat Nikah