in , ,

Fathia Latiff Mencelah Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri di IG Live?

PELAKON sensasi, Fathia Latiff kembali mencuri perhatian umum menerusi media sosial gara-gara mengeluarkan kenyataan biadab terhadap aktor Iqram Dinzly. Baru-baru ini, Fathia dilihat sama ‘mencelah’ sewaktu Iqram sedang berkongsi video melalui aplikasi Instagram Live miliknya.

Fathia-suruh-Iqram-bunuh-diri-3

Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan biadab Fathia yang memberi cadangan kepada Iqram agar membunuh diri? Haaa…. biar betul?

Menerusi foto yang tular itu, Fathia pada mulanya dilihat mengemukakan persoalan yang tidak berasas kepada Iqram.

Namun tidak lama selepas itu, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku apabila Fathia tampil dengan kenyataan ‘berani’ yang mencadangkan agar Iqram membunuh diri.

Fathia Latiff

Kenyataan yang dibuat oleh Fathia itu mengundang kemarahan netizen yang mana rata-rata beranggapan pelakon itu tidak sepatutnya berkata sedemikian meskipun mungkin niatnya sekadar bergurau.

Fathia Latiff

Melampau… Mana sikap sebagai seorang selebriti yang sepatutnya memberi contoh teladan baik kepada peminat?

Sebagai rakan artis, Fathia sepatutnya memberi kata-kata semangat buat Iqram yang ketika ini sedang mengalami tekanan bukan sengaja mencetuskan lagi kontroversi dan provokasi liar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keluarga Rancang Bawa Farid Kamil Jumpa Pakar

Tiket Konsert John Legend Dijual dengan Harga RM366 ke Atas