Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Farah AF2 Bertudung Dalam Rasa Halal Orient Astro Oasis



Semalam (27 Mac 2008), Budiey telah menghadiri satu Majlis Pelancaran Program Rasa Halal Orient yang diadakan di tingkat 10, Residence Lounge, Hotel Prince, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada jam 3 petang. Antara yang hadir, Farah AF2 selaku hos program, Imam Haji Mohd Fudail Ma yang diundang khas dari Xian, Encik Erland Kok dari E-Style Sdn Bhd selaku penerbit Program yang berkonsepkan Travelog Islamik ini.

Foto: Program dilancarkan dengan menjemput Iman Fudail Ma melakarkah kaligrafi Rasa Halal Orient dalam tulisan jawi. Disaksikan oleh Encik Izelan Basar, pengurus besar Astro Oasis, Farah dan penerbit.

Dalam program TV yang akan disiarkan di saluran Astro Oasis, setiap Jumaat jam 10.30 pagi ini, Farah Breeb-breeb selaku hos akan bertudung bagi mengacarakan program yang dirakamkan di Xian, China ini. Sebenarnya, program yang berbentuk pendidikan ini akan menampilkan resepi halal dari China. Untuk satu episod terdapat 2 resepi dan lebih 300 resepi telah pun dipelajari oleh Farah akan diutarakan kepada penonton. Antara resepinya ialah terong bercili, wup teratai, tauhu pedas, mee bebola daging dan banyak lagi.

Selain menampilkan resepi masyarakat Xian, Rasa Halal Orient turut menjelajah ke Great Mosque dan 2 buah masjid di Xian. Juga akan membawa penonton menjelajah ke Muslim Street dan restoran-restoran yang menyajikan makanan halal di Xian.

Budiey merasakan program ini begitu santai, mesra dan dekat dengan jiwa penonton. Sesuai dengan pemilihan Farah yang ceria dan riang ria serta lebih spontan di hadapan kamera. Selama 15 hari, Farah telah menjalani pengambaran di Xian China bermula 26 Januari 2008. Turut menampilkan tetamu istimewa yang datang untuk melancarkan program ini, Imam Haji Mohd Fudail Ma. Farah terpaksa menyesuaikan dengan cuaca sejuk di sana. Khabarnya, dek terlalu sejuk Farah agak sukar untuk menghoskan program ini.

Program baru ini akan dibawa ke Indonesia untuk ditayangkan di saluran Oasis di sana. Untuk masa depan, Astro Oasis akan membawa seorang hos dari Indonesia menemani Farah untuk ke negara lain seperti Korea dan negara berdekatan.

Jom tonton Farah menjelajahi Xian China dalam Rasa Halal Orient yang akan disiarkan bermula 18 April 2008, setiap Jumaat, jam 10.30 pagi secara eksklusif di Astro Oasis (saluran 106 Astro)

Terima kasih Siti Marlina atas jemputan.

[tags]farah, rasa halal orient, resepi melayu, fudail ma, imam, how to be good imam, resepi bubur, resepi gulai, chef wan, anak chef wan, oasis, gurun sahara[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sidang Media Program TV Rasa Halal Orient di Hotel Prince
  • Gambar Terbaru Farah di Sidang Media Pengumuman Calon Pelajar AF7
  • Farah Diana Anuar Kini Bertudung
  • Farah Breep Breep Pelakon Drama Glam Arahan Woo Ming Jin
  • Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro
  • Japanese Traditional Costume Day at Pavilion KL
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Gambar Fasha Sandha dan Farid Kamil Cium Mulut Superimpose?
  • Prebiu Astro Megadrama Gadis Cuci & Dua Marhalah
  • Profile Raja Farah Pelakon Drama Gadis Dari Bintang



    • papadom

      sejuk papadom melihat Farah AF2 ni..apapun..kurangkan sikit ‘keketatan’ baju tu..lebih elok rasanya kalau longgar sedikit lagi..chaiiyyyokk

    • lan

      lawa la farah bila bertudung..

    • http://www.youtube.com/dianashasha dianashasha

      It would be nice if she wears it sincerely not because of the dollars and the tour that she received in conducting this kind of event. She has that kind of sweet looking face with that tudung, keep it up!

    • mawar

      setuju ngan papadom..rsanye farah kna pakai bju yg lnggar sket le tuk nmpk lbih manis..huhu..

    • popaleweh

      popaleweh!!!!!!!!!!
      bagus ………
      teruskan………
      bukan kerana dollar & cents semata2……….

    • http://mix-download.blogspot.com wawakutan

      rasanya kalau nak berfesyen biarlah berpadan dengan GAYANYA

    • farra

      hm,,comey pon kak farah b’tudug…

    • orang jauh

      Makin cantik bertudung. Alhamdulillah…

    • http://- Nora

      Farah cantik pakai tudung. Macam mana nak dapatkan resepi-resepi dalam rancangan Rasa Halal Orient?

    • mokcikito

      apa…kat rancangan halal Orient jer ker cik nak bertudung.? bila rancangan lain…. cik bukak tudung….tak baik tau mempermainkan hukum. buatlah kerana hati yang ikhlas…

    • remudarock

      memang la cantik klu pmpuan bertudung

    • biah

      Cantik Farah pakai tudung………teruskan.

    • farah

      cantik sungguh farah bertudung



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK