Fasha Sandha Tusuk Kangkang Dengan Daun Nenas Gugur Anak?
Apa sudah jadi dengan Fasha?
Duduk di tepi perigi sambil berkemban sekadar memenuhi watak dalam filem Skrip 7707 terbitan Grand Birlliace Sdn Bhd
SUDAH agak lama tiada berita mengenai perkembangan aktres Fasha Sandha yang satu waktu dulu sentiasa menjadi buruan media gara-gara cerita sensasi berkaitan kisah peribadinya berbanding dengan kerjayanya sebagai pelakon.

Disebabkan kualiti lakonannya yang tidak seberapa, walaupun banyak membintangi filem dan drama serta pernah memegang trofi sebagai Pelakon Filem/TV Wanita Popular, pembabitan Fasha dalam dunia seni tidaklah menjadi sebutan sangat.
Apa yang sering dilaporkan dan menjadikan dia popular hanyalah kisah kehidupan peribadinya. Selepas sekian lama ‘direhatkan’ oleh kebanyakan media, tiba-tiba muncul gambar Fasha yang boleh menimbulkan tanda tanya.
Dalam gambar itu, Fasha duduk di tepi perigi dalam keadaan berkemban. Dia kemudian memegang daun nanas lalu ditusuk ke celah kangkangnya dengan tujuan untuk menggugurkan kandungan. Memang mengerikan dan menyakitkan, tetapi itulah yang terpaksa dilakukan kerana pelakon itu mahu menyorokkan keterlanjurannya sehingga dia hamil.
Bagaimanapun, jangan salah faham kerana itu adalah antara babak dalam filem Skrip 7707 arahan Profesor A Razak Mohaideen. Dalam filem itu, Fasha sekali lagi diberikan watak ‘playgirl’, suka berfoya-foya.
Razak memberi arahan kepada Fasha untuk aksi yang perlu dilakukannya bagi babak di tepi perigi.
Filem Skrip 7707 adalah terbitan terbaru Grand Brilliance yang akan ditayangkan pada 16 Julai ini. Ia dikatakan membuka mata penonton dan peminat filem seram. Keistimewaan Skrip 7707 kerana ia mengandungi sembilan cerita seram yang berbeza.
Keseluruhannya kisah yang ditonjolkan dalam filem ini adakah cerita seram yang biasa didengar. Ia selalunya cerita lisan yang disampaikan oleh orang tua kita.
Antara cerita yang ditonjolkan adalah seperti legenda hantu di asrama yang kehadirannya berpunca daripada kematian seseorang, dan cerita hantu yang ‘menumpang’ di hospital lama.
Selain itu, kisah mengenai kewujudan hantu yang popular di kalangan orang Melayu iaitu hantu raya. Hantu yang didakwa boleh menjelma menyerupai manusia biasa juga turut dipaparkan dalam babak yang mana seorang isteri yang sedang sarat mengandung memerlukan bidan. Konflik mula tercetus apabila bidan yang dipanggil suaminya tiba-tiba boleh sampai di rumahnya seorang diri.
Kepercayaan terhadap roh yang tidak tenang kerana ada sesuatu yang tidak membenarkannya pergi dengan aman juga dipaparkan di dalam Skrip 7707. Begitu juga dengan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia, tetapi adiknya masih boleh melihat kehadiran rohnya. Apakah yang mengganggu roh abangnya sehingga abangnya terperangkap di dunia walaupun sudah meninggal?
Membabitkan 40 penonton
SELAIN daripada jalan cerita yang menarik dan agak biasa kepada penonton, Skrip 7707 membariskan pelakon yang sudah menempa nama dalam industri filem tanah air.

Jumlah itu diharap dapat menarik minat penonton untuk ke pawagam. Antara pelakon yang terbabit dalam filem ini ialah Norman Halim (KRU), M Rajoli, Fasha, Abby Abadi, Norman Hakim, Que Haidar, Jehan Miskin, Fouziah Gous dan Almy Nadia
Seperti kebanyakan filem yang bagus, pasti ada kontroversi didalamnya. Skrip 7707 mempunyai babak yang dipotong kerana dianggap terlalu ngeri untuk ditonton.
Babak ini dianggap kontroversi itu membabitkan Ayu (Fasha Sandha) yang sedang sakit dan mahu menggugurkan anak, menggunakan cara yang agak ekstrem untuk membuang kandungannya. [sumber]
Tags: Fasha Sandha, Filem
Tags: Fasha Sandha, FilemClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





