Father’s Day Concert Sweet Charity di PWTC
Semalam, sempena dengan sambutan Hari Bapa, kumpulan otai Sweet Charity telah mengadakan konsert mereka di tingkat 4, Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam.

Dipersembahkan oleh Rasamusic Sdn Bhd, konsert ini dirancang khas untuk mengutip bantuan untuk Yayasan Institut Jantung Negara selepas Konsert Zaman yang diadakan di Istana Budaya pada 8 dan 9 Julai 2005.
Budiey kira, semalam nampak ramai sekali para bapa yang pada seketika dulu pernah meminati kumpulan Sweet Charity dan lagu-lagu dari band yang diketuai oleh Ramli Sarip ini menjadi siulan mereka hingga kini hadir memeriahkan konsert.
Apatah lagi, kalau dilihat dari suasana dewan yang penuh ini dengan semangat dari penonton yang berkobar-kobar seakan tidak sabar untuk enjoy menikmati lagu dari kumpulan yang ditubuhkan pada 1969 di Singapura ini.
Seawal jam 8.30 malam, Bob Lokman sebagai pengacara pada malam itu berceloteh dengan cerita-cerita yang berkisar tentang peranan dan jasa bapa. Sekali dengar macam ceramah agama pun ada. Yang penting, nasihat dan mesej dari Bob itu memang sangat perlu untuk anak-anak muda sekarang ini yang kian hanyut dibawa arus dunia.
Setelah selesai berceloteh, Bob menjemput semua hadirin untuk menikmati jamuan yang dihidangkan oleh PWTC. Antara sajian yang menjadi santapan kami ialah kari ayam dengan kentang, acar ikan (Wow! Memang menjadi kegemaran Budi nih! Sedap sekali), rendang daging, udang goreng mentega dengan daun kari, sayur campur dan nasi tomato. Dihidang juga Chilled honey dew dengan sago dan fancy dumpling sebagai pembasuh mulut juga kuih muih dan air teh dan kopi sebagai penghapus dahaga.

Antara lagu yang dibawakan oleh Sweet Charity ialah Hilang Gelap Terbitlah Terang, Apa Khabar Sayang, Dekatlah Pada Ku, Pelarian, Dunia Perlumbaan, Sejuta Wajah, Batu, Ribut 10.59 pagi, Perjalanan, Bagaikan Bermimpi, Terharu, Zakiah, Jangan Tunggu Lama-Lama, Teratai, Di Tahun 2000, Musibah dan Kamelia.

Bagi Budiey, konsert yang begitu gempak dengan vokal Ramli Sarip yang serak-serak basah itu tentunya menjadi malam penuh nostalgia buat semua peminat dan pasti akan diingati. Apa tidaknya, ianya menyaksikan penyatuan semula kumpulan rock Sweet Charity yang bertujuan untuk menghargai generasi daddy-daddy kita yang turut memainkan peranan mencipta ikon rock ini pada era 80 an dulu.
Untuk peminat Sweet Charity, bolehlah melayari website mereka di:
http://www.sweetcharity.com.my






Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





June 15th, 2008 at 7:13 pm
legends! bloody legends! much respect
June 19th, 2008 at 9:59 pm
go go go papa rock respek kat u n sweet charity
takde buat vcd mcm reunion dulu ke
October 22nd, 2010 at 12:17 am
seangkatan kugiran barat Cream serta Yardbird…….rock on bro!!! Kalau teknik guitar di upgrade pada sweeping…fuyooooooooooooooh lagi terangkat beb terangkat.Rosli tolong ehhh gwa mintak sama lu ni gentel2 ni mcm dah out-dated bro………….gwa mintak lu ubah bro teknik solo lu….gwa susah bro mau dgr lu command arm/tremolo….sweeping pun jauh skali……Takda Ramli sweet teros tenggelam bro…ingat tu bro.Takda Rahman sweet jadi masam.Takda Ramli sweet ketawa sinis…soo apa lagi mau baca jadi masam masam manis arrrr bro lagi buey heowwwwww kah.
October 22nd, 2010 at 12:21 am
Rosli lu gentel gwa tengok asek tu mcm jerrr…..sweep arrrrr bro…..arm/tremolo pon susah lu nak pakai……..lu ni kira rock dangdut arrrr gwa tengok.Man kidal yg duduk lorong engku aman masok malaysia pon tauu sweep….solo fuhhhhh diminsh semua keluar…cuma sorry bro man…sound lu tipis.