Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Fasha Sandha, Azhar Sulaiman dalam Drama Rahsia Shaliza



Cerekarama: Rahsia Shaliza, 14 Ogos, Sabtu, jam 10.00malam

Ketenangan di pejabat GG Holding Sdn Bhd dikejutkan dengan suara Hisham menengking Shaliza. Hisham yang terkenal dengan sikapnya yang lembut, warak dan penuh karisma tidak pernah berkelakuan begitu.

Hisham memecat Shaliza dengan notis 24 jam tanpa Shaliza diberi peluang untuk membela diri. Hisham menuduh Shaliza cuai sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian. Shaliza tenang menerima surat pemecatannya.

Dia mengeluarkan wang simpanan dan membayar ganti rugi tersebut. Semua kakitangan percaya dengan pertuduhan Hisham dengan mengatakan bahawa Shaliza hanya nampak baik secara luaran dan bertudung litup namun dia sebenarnya tidak ubah seperti gunting dalam lipatan.

Namun, Suchitra tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan pemecatan Shaliza. Dia nekad untuk mencungkil hal yang sebenar. Shaliza pulang ke kampung untuk menenangkan fikiran. Tetapi cerita mengenai pemecatan Shaliza tersebar luas di kampung.

Ini semua angkara Hisham yang kebetulannya berasal dari kampung yang sama. Hisham menyebarkan fitnah bahawa Shaliza pecah amanah dan mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Mira, isteri Hisham sedih dan kecewa dengan sikap Shaliza. Apakah yang sebenarnya telah terjadi hingga menyebabkan Hisham begitu benci dengan Shaliza?

Pelakon: Fasha Sandha, Azhar Sulaiman, Arash Mohd., Hafizuddin, Rebecca Nur Islam

Pengarah: Haris Kadir

Fasha Sandha

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Fasha Sandha Menang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH2010
  • Fasha Sandha dan Kerusi Rehat di Lokasi Drama Kontrak Cinta
  • Gambar Fasha Sandha di Sidang Media Drama Dia Atilia
  • Gambar Anak Isteri Azhar Sulaiman
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • Azhar Sulaiman Tayang Bontot?



    • kirana

      even de azhar sulaiman, tp dek si sendat ni nyer psl,aku xtgk pn cite ni…dh xde org len ke?xfofuler pn xpe,janji xde pelakon yg sengal mcm ni.

    • Hamba Allah

      Aku pun dah malas nak nengok citer ni…sbb pelakonnya adalah si pacat ni ha! Kot Tiz Zaqyah ke….mesti aku dulu yg booking tempat duduk depan kat ruangtamu…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK