in ,

Fantasi Seram Adventure dalam Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama – Sebuah kelainan dari Afdlin Shauki. Gabungan Mantap Hans Isaac dan Que Haidar

Pada jam 8 malam semalam, telah berlangsung Malam Gala Filem Misteri Jalan Lama di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Turut dihadiri oleh pelakon-pelakon yang membintangi filem ini. Budiey kira, filem ini ada keunikan tersendiri. Turut menampilkan pengacara terkenal, Marion Caunter yang menjadi orang Nian. Walaupun hanya beberapa scenes, namun cubaan pertama Marion memang boleh diberi pujian.

Syabas untuk Afdlin Shauki dan semua pelakon & krew yang menjayakan filem ini.

Misteri Jalan Lama

Penutup bagi tahun 2011 ini, Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) akan tampil dengan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki Misteri Jalan Lama (MJL). Filem ini diwarnai dengan gabungan mantap pelakon versatil di Malaysia, Hans Isaac dan Que Haidar bakal menemui penonton 24 November ini.

Que Haidar (Ilya) dan Hans Isaac (Indra) melakonkan sebagai pasangan adik-beradik yang berseteru lebih dari 15 tahun. Konflik tercetus apabila kematian ayah mereka, memaksa mereka berjumpa demi melunaskan wasiat arwah bapa mereka. Pelbagai kejadiah aneh yang berlaku sepanjang penerokaan mereka melalui jalan lama.

Apa yang istimewa tentang filem yang menelan belanja sebanyak RM1.8 juta ini, Lari daripada kebiasaan filem arahan pengarah ‘Filem Terbaik FFM ke- 22’ ini, Afdlin bakal membawa hiburan yang berbeza dan cukup baru buat penggemar filem Melayu menerusi MJL. Sesuai dengan bentuk ceritanya, filem itu telah menjalani penggambaran di beberapa kawasan hutan termasuk Hutan Belum, Perak dan Hulu Langat serta Gombak di Selangor. Selain daripada penampilan kostum dan prop yang agak menarik, Beberapa babak juga telah dirakamkan di hadapan skrin hijau, di dalam studio, berikutan beberapa sentuhan CGI akan digunakan bagi merealisasikannya menjadi sebuah filem fantasi drama.

Selain daripada gabungan mantap Que Haidar dan Hans Isaac filem ini dibantu juga oleh pelakon-pelakon ternama tanahair seperti Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Nasir Bilal Khan, Afdlin Shauki, Vanida Imran , Marion Counter, Namron, Liyana Jasmay, Sari Yanti, Sabrina Hassan, Adam Corrie Lee, Sobri Anuar dan Allahyarham Yalal Chin. Jika sebelum ini Afdlin lebih terarah kepada filem komedi, namum kali ini beliau tampil membuat kelainan dengan filem yang berbentuk Fantasi Drama.

Terdahulu TUSB bekerjasama bersama Lebuhraya SMART untuk digunakan sebagai salah satu laluan konvoi bagi mempromosikan MJL. Dengan penglibatan 80 buah kereta mini kompak yang akan melalui Lebuhraya SMART dan jalan-jalan utama di sekitar ibukota pada 26 October yang lalu. Kereta dibawah Kelab keicarmania yang tertera sticker 3D MJL akan menjelajah keseluruh semenanjung Malaysia bagi mempromosikan filem ini. Kerjasama bersama Keicamania ini adalah kali ke-2 setelah bekerjasama melalui Tolong! Awek Aku Pontianak manakala bersama SMART adalah kerjasama pertama diadakan.

Tarikh Tayangan 24 November 2011
Pengarah Afdlin Shauki
Terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd

Sinopsis
Sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang. Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta menghantar Ilya ke sebuah tempat. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebenarnya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? nantikan filem Fantasi Drama pertama arahan Afdlin Shauki ini bakal menemui penonton pada 24 November 2011.

Misteri Jalan Lama

Scene Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama

Scene Misteri Jalan Lama

Scene Misteri Jalan Lama

Scene Misteri Jalan Lama

Scene Misteri Jalan Lama

Misteri Jalan Lama

Budiey kasi 2.5/5 bintang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati

Alyah, Stacy, Yuna, Ning Baizura, Hafiz Berentap di Separuh Akhir Muzik Muzik 26