in

Farish Aziz Buat Liputan di Brazil Untuk Suria FM

Menjelang beberapa hari lagi sebelum sepak mula Piala Dunia berlangsung, Suria FM dan Suria FM Sabah tidak ketinggalan dalam menghidupkan semangat bola sepak kepada semua pendengar. Segalanya dalam Kecoh Bola di Suria FM, dibawakan oleh Dashing dengan kerjasama Talk Sport UK.

Bertemakan Piala Dunia di Brazil, kempen Kecoh Bola di Suria FM ini membawakan kapsul yang berisi info, berita terkini serta pelbagai maklumat tentang Piala Dunia dengan kerjasama Talk Sport UK, sebuah portal sukan yang terkenal di UK. Setiap kapsul Kecoh Bola di Suria FM ini berdurasi selama 60 saat dan diputarkan setiap satu jam bermula 1 Jun 2014 yang lalu dan akan berakhir pada 13 Julai 2014.

Antara kapsul-kapsul yang diputarkan di Suria FM dan Suria FM Sabah adalah Destinasi Brazil dimana ia memberikan info tentang pemain-pemain yang bakal beraksi, stadium yang akan digunakan serta perlawanan-perlawanan bola yang akan berlangsung.

Selain itu terdapat kapsul Spotlight Brazil dimana ia lebih tertumpu kepada pelbagai temubual pemain bersama dengan Talk Sport UK, analisis sebelum dan selepas perlawanan serta pandangan dari pemain bola sendiri, jurulatih, wartawan sukan dan peminat bola sepak. Ada juga Kapsul Sejarah Piala Dunia dimana ia menceritakan mengenai sejarah Piala Dunia serta sejarah negara-negara penganjur terdahulu.

Kapsul yang terakhir adalah laporan harian Piala Dunia dimana pendengar boleh mendapatkan maklumat tentang keputusan perlawanan, berita terkini mengenai pemain-pemain, laporan menyeluruh sesuatu perlawanan serta ramalan keputusan.

Menurut Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin:

“Kami amat teruja untuk sama-sama terlibat dalam acara sukan yang paling dinantikan ini. Selain itu, kami berbangga dapat bekerjasama dengan Dashing serta Talk Sport UK dalam menyampaikan pelbagai info berkaitan Piala Dunia di Suria FM dan Suria FM Sabah. Segalanya dalam Kecoh Bola di Suria FM, jangan lepaskan peluang untuk dengarkan kami.”

Istimewanya lagi, penyampai Suria FM Sabah, Farish Aziz akan ke Brazil untuk menyaksikan perlawanan pertama Brazil menentang Crotia dan akan memberikan maklumat secara langsung kepada para pendengar Suria FM. Segalanya tentang Piala Dunia di dalam Kecoh Bola di Suria FM.

Kecoh Bola di Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Bersama Band NIDJI

Teater Muzikal Mencorak Destini Perjuangan Maruah & Airmata