Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









FAROUK HUSSIEN DALAM WARUNG KITA DI ASTRO PRIMA



“WARUNG KITA”
Program baru yang mengajak penonton menjamu selera di Astro Prima

Astro sentiasa berusaha gigih untuk meneruskan tradisi cemerlangnya dalam memberikan perkhidmatan bermutu kepada para pelanggan melalui kepelbagaian pilihan rancangan kepada golongan sasaran tertentu. Ini sejajar dengan matlamat Astro untuk menjadi peneraju dalam usaha menjadi sebuah pusat informasi lengkap yang berpengaruh untuk memberi pendedahan dan didikan penting dalam bentuk hiburan kepada seluruh masyarakat secara amnya. Sehubungan dengan itu, Astro Prima (saluran 105) dengan bangganya mempersembahkan Warung Kita, sebuah program baru yang mengajak para penonton menjelajah ke seluruh pelusuk Malaysia untuk menjamu selera.

Warung Kita akan dihoskan oleh pelawak terkenal tanah air yang tidak asing lagi iaitu Farouk Hussien dan juga Azrul Zaidi yang cukup dikenali menerusi  program Lawak King. Pemilihan mereka berdua sebagai hos rancangan sememangnya tepat dan sesuai dengan program yang berkonsepkan santai ini. Saksikan pelbagai aksi dan gelagat spontan mereka sepanjang misi penjelajahan ke lokasi-lokasi hebat di seluruh Malaysia khusus untuk menjamu selera.

Mereka telah diberi tanggungjawab untuk memperkenalkan warung-warung terpilih yang menyediakan pelbagai juadah istimewa untuk dinikmati ketika sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam dengan harga yang cukup murah dan munasabah. Bukan itu sahaja, para penonton juga berpeluang untuk mengetahui apakah ramuan serta resipi-resipi hebat yang menjadi rahsia di sebalik keenakan pelbagai juadah yang sememangnya mengecurkan dan menyelerakan.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, “Kami di Astro Prima sentiasa peka dengan kehendak para pelanggan dalam membekalkan pengisian yang bukan sahaja dalam bentuk hiburan semata-mata, bahkan turut menyelitkan pelbagai informasi dan tips-tips hebat yang relevan dan boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kepada para pelanggan. Ini adalah selari dengan pendirian Astro untuk memastikan pembangunan seni industri dapat dicapai. Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati apabila diberi peluang untuk menyampaikan mesej kandungan tersebut kepada para pelanggan.”

“Program Warung Kita ini disasarkan kepada para penonton yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun terutamanya para suri rumah. Program  Warung Kita dapat memainkan peranan penting dalam usaha menyemai sikap cintakan makanan tempatan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Bukan itu sahaja, penghasilan program-program seumpama ini juga dapat membantu usaha untuk memperkenalkan pelbagai juadah tempatan yang enak dan menyelerakan kepada para penonton serta secara tidak langsung boleh menarik minat pelancong yang datang ke negara ini untuk mencuba keenakkan juadah-juadah tersebut.,” ujar Nizam lagi.

Beliau juga menambah, “Terdapat banyak tempat makan atau lebih tepat lagi dikenali dengan panggilan warung makan yang menawarkan pelbagai jenis juadah lazat di Malaysia. Warung-warung ini bukan sahaja menjual makanan enak untuk sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam bahkan turut menyajikan pelbagai jenis kuih-muih yang cukup sedap dan sesuai untuk dimakan sewaktu minum petang dengan harga yang cukup berpatutan. Program Warung Kita amat berbesar hati untuk  berkongsi maklumat ini bersama para penonton Astro Prima.

Program Warung Kita akan cuba membuktikan kepada para penonton bahawa kita boleh menikmati pelbagai juadah enak dan menyelerakan dengan harga yang cukup murah dan berbaloi. Bukan itu sahaja, program ini dapat membantu untuk mempromosikan keistimewaan warung-warung tersebut secara lebih komersil dan dengan secara tidak langsung ini dapat menarik minat orang ramai untuk datang sendiri ke warung-warung tersebut dan mencuba juadah-juadah lazat yang dijual.  Program ini juga turut menyelitkan tips-tips hebat mengenai pemakanan yang sihat dalam setiap segmen yang disediakan.

Program 23 episod ini akan menjelajah ke setiap pelusuk negeri di Malaysia untuk mendedahkan rahsia keistimewaan resipi-resipi juadah lazat yang menjadi tarikan utama di setiap negeri yang terpilih. Antara juadah enak yang akan dipersembahkan termasuklah ikan dan ayam panggang, sup daging, kerutup daging, ayam goreng serta pelbagai jenis ulam seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan cencalok sebagai pembuka selera yang begitu menyelerakan.

Jangan lupa saksikan gelagat Farouk Hussien dan juga Azrul Zaidi di dalam program Warong Kita yang berdurasi selama 30 minit bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 7.30 malam, bermula pada 6 Januari 2009 menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Raya Ke-4: Momok The Movie
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Suria Di Cordoba di Astro Prima
  • Karnival & Konsert Suara Kami Anjuran Astro
  • Sinopsis Momok The Movie
  • Drama Susuk Musim Kedua Lebih Menyeramkan?
  • Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media
  • Di Sebalik Din Beramboi Mior Ahmad Fuad



    • IDura

      Just nak share apa dan dimana aku suka menjamu selera:-
      1) Kalau nak makan ABC Special paling best dkt area Kg Melayu Majidee, JB belakang Esso. Tak ingat nama gerai tapi depan NAMA GERAI “Azmi….” Apa yg best ABC dia adalah ada ais krim yang dicurah dengan coklat atasnya dan ditabur dengan kacang tanah yg ditumbuk kasar…memang best semangkuk harga RM3.
      2) Steamboat yg best dkt Taman Gaya,JB jalan nak ke kota tinggi. Restaurant Cina ala bufet tapi ramai muslim yg datang makan disini. Tak ingat nama restaurant. Satu kepala kurang dari RM20 boleh makan sepuas hati. Boleh Grill dengan Steamboat, tapi masak sendiri. Jadi kita cuma pilih barangan mentah untuk dimakan. dia ada sediakan kuah tomyam dan sup.Ada ayam,Udang,ketam,Sotong,Sate,Kupang,lala,frozen food dan mcm2 pilihan. Aku paling suka aiskrim dia. bermacam2 flavour. memang best ler…
      3) Roti Bakar yang sedap adalah di railway station kluang. Aku rasa kaya dia mcm rasa karamel plak. Kaya dia buat sendiri ditambah dengan butter memang marvelous. Biasa aku order dengan Pau Sambal. Hanya dekat stesen keretapi kluang je yang sedap kedai cawangan dia tak kick kalau pau sambal dia. Aku jenis tak pandai minum Kopi, tapi bila pekena kopi ais dekat railway ni aku jadi suka minum kopi.
      4) Cendol yang aku suka adalah dekat Simpang Renggam. Just gerai tepi jalan ditengah deretan kedai bahagian depan yang menghadap balai polis.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK