Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Farahrizan Dibebaskan & Ulangtahun Ke-2 Budiey.com



Budiey BlogFarahrizan, penyampai berita Astro Awani dan juga pelakon pembantu dalam Drama Frontpage di NTV7 telah pun dibebaskan. Semoga mendapat pengajaran dan teladan di masa mendatang. Jom buka lembaran baru… Selamat tahun baru 2009 buat semua pembaca dan selebriti yang menjadi pembaca setia blog ini.

Tanggal 7 Januari ini, maka genaplah 2 tahun usia Sensasi Selebriti bernafas di dunia maya…. agak-agak korang apa program atau aktiviti yang boleh kita anjurkan sempena meraikan ulangtahun ke-2 Budiey.com ni? Tengok wayang? Gathering…? Haha Budiey ingat nak belanja korang tengok citer seram KM21 kat TGV KLCC. Ok tak?

Penyampai berita, pelakon dibebas
Ditahan ketika sertai pesta dadah rai tahun baru

KUALA LUMPUR: Penyampai berita stesen televisyen swasta, Farahrizan Abdul Razak, 23, dan pelakon wanita sambilan yang ditahan bersama 24 yang lain kerana disyaki menyertai pesta dadah pada malam tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.

Mereka dibebaskan sementara menunggu hasil ujian air kencing kedua dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, berkata 25 orang termasuk lapan yang positif dadah dalam ujian saringan pertama dibebaskan, kelmarin manakala seorang lagi masih ditahan.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu hasil ujian HKL terhadap personaliti televisyen dan pelakon sambilan bersama tujuh lagi yang dibebaskan atas jaminan polis sementara yang dijangka diperoleh dalam masa dua minggu.

“Selepas hasil ujian kedua diperoleh, semua lapan yang dibebaskan atas jaminan polis akan dipanggil semula untuk tindakan susulan. Bagaimanapun, lelaki berusia 25 tahun yang juga seorang daripada sembilan positif dadah, masih ditahan kerana dipercayai membekalkan dadah yang ditemui ketika serbuan. Esok (hari ini), kita akan menyerahkan kes ini kepada pendakwa raya untuk diteliti sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kang berkata, 17 lagi peserta pesta itu yang sudah direkodkan keterangan dibebaskan tanpa syarat kerana tiada kesan dadah ditemui ketika ujian air kencing pertama.

Farahrizan dibebaskan bersama pelakon sambilan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, kira-kira jam 7 malam.

Semua mereka diberkas anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kuala Lumpur ketika menyerbu bilik ditempah khas di Tingkat 11 hotel berkenaan kira-kira jam 3 pagi, Khamis lalu. Pesta itu dipercayai dianjurkan sepasang suami isteri berusia lingkungan 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tiga minggu lalu.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Diana Danielle & Imran Ajmain Sempena Ulangtahun Budiey.com
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Ucapan Ikhwan Bong Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Ucapan Awal Ashaari Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Farahrizan Abdul Razak Astro Awani Ditangkap Pesta Dadah & Parti Seks Orgy
  • Ucapan Pembaca & Budiey Sempena Ulangtahun Ke-2 Budiey.com
  • Ucapan Selebriti Sempena Ulangtahun Ke-2 Budiey.com



  • 16 Komen untuk entri “Farahrizan Dibebaskan & Ulangtahun Ke-2 Budiey.com”

    1. safafina kata:

      7 Januari ini, maka genaplah 2 tahun usia Sensasi Selebriti bernafas di dunia maya..

      apa kata buat t-shirt khas sensasi selebriti@budiey.com ok x? haha
      pas tu wat gathering cam kenduri kesyukuran.. x salah kan..

    2. ohi2 kata:

      aah buat mkn2…baru mesra…kalau tengok wayang,lepas tengok terus balik…tak mesralah gtu…mkn roti canai pun dah ok budiey..

    3. june kata:

      ler budiey…wat gathering..org2 jauh cam sya ni camno..nk gak beramas mesra gan yg lain..

    4. shima kata:

      Ye betul tu june, mcm i nie org jb.. x kan nk turun kl lak…

      apa kata yg jauh2 nie budiey.. hadiah kan t-shirt x pun cenderahati dr budiey.. mcm na ok x?

    5. vote me kata:

      Happy birthday to Budiey.com!

    6. ikram84 kata:

      tapi pelik lah… macam maan polis lepas pulak? maksud saya jaminan sementara tu…

      setahu saya lah… normal 14 hari baru boleh lepas dari lokap…

      bukannya apa, mereka semua orang awam juga… tiada beza artis dengan orang awam… atau pun kalau jadi artis mereka semua ada keistimewaan khas?

      pelik tul malaysia ni

    7. Obefiend kata:

      budiey belanja makan KFC pun dah bagus budiey. lihat budiey aku menaip dalam bahasa melayu lagi budiey khas untuk entry ni

      kao tak bangga sama aku ka budiey

      HAHAHA

    8. ohi2 kata:

      jgnlah mintak budiey belanja mahal2..sian dia…baik kumpul duit tu buat kawin..

    9. ummie cute kata:

      Klu nak buat t-shirt tu..ok gak ..tp klu nak buat kenduri makan2..tak ok la kot sebab kami ni ddk kat belah utara..jenuh gak la nak p kl..
      happy birthday to Budiey.com.. semoga terus suksess.. b’day Budiey .com sama ngan budak nama AHMAD QHAIRIL ADHA B JUWARI MAZUAN…semoga ALLAH melindungi dan memberi rezeki melimpah ruah dan semoga d pnjangkan umur… Ummie LOVE u…

    10. Reena Shah kata:

      Congrats budiey! hope u will be successful forever, insyaAllah

    11. niza kata:

      semoga berjaya demi blog sensasi,wahhhhhh gitu…..semoga murah rezeki,dan berbahagia dgn mahligai yg bakal dibina…aminnnn

    12. ohi2 kata:

      alaaaa….takpelah kalau budiey nak belanja mkn pun…sapa yg dok jauh tu anggap jelah kitorg yg kat kl ni tolong mknkan ye..hehe..

    13. mamapapa kata:

      selamat ulangtahun kg ke 2 untuk sensasi selebrit nie…semoga berita2 artis tanah air akan sentiasa dekat dengan pengunjung blog budiey….

    14. ohi2 kata:

      aku rasa blog budiey ni takdelah kutuk artis sgt..takdelah dedahkan yg bukan2..biasanya lebih kepada perjalanan hidup artis dah story terbaru artis dan filem atau drama terbaru tempatan dan luar negara..

      sapa yg rasa blog ni tak elok jgnlah bukak langsung..takdelah diri tu bersubahat..elok sgtlah tu nak ajak org membenci sesama sendiri tak tentu pasal..

    15. adekepatut kata:

      hidup blog budiey………sempoi

    16. cinta kata:

      eh..eh..camne undang2 kt malaysia ni…sepatutnya kena tahan lokap smpai 2 mnggu sementara tggu keputusan ujian air kencing tu baru boleh bebas kalau x ada dadah…mentang2 org kaya or celebriti undang2 boleh buat sesuka hati polis je plak ya….

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK