in , ,

Farah Asyikin Cerai Talak Satu Dengan Zaahier Stanley

Penyanyi Farah Asyikin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier sebanyak RM100.

Farah Asyikin

Terdahulu, Mohd Fateh yang juga pegawai Sulh ketika membentangkan laporan hakam kepada mahkamah mensabitkan wujudnya ‘Shiqaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan mencadangkan agar perceraian dibuat secara tebus talak.

Zaahier Stanley. Jelasnya lagi, selain tidak berkomunikasi dan tinggal berasingan hampir dua tahun, Farah turut didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.

Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Farah Asyikin

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert ELLA 2016 di Stadium Malawati Shah Alam

Enam Penyanyi Popular Bakal Jayakan Konsert Raja & Rakyat Berpisah Tiada