in , ,

Fattah Amin Bersedia Mencintai Fazura?

Semalam kecoh sebentar di ruang maya media sosial apabila berita mengenai bintang paling popular Fattah Amin dikatakan sedang mengenali hati budi Nur Fazura.

Menerusi berita yang disiarkan di Utusan Online, Fattah dikhabarkan sudah pun bertemu dengan keluarga Fazura, dan beliau kini sedang berusaha untuk membawa hubungan itu ke peringkat lebih serius.

Membeli Belah Bersama Fattah Amin & Fazura di Primavalet

Menurut Fattah, Fazura adalah seorang wanita yang sangat baik serta mempunyai perwatakan yang natural malah beliau terpesona dengan personaliti pelakon jelita itu yang tidak lekang dengan senyuman.

“Dia adalah wanita yang sangat positif, aura itu menyebabkan saya sedia bekerjasama. Itu juga ciri-ciri wanita yang saya cari selama ini.

Buat masa ini semuanya amat positif, jadi untuk pergi jauh lagi itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima”, jelasnya.

Kata Fattah lagi, setakat ini beliau sangat senang berkawan dengan Fazura. Fattah juga menyangkal dakwaan bahawa dirinya didesak oleh ahli kelab peminatnya dan Fazura yang mahukan mereka berdua bercinta di alam nyata.

“Apa yang mereka mahukan supaya kami berdua berjaya. Mereka juga faham percintaan itu bukan benda yang boleh dipaksa”, ujarnya.

Membeli Belah Bersama Fattah Amin & Fazura di Primavalet

Sumber : Utusan Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramadan Ini Jom Kita Raikan Kanak-kanak yang Memerlukan

Sekitar Membeli Belah Bersama Fattah Amin & Fazura di Primavalet