in ,

Fareez, Mya, Han & Ebba Teruja Jadi Protege Mentor Milenia

Ratusan uji bakat telah dibuat oleh Akim dan Hazama dalam misi mencari protege mereka untuk saingan Mentor Milenia kali ini. Dalam pencarian ini, Akim lebih mengutamakan bakat yang mempunyai karektor suara tersendiri manakala Hazama menginginkan seseorang yang boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil.

Konsert kedua Mentor Milenia yang berlangsung pada hari semalam telah menyaksikan Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ) dan Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA) terpilih sebagai protege Hazama manakala Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN) dan Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA) sebagai protege Akim.

Untitled

Fareez, Mya, Han & Ebba TERSENARAI SEBAGAI PROTEGE
Saingan Hebat Untuk Gelaran Juara Mentor Milenia Kini Bermula

[dropcap]T[/dropcap]irai konsert Mentor Milenia digemparkan oleh Akim dan Hazama dengan rangkaian lagu ‘’Mana Mungkin’’ dan ‘’Idola’’ sebagai persembahan pembukaan. Bakal protege Akim, Meen memulakan persembahan pertama dengan lagu ‘’Jawapan Kekasih’’dan diteruskan oleh Ebba dengan lagu ‘’Love Me Like You Do’’. Han pula melengkapkan persembahan menerusi lagu pilihannya ‘’Darah Muda’’.

Bagi protégé pilihan Hazama, masing-masing menyanyikan lagu ‘’Terima Kasih Cinta’’ (Ebal), “Like I’m Gonna Lose You’’ (Mya) dan peserta terakhir, Fareez telah menyampaikan lagu ‘’Aku Mahu”.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam, Mentor Milenia, program realiti terbaharu TV3 bertujuan mengasah bakat-bakat muda dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama & Rancangan TV3 & TV9:

“Alhamdullilah, Mentor Milenia telah menerima sambutan hangat sejak siaran pertama pada 3 Januari 2016. Selain berjaya mencatat jumlah penonton lebih daripada 2.5 juta pada episod kedua, #MentorMilenia juga menguasai trending topik dunia dan Malaysia sepanjang siaran langsung tersebut. Harapan besar kami agar program ini terus mendapat sambutan hebat daripada orang ramai.”

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program Mentor kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, Mentor Legend telah dinobatkan sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Untitled

Berlainan dengan musim-musim sebelum ini, Mentor Milenia menampilkan empat artis popular yang merupakan idola golongan muda untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur. Terkenal dengan kekuatan vokal dan sentiasa memukau penonton ketika beraksi di pentas, mereka jelas mempunyai kualiti untuk menyandang tanggungjawab sebagai mentor.

Malahan, mereka juga bukanlah nama asing yang bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam industri hiburan sehingga berjaya dalam usia muda boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda yang berazam untuk berjaya seperti mereka.

Mentor Milenia bersiaran sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.

Selepas dua sesi pemilihan protege di dua konsert pengenalan Mentor Milenia, lapan protege akan bertanding dalam lima konsert mingguan bermula 31 Januari 2016 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Mentor Milenia memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.

Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia. Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Mentor Milenia ini turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.

Sidang produksi Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit.

Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #MentorMilnenia untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini masih boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Berikut ialah senarai mentor dan protege:

Mentor Kriteria Protege Nama Protege
Hazama Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ)

18 tahun, Selangor

Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA)

20 Tahun, Pahang

Iqbal Bin Jaafar (EBAL)

20 tahun, Negeri Sembilan <tersingkir>

Azlan Vokal yang mantap

Kesungguhan yang tinggi

Mental dan fizikal yang kuat

Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain (NURI)

17 tahun, Kuala Lumpur

Nur Izzati Binti Mohd Rashid (ZETTY)

21 tahun, Pahang

Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan (AIN)

17 tahun, Kuala Lumpur <tersingkir>

Akim Mempunyai karektor suara tersendiri

Penampilan yang baik

Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN),

20 tahun, Kedah

Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA), 20 tahun, Kuala Lumpur
Yusmeerunafishah binti Yusoff (MEEN),

20 tahun, Johor <tersingkir>

Black Tak kacak asal bergaya

Suara pertama, muka nombor dua

Sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu

Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri (WANIE)

21 tahun, Selangor

Rossaidi Bin Abdul Rani (QODY)

21 tahun, Kedah

Ridzuan Haqiem Bin Rusli (HAQ)

17 tahun, Selangor <tersingkir>

Foto kredit: TV3 Malaysia

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Merawat Hidung Tersumbat Sewaktu Tidur

Pasukan TRW Hilang Intergriti Kerana Datuk Vida – Afdlin Shauki