in ,

Fakta Tentang Drama Siri HALFWORLDS Yang Anda Perlu Tahu

Bront Palarae dan Reza Rahadian, para pelakon siri Original HBO Asia terbaru, HALFWORLDS, bersama dengan produser eksekutif Erika North, serta pelakon jemputan berusia lapan tahun, Puteri Balqis, bertemu dengan pihak media di Grand Hyatt Kuala Lumpur hari ini untuk memberi pandangan mereka terhadap watak-watak mereka dan membincang tentang penglibatan mereka dalam siri seram lapan episod ini.

Di dalam HALFWORLDS, penjelmaan makhluk dan iblis dari cerita dongeng Indonesia mengambil rupa manusia dan membentuk puak makhluk ghaib yang dikenali sebagai Demit. Puak Demit ini telah menyusup ke dalam masyarakat manusia dan hidup bersama dengan manusia. Mereka telah hidup tanpa dikesan selama beberapa abad, dilindungi oleh sekeluarga manusia berkuasa yang telah memperhambakan mereka selama 300 tahun.

Siri ini bermula dengan pemburuan untuk kuasa ghaib yang hanya dikenali sebagai ‘Gift’ – yang akan meluru manusia dan Demit ke takdir mereka. Dan satu-satunya harapan untuk menghentikan ‘Armageddon’ adalah seorang artis jalanan muda, yang mendapati dunianya bercelaru apabila seorang asing penuh misteri muncul dalam hidupnya.

“Premis di sebalik HALFWORLDS adalah bahawa makhluk-makhluk mitos yang merupakan sebahagian daripada cerita dongeng merentasi rantau kami adalah benar dan bahawa mereka telah wujud sebagai manusia bersama kami tanpa dikesan selama beberapa abad. Siri ini menghidupkan dunia ini di lorong-lorong di Jakarta pada masa kini,” kata produser eksekutif dan Ketua Pengaturcaraan dan Produksi di HBO Asia, Erika North. “Pilihan barisan pelakon dari serantau termasuk pelakon Malaysia Bront Palarae serta pelakon Indonesia Reza Rahadian, adalah contoh utama etos di belakang jenama HBO Asia Original kami – dengan matlamat untuk mencipta hiburan TV Asia yang premium untuk rangkaian HBO kami.”

Dalam siri ini, Bront membintangi sebagai seorang detektif veteran yang mencurigai protagonis siri ini, Sarah (lakonan Salvita Decorte) dan memulakan penyiasatan sendiri, berselisih dengan Tony, lakonan Reza, suatu Demit kuat yang meninggalkan kebinasaan di mana sahaja dia menjejak kaki. Pelakon jemputan Puteri, membawa watak seorang kanak-kanak buta yang mendapati dirinya lebih dekat kepada dunia Halfworlds tanpa kesedarannya.

Selain Bront, Reza dan Salvita, barisan pelakon dari Asia HALFWORLDS termasuk: Adinia Wirasti, Aimee Saras, Alex Abbad, Arifin Putra, Ario Bayu, Cornelio Sunny, Hannah Al-Rashid, Nathan Hartono, Tara Basro dan Verdi Solaiman.

HALFWORLDS (#HALFWORLDS) membuat penampilan pertama di Asia pada 29 November jam 10 malam di HBO / HBO HD (Astro saluran 411 / 431), dengan episod baru disiarkan setiap hari Ahad pada waktu yang sama di saluran ini.

Para peminat yang bukan pelanggan boleh menonton episod pertama HALFWORLDS secara percuma pada 29 November di laman Facebook HALFWORLDS sejurus selepas tayangan perdana di HBO. Ini merupakan kali pertama HBO Asia (@HBOAsia) akan mengeluarkan episod penuh di platform social ini.

Dicipta oleh HBO Asia, HALFWORLDS diarahkan oleh pengarah filem Joko Anwar, ditulis oleh Collin Chang dan Joko Anwar, dan sesi penggambaran berlaku di Batam serta Jakarta, Indonesia.

Tentang HBO Asia
Berpangkalan di Singapura, HBO Asia mampu menjadi peneraju dalam penyampaian filem-filem terbaik dari Hollywood di rantau Asia kerana memiliki perlesenan eksklusif dengan studio-studio utama dan bebas Hollywood termasuk Paramount Pictures, Sony Pictures, Universal Studios, Warner Bros. dan Lionsgate. HBO Asia mempunyai program-program HBO Original yang proprietari dan pernah memenangi anugerah yang dikeluarkan eksklusif untuk penonton HBO. Dimilik oleh HBO (sebuah syarikat Time Warner), HBO Asia meliputi 23 wilayah merentas Asia dan menawarkan sekumpulan saluran-saluran dan perkhidmatan termasuk saluran filem tanpa iklan 24-jam untuk langganan dalam definisi standard dan definisi tinggi – HBO, HBO SIGNATURE, HBO FAMILY, HBO HITS, CINEMAX dan RED by HBO – serta juga HBO GO dan HBO ON DEMAND. HBO Asia adalah pengedar eksklusif BabyFirst dan saluran DreamWorks di Asia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.hboasia.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey UNDER THE MASK

Video Lagu Syamel HIDUP DALAM MATI Trending di Youtube Malaysia