June 8th, 2009 at 7:56 am
ye ke bez?cbe try tengok..untung nye razakk tu kan..
June 8th, 2009 at 10:33 am
Fuh c faysa ni..dasyat tu..mesti kontreversi cite ni nnt…
June 8th, 2009 at 12:00 pm
adush..awat la ko sanggup blakon g2
June 8th, 2009 at 12:12 pm
huh,,peh…
gle r cte nie….
June 8th, 2009 at 2:37 pm
norman hakim ade ker, benci la mamat tu
June 8th, 2009 at 3:34 pm
mesti best cerita ni..tak sabar nak tonton…rasa rindu lak ngan fasha..huhuuu
June 9th, 2009 at 12:59 pm
y must there be a film such as this? the big Y
1-cara gugur anak–nanti sah2 ramai buat
2-objective utama citer nih?
silap aribulan jadi mcm citer BOHSIA..ada yg tiru
June 9th, 2009 at 6:53 pm
Biaselah..agaknye para2 karyawan ni dah ketandusan idea nk wat filem2 yg bermutu..skrg ni kebnykan filem2 kite jln citenye hampeehhhh…..
June 11th, 2009 at 3:12 am
eeee….
banggang nyer.
June 11th, 2009 at 1:36 pm
Mcm sial ar filem si razak ni.aku cukup menyampah tgk filem buatan die n seangkatan dgnnye (adik-bradik die ar).Sumenye mengarut2.klu yg jenis komedi 2 mmg mcm sial.bkan lwak pun.lwak bodoh ada ar.yg jenis seram plak an2 die x real lngsung.mcm cite histeria 2.last2 mimpi je.buang masa aku je tgk.sume filem2 si mamak ni mcm ketandusan idea tau.yg si sendat ni plak terkangkang2.xmalu ke? ske ar si mamak 2 tgk @#$%^ die.filem xde pekdah lgsg…..bazir duit je…pooooraaaaaaaahhhhh!!!!!!!
June 11th, 2009 at 3:11 pm
Kdg2 pelik tgk pelakon2 ni..kerana nk menjiwai watak, sanggup menjatuhkan maruah diri camtu sekali..ish3..apela nk jd!!..
June 12th, 2009 at 12:40 am
Mmg pun..filem2 Razak ni xde motif & merapu je…ape mesej yg nk d smpaikan pd masyarakat?????…yg menyedihkan tu..siap tunjuk scene2 yg amat x sopan & memalukan….
June 15th, 2009 at 11:00 am
eisshhhh……tak senonoh betul la dua-dua mahluk nie.
June 16th, 2009 at 3:14 pm
cm pnah wat jerk,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
June 20th, 2009 at 2:47 pm
fasha tu alang2 dah pakai kain batik…bukalah terus…barulah filem ni pecah panggung…..box office giler…boleh kalahkan hollywood dan bollywood….
June 22nd, 2009 at 3:03 pm
aq da tgk filem ni sblm kua wyg lg..
time fasha nape lme gile ek…
x tau ar kua wyg die ‘cut’ ke pe..
time artis len jap je..
jge maruah ko k.. sbg org ISLAM..
sme2 kt nasihat-menasihati… tQvm
July 9th, 2009 at 2:44 pm
i dah tgk< best giler, cite best banyak pilihan dan tahniah kepada pelakon dan pengarah prof razak. memang world klas. siapa tak tgk mesti rugi. best movie of the year. SKRIP 7707
July 27th, 2009 at 1:53 pm
besss???? ari ptama tayang aku da g tgk..excited giler…tp hampeh!!!!! dah abeh je cita tu, aku dgar smua org mngeluh…cita da ley dijangka..tak suspen..tambah2 scene si fasha sendat tuh..adeh! prof..agak2 la kalo nk wat antu bayi pn..nmpk sgt guna patung baby beli kat pasa malam..lawak gila…smua cita antu ni da dijngka..antu tak real,memalukan industri kita la kalo prof cadang nk pasarkan kat luar ngara..bek tak payah..harap plakon je mantop..tp lau jaln cita dia tak menarik, tak logik,bek tak payah wat..cuba tgk filem2 arahan allahyarhamah yasmin ahmad…suma ada motif wpn kdg2 ada kntversi..at least kita faham apa yg cuba disampaikan melaluli filem..bkn men hentam je wat filem..wish u all da best for coming film..k.
September 5th, 2009 at 10:10 pm
aq mnat sgt fasha sandha ni.. tp bile da tgk dye dlm keadaan brkemban nie n kang2 cm ni.. kecewanye aq sbgai pminat dye..huhuhu..
November 10th, 2009 at 7:02 pm
adoi fasha,,,,
macam mane la nak menghadap diri kepada ALLAH kelak ni,,,,
tunjuk semua bodi,,,
masyaALLAH,,,
ya ALLAH,,,
aku memang xsanggup kalau orang ISLAM masuk neraka..
tapi,,kalau diorang dah pakai sexy2,,,pastu kaki clubbing,,,
kaki lelaki/perempuan,,,bila dapat masuk syurga,,,
memang ALLAH itu tak adil…
tapi kawan2,,,ALLAH itu MAHA ADIL,,,
ALLAH akan bagi balasan yang setimpal dengan apa yang dia buat,,,
December 19th, 2009 at 2:33 am
knpe buat cm2,,,,nk bnuh dri ke ape…..baik mkn nasi lgi sedap
September 18th, 2010 at 11:27 am
memang betul pun komen2 diatas. tak perlu menghasilkan karya tentang budaya kita yang tidak konstruktif, jika atas dasar memberi pendedahan dan menceritakan tentang apa yang sedang berlaku, itu rakyat dah sedia maklum.. untuk membangunkan industri perfileman negara dengan masih mengekalkan kebudayaan dan sensitiviti orang malaysia (melayu) memang agak sukar untuk bersaing diluar sana, namun masih ada banyak lagi inisiatif yang boleh diambil dengan memberi idea2 yang lebih berfaedah.
cuma minda kena lebih pro aktif dan progresif, bukan sekadar memikirkan tentang keuntungan semata-mata dengan meletak target pada golongan yang tidak berfikir sebagai penonton yang akan melariskan filem2 tersebut. sincerely: bee
October 3rd, 2010 at 9:45 am
hei fasha kow sangup blakon cam 2.klau kte org x sgup lah nak ddk kangkang cam kaw 2 siap pgrah tlg ajar kaw .i hope u tawbat2 la sme
remember godd
December 27th, 2010 at 8:44 pm
cite cani namanye mendedahkan keaiban msyrkt mat mlysia.. patut la filem mlysia ni tak layak masuk pasaran lua
February 11th, 2011 at 1:51 pm
aku la apa2 je citer asal fasha sandha ada confirm aku tak nak tengok
semua kengkawan pun sama
ttp je tv