in ,

Faizal Ismail Kini Jadi Pengacara Nasi Lemak Kopi O

Nasi Lemak Kopi O yang pernah memenangi hadiah kedua Anugerah Bual Bicara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kini akan bertambah kecoh dengan kehadiran seorang lagi pengacara lelaki disamping AG, Luqman dan Fizo Omar bagi menceriakan lagi pagi hari minggu anda.

Beliau merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan yang juga mempunyai rancangan bual bicara sendiri di TV9 iaitu Apa Saja FBI. Beliau adalah Faizal bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI.

Faizal Ismail

Kemunculan pertama kali FBI pada 1 Disember lalu di set NLKO menggantikan Fizo Omar yang sedang berbulan madu, telah mendapat respon yang sangat baik dan menggalakkan oleh pengikut dikedua-dua facebook NLKO dan FBI. Buat sementara waktu, FBI akan bergandingan bersama AG dan Luqman untuk melengkapkan trio NLKO pada setiap Ahad bersesuaian dengan topik-topik yang akan membincangkan mengenai isu-isu lelaki dan juga kekeluargaan.

Keletah lucu FBI dan kredibilitinya sebagai salah seorang pengacara berbakat di Malaysia pasti dapat menarik lebih ramai lagi peminat pelbagai usia untuk menonton NLKO yang bersiaran setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi di TV9.

Faizal Ismail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kozae Kau Indahkan Mimpi Ku Featuring Mimi One Nation Emcee

Vektor 58 Bakal Trending di TV9