in , ,

Fasha Sandha Padam Video Nora Danish?

Sekitar minggu lalu, aktres Fasha Sandha ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya iaitu @fashasandha. Video berkenaan memaparkan visual Fasha dan aktres Nora Danish sedang bermain permainan lari dalam guni pada majlis hari jadi anak saudara Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik Fasha itu menimbulkan kontroversi dan mendapat kritikan hebat daripada pengikut-pengikut Instagram Fasha apabila terdapat visual Nora menarik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali sebagai Dre sebelum meninggalkannya dalam keadaan hampir terjatuh.

Dre merupakan anak tunggal lelaki yang kini akrab dengan Nora dikenali sebagai Nedim. Banyak yang mengeji dan mengkritik perbuatan Nora itu. Pada masa sama, ada juga peminat Nora yang mempertikaikan motif Fasha memuat naik video berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Kosmo! Fasha berkata, beliau tidak kisah dengan komen-komen tersebut memandangkan kebanyakan komen ditujukan kepada Nora. Namun Fasha turut memberitahu dia telah pun memadamkan video tersebut.

“Komen-komen tersebut tidak menyakitkan hati saya, sebaliknya menyakitkan hati pihak di sebelah sana (pihak Nora). Orang tidak kutuk saya tetapi kutuk dia. Bagaimanapun, saya sudah buang video berkenaan daripada Instagram saya. Sebab saya mahu melindungi dia (Nora), jadi saya mengambil keputusan memadamkan video berkenaan. Saya buang sebab mahu melindungi dia. Maaf, kalau boleh saya tidak mahu memanjangkan perkara ini sebab hubu- ngan kami sudah baik. Lagipun, bukan saya yang muat naik video berkenaan, sebaliknya pengurus saya.” – Sumber Kosmo!

Bagus betul Fasha, tindakan yang bagus!

Fasha Sanda sebagai Kak Lola dalam telemovie 'Cinta Mat Semperit'

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajai Muncul Dengan Single Terbaru ADUH

Geng Lawak di Dewan Plenari PICC Putrajaya