Farah Asyikin di Pelancaran Koleksi Jam Roscani Trouvaille Ceramic
Pada 10 Disember lalu, jam 8.30 malam, duta jam mewah Roscani; Farah Asyikin telah mengadakan showcase nya sempena dengan pelancaran koleksi jam Roscani Trouvaille Ceramic di Plaza TTDI. Acara yang diadakan di ruang legar itu dihadiri oleh selebriti dan juga peminat Farah Asyikin sangat meriah juga.
Yang bertuahnya, setiap media yang datang diberi hadiah jam Roscani bernilai RM470 setiap satu. Wah, bergaya sakan la korang ek dengan jam baru. Ini kali kedua, media yang hadir telah dihadiahkan jam. Murah hati betul Roscani. Terima kasih Roscani~! Ironinya, jam pertama yang Budiey dapat tu kebetulan dengan hari jadi Budiey pada 1 Ogos lalu dan kali kedua ini serentak dengan majlis yang Budiey raikan sehari sebelumnya. Hehe…
Selain terhibur dengan persembahan duta Roscani, hadirin juga turut fesyen show yang diadakan serentak dengan showcase. Ramai juga selebriti yang datang. Budiey ada jumpa dengan pelakon Ashraf Muslim dan kekasihnya, Sherry Ibrahim, Iz OIAM, Rain, Audi Mok dan Imran Ajmain.
Persembahan Farah Asyikin memang tidak menghampakan. Sentiasa bertenaga dengan vokal yang mantap. Namun, ada beberapa media yang mengadu dengan Budiey tidak selesa dengan event yang diadakan di tempat terbuka dan juga dengan aturcara yang tidak berapa tersusun dan lancar. Bagi Budiey, itu biasalah, mungkin ada sebab showcase ini diadakan di tempat sebegini. Apa-apa pun, korang dah dihadiahkan jam dari Roscani, jadi, hargailah pemberian itu.
Farah Asyikin tidak lupa untuk mendendangkan lagu terbarunya, iaitu Hello. Ada seorang kawan Budiey cakap, penampilan Farah sekarang ini agak seksi sikit. Hehe, memang daring sikit je la.
Menyentuh pasal koleksi terbaru, Roscani telah memperkenalkan jam terbaru iaitu Roscani Trouvaille Ceramic yang didatangkan dengan 4 warna berbeza reka bentuk dan dibuat dengan ceramic sebagai material utama. Sangat mesra dengan semua jenis kulit. Tidak alergik. Sangat selesa di pakai. Kualitinya bagus!
Harga di pasaran RM578 hingga RM788.




Tags: Farah Asyikin
Tags: Farah AsyikinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





December 12th, 2008 at 2:11 pm
her skin is rough. she should be endorsing skincare product! lol
December 12th, 2008 at 2:24 pm
Skincare product pun takut nak amek dia jadi duta ! ahaks!
December 12th, 2008 at 8:19 pm
cantiknyee…jam tu….bkn stakat seksi je Farah Asyikin skrang ni tp ni dah nmpak tembam sket..Guna le produk SIY…hehehe
December 16th, 2008 at 4:06 am
*umphhh …*
April 21st, 2009 at 12:24 pm
farah.. tolonglah ubah hairstyle u.. u nampak so messy tau. sori if i menyinggung perasaan u.. juz 2 make u have a better look
April 27th, 2009 at 11:37 pm
yesss… sis farah skunk nie memang
makin sexy larhh..!!! taw ah yg sis
skunk dah single balik.. but sis kene
ah jage cikit care fesyen sis nie
yeahh..!!